Menulis dan Menerbitkan Benda-benda yang Betul
Di luar sana begitu banyak perkara yang tidak betul, antaranya adalah rancangan TV, akhbar, majalah-majalah dan buku-buku yang memperdagangkan bahan-bahan tidak betul, yang membahayakan masyarakat.
Sebagai penulis dan penerbit, kita mempunyai dua pilihan:
(1) Menulis dan mengutuk benda-benda yang tidak betul itu.
(2) Menulis dan menerbitkan bahan-bahan yang betul.
Kuasa menapis benda-benda yang tidak betulĀ ada pada (a) Kementerian Dalam Negeri dan (b) Kementerian Penerangan.
Jika kita mengutuk benda-benda tidak betul itu, orang awam akan bertanya, "Mana dia yang betul supaya kami baca dan tonton?"
Jadi, mari kita menulis benda-benda yang betul, supaya kita dapat memberitahu orang awam, "Ini yang betul. Bacalah ini."
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamualaiku Puan Sifu,
Saya bersetuju dengan puan, kita asyik memperkatakan tentang rancangan tv ataupun bahan bacaan yang tidak baik.
Tetapi kita tidak pernah mengambil tindakan untuk menyediakan yang betul.
Terima kasih kepada PTS yang bersusah payah membawa penulis skrip untuk memastikan mentee-mentee dapat menyediakan skrip drama yang baik. Itu perjuangan PTS, bagaimana dengan kita sebagai penulis?
——-
Betul atau salah terletak pada letak duduk seseorang pemerhati.
Puan, saya sungguh setuju dengan entri ini. Daripada mengutuk lebih baik kita terjun dalam bidang itu. Ayuh, kita berjihad!
Post a comment