Monday, February 13, 2012

Tip Survival Penulis: Menulis Buku yang Export-Ready

Istilah 'export-ready' bermakna 'sedia dieksport'. Menulis buku yang export-ready bermakna buku itu mempunyai ciri-ciri yang membolehkannya diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa asing dan dapat dipasarkan di negara-negara itu.

Pasaran Malaysia adalah pasaran yang sangat kecil kerana jumlah penduduk Islamnya kecil. Daripada jumlah penduduk Islam yang ada, jumlah penduduk yang membeli buku dan membaca adalah lebih kecil lagi.

Ambil kes mengeksport judul ke Indonesia. Judul-judul yang sangat laku di Malaysia tidak semestinya dapat dieksport ke Indonesia disebabkan adanya ciri persamaan dan perbezaan antara pasaran buku di negara itu dan Malasia.

Judul-judul dalam siri pahlawan Islam karya Abdul Latip Talib adalah contoh judul yang popular di Malaysia dan dapat dieksport ke Indonesia. Ini disebabkan di negara itu belum ada buku-buku kisah hidup tokoh-tokoh dalam sejarah Islam yang dituliskan secara kreatif.

Pada masa yang sama judul-judul karya Ain Maisarah adalah sangat popular di Malaysia tetapi tidak dapat dieksport ke Indonesia. Antara faktor yang menyebabkannya adalah:

a.  Penerbit-penerbit Indonesia sudah menerbitkan novel-novel ciklit lokal yang sangat banyak dan sangat popular di sana. Mereka tidak berminat melesen judul ciklit dari Kuala Lumpur.

b.  Cerita dalam judul-judul Ain Maisarah adalah terlalu 'lokal', yakni terlalu terikat kepada sosiologi remaja Kuala Lumpur.

Judul dalam siri Young Aishah, karya Saridah Hamid dan ilustrator Reja juga dapat dieksport ke Indonesia disebabkan siri seperti itu tidak ada di Indonesia, dan isi kandungan siri itu tidak terlalu lokal, oleh itu mudah diadaptasi ke dalam suasana Indonesia.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tip Survival Penterjemah: Pasaran Buku Terjemahan Previous entry: Tip Survival Penulis: Siapa Pembaca Buku Kita

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: