Tuesday, May 29, 2007

Menulis dengan Mengadaptasi Buku-buku Bisnes

Pasaran buku-buku bisnes sedang berkembang dengan baiknya. Kita mahukan lebih banyak judul-judul bisnes popular yang sesuai bagi bacaan golongan peniaga kecil dan sederhana.

Dalam situasi sekarang, orang Melayu sudah berminat menceburi dunia bisnes, justeru buku-buku yang menyeru-nyeru orang supaya jangan takut masuk bisnes sudah tidak popular lagi.

Buku yang dikehendaki saat ini adalah buku-buku how-to. Buku jenis ini sudah banyak dalam bahasa Inggeris, dan isinya bagus-bagus sekali.

PTS mencari penulis buku-buku bisnes yang dapat kita latih bagaimana menulis dengan cara mengadaptasi buku-buku dalam bahasa Inggeris itu, dengan tidak melanggar undang-undang hakcipta.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Buku Bisnes
(9) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Kursus Tatabahasa - Sabtu 30hb Jun 2007 Previous entry: Blog Budak-Budak 'Sewel'
Arryna  on  05/29  at  05:32 AM

Assalamualaikum Sifu,

Saya mahu mahu mencuba namun sekarang masih belum dapat mencuri masa. InsyaAllah saya cari masa yang sesuai dengan segera kerana ‘mencuri’ itu haram…

Sila beri tunjuk ajar nanti.

Terima kasih.

Cikpuan,

Perkataan ‘sila’ adalah perkataan yang menandakan seseorang itu memberi arahan. Hanya orang ‘di atas’ boleh menggunakan ‘sila’ kepada ‘orang di bawah’.

Jangan sekali-kali menggunakan perkataan ‘sila’ melainkan cikpuan mempunyai ‘kuasa’ mengarahkan orang yang ditujukan.

Adakah cikpuan orang atasan saya?
——-

Nampaknya pengaruh bahasa buruk penulis sarikata filem Cina sudah menampakkan kesannya. Tiada siapa yang boleh tegur penerbit rancangan tv tersebut dengan terjemahan sarikata yang buruk itu.

RTM/Astro dsb buat buta saja… yang dikejar… jumlah penonton untuk ditagih wang pengiklan.

Tauke TV: Sila garu belakang saya (saya ada stesen TV).
Pengiklan: Silalah garu belakang saya balik.

Hehehe.

MBA  on  05/29  at  07:51 AM

Puan Sifu;

Sebelum saya membaca ulasan puan, saya berpendapat “sila” adalah perkataan yang lembut. Perkataan yang bukan memaksa atau mengarahkan.

Pada pemahaman saya, “sila” adalah perkataan untuk mempelawa, mengajak, mempersudikan, menjemput dan meminta. Ia bukan perkataan untuk mengarah, menyuruh atau memaksa.

Oleh kerana itu di pintu teksi ditulis “sila naik” yang membawa maksud ‘jemput naik’. Orang Melayu kita juga akan berkata “sila makan” apabila menjemput tetamunya makan. Ia adalah perkataan sopan bagi saya.

“Sila” adalah “please” dalam bahasa Inggeris dan “dozo” dalam bahasa Jepun.

Jika dalam budaya Jepun, “sila beri tunjuk ajar” adalah ayat paling sopan untuk anak murid yang ingin memohon daripada gurunya. Guru atau bos boleh lemah lutut jika anak murid atau orang bawahan bercakap begitu.

Puan;

Apakah perkataan yang sesuai untuk menggantikan “sila”.

Mohon tunjuk ajar Puan Sifu. Anak murid ingin belajar. Mohon ampun maaf Sifu-san.

MBA-san,

“Sila” digunakan bagi melembutkan nada arahan rasmi dalam komunikasi dari-atas-ke-bawah.

Contoh arahan rasmi:

“Sila datang sebelum jam 8 pagi.”
“Sila bawa 2 orang saksi.”
“Sila tunjukkan kad pengenalan anda.”

Contoh-contoh bentuk ‘sila’ yang sopan dalam komunikasi dari-atas-ke-bawah:

Tuan punya teksi bercakap kepada penumpang teksi, “Encik, silakan naik.”
Tuan rumah majlis bercakap kepada tetamu majlis, “Dato’, silakan duduk di meja VIP.”
Jururawat bercakap kepada pesakit, “Puan, silakan masuk jumpa doktor di dalam.”
Pegawai hotel bercakap kepada tetamu hotel, “Puan Sri, silakan masuk lif dulu.”
Pengerusi forum bercakap kepada panel forum, “Dipersilakan mengambil tempat.”

Contoh penggunaan ‘sila’ yang salah dalam komunikasi dari-bawah-ke-atas:

Murid tidak boleh berkata kepada gurunya, “Sila periksa buku saya.”
Mentee tidak boleh bercakap kepada mentornya, “Sila baca tugasan saya.”
Anak tidak boleh berkata kepada bapaya, “Sila hantar duit kepada saya.”
Jururawat tidak boleh berkata kepada doktor, “Sila datang tengok pesakit ini.”
Anak menantu tidak boleh berkata kepada ayah mertua, “Sila datang besok.”

MBA  on  05/29  at  08:22 AM

Puan Sifu;

Fahamlah hamba akan duduk perkara.
Rupa-rupanya bukanlah “sila” itu yang salah, cuma tidak ada “kan” sahaja.

wink.

Tuan MBA,

“kan” itupun tidak boleh digunakan melainkan ia digunakan dengan kuasa sah dan rasmi. Dalam hubungan di mana kedua-dua pihak tidak mempunyai hubungan kuasa orang atas dan orang bawah, ‘kan’ tetap tidak boleh digunakan.

Sebagai contoh, antara Tuan dan saya, di mana kita berdua tidak ada hubungan kuasa sah, maka kita tidak boleh menggunakan ‘kan’ itu.

Dalam Bahasa Melayu, kita membezakan antara “kata arahan” dan “kata permohonan”. Kata “sila” adalah kata arahan, bukan kata permohonan.

MBA  on  05/29  at  09:05 AM

Sifu-san;

Semakin menarik kelas bahasa ini. Saya percaya anak murid yang tidak angkat tanganpun sedang angkat matanya.

Apa bezanya:

“Sila datang sebelum jam 8 pagi.”
(Ini hanya boleh digunakan oleh pegawai yang mempunyai kuasa mengeluarkan arahan itu.)

(harap datang sebelum jam 8 pagi)
(Ini digunakan oleh orang yang hanya dapat ‘merayu’ kerjasama, sebab dia tidak mempunyai kuasa memaksa orang itu.)

(mohon datang sebelum jam 8 pagi)
(Ini digunakan orang ‘orang kecil’ yang merayu kerjasama daripada ‘orang berstatus tinggi’.)

(tolong datang sebelum jam 8 pagi)
(Ini digunakan oleh orang yang ada kuasa memaksa, tetapi tidak suka dilihat sebagai orang yang suka menggunakan kuasa-paksa yang ada padanya.)

“Sila bawa 2 orang saksi.”
“Sila tunjukkan kad pengenalan anda.”

Terima kasih.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/29  at  07:24 PM

Assalamualaikum Pn. Sifu yang dihormati,
mohon dilindungi Allah hendaknya.

Pertama sekali saya ingin merakamkan
terima kasih yang tidak terhingga di atas
tunjuk ajar dan nasihat yang puan beri
semasa bengkel Teknik Surah Yusuf pada
27 Mei baru lalu.

Kedua mengenai penggunaan perkataan “sila”.
Ketua saya selalunya memberi arahan bertulis kepada saya dengan menggunakan perkataan “mohon”

Contoh : “Encik Kahar, mohon diadakan perbincangan segera bersama dengan staf sokongan di bawah penyeliaan saudara.”

Mohon penjelasan Pn. Sifu mengenai perkara ini.

Terima kasih.

Wassalam.

Encik Kahar,
Apabila perkataan ‘mohon’ itu digunakan oleh seorang atasan kepada orang bawahannya, itu tanda seseorang itu amat menghormati orang bawahannya yang diarahkan. Beliau tidak tergamak menggunakan perkataan ‘sila’.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/29  at  10:35 PM

Puan Sifu yang dihormati,

Berita ini baik dan menggembirakan.

Ada peluang untuk saya berhenti kerja makan gaji dan mula kerja makan royalti pula.

Cabaran saya ialah untuk hadir ke bengkel hujung minggu. Saya melihat sahaja iklan bengkel-bengkel Puan yang menarik itu tetapi belum berani mendaftar.

Alangkah seronoknya jika hari-hari kerja saya boleh ditukar menjadi hari-hari kelas PTS.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/29  at  10:46 PM

Puan Sifu,

Saya ingin memohon tunjuk ajar.

Bolehkah kita menggunakan perkataan penekanan seperti sangat, amat, memang atau paling dalam sesuatu ayat? Contohnya:

1. Berita ini sangat baik.
2. Ciptaan itu memang canggih.
3. Saintis itu sangat hebat.
4. Hal itu amat mendukacitakan.

Didahului ucapan terima kasih.

Puan Rihan yang suka bertanya!

Jangan gunakan perkataan penekan maksud sebab ia menurunkan kesan persuasif ayat itu. Berikan informasi. Kalau ‘sangat baik’ apanya yang ‘baik’? Kalau ‘memang canggih’, apanya yang ‘canggih’? Info yang betul menaikkan daya persuasi.

Arryna  on  05/30  at  02:13 AM

Assalamualaikum Sifu,
Terima kasih kerana memberi tunjuk ajar. Seperti soalan MBA juga, apakah perkataan yang sebaiknya bagi orang bawahan kepada orang atasan jika ‘sila’ dan ‘mohon’ tidak sesuai?

“mohon” adalah perkataan yang sesuai apabila bercakap ataupun menulis kepada orang yang dimuliakan.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.