Wednesday, January 03, 2007

Menulis Novel untuk Skrin: Bab lawan Babak

Lazimnya, penulis merancang bab-bab dalam novelnya yang akan ditulis. Jadi, dalam sesebuah novel mungkin ada 7, 8, ataupun 12 bab. Ini adalah teknik konvensional menulis novel.

Novel yang distrukturkan mengikut bab-bab lebih sukar dialihkan ke skrin filem ataupun skrin TV disebabkan ia perlu distrukturkan semula kepada rangkaian babak sebelum dapat dituliskan skripnya. Ini memerlukan banyak pemikiran dan kreativiti pada pihak penulis skrip.

Novel yang mudah dialihkan menjadi skrip filem ataupun drama TV sejak awal sudah distrukturkan berdasarkan susunan babak. Setiap babak adalah satu episod, satu peristiwa.

Sususan episod-episod itu adalah kronologis. Tidak ada susunan plot yang jungkir-balik (istilah Malaysia, tunggang-terbalik). Ini bermakna, dalam novel yang ditulis untuk skrin, tidak ada plot falsh-back mahupun plot flash-forward.

Dari sudut teknikal, plot jungkir-balik sukar difilemkan secara berkesan, maka itu ia tidak digunakan dalam filem. (Ia juga sukar dikomikkan.)

Susunan plot kronologis adalah ciri surah Yusuf.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Novel
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Cabaran Penulis Muda Previous entry: Pasaran Fiksyen
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/30  at  01:42 PM

assalamualaikum w.b.t.

setelah membaca artikel berkenaan BAB vs BABAK, otak saya ligat mengumpul soalan - soalan =)

adakah di dalam novel, kita boleh menggantikan BAB kepada BABAK? sebagai contoh, di dalam setiap permulaan awal cerita, kita menggantikannya dengan episod.

adakah unsur flsah-back/flash-forward boleh mengganggu/mengurangkan nilai karya di dalam sesuatu novel atau penulisan? yang mana satu lebih baik; ada unsur flash-back atau tiada?

p/s: sebenarnya, saya masih baru di unika PTS ini. saya mendapat laluan ini daripada en. Fauzul Naim, melalui bengkel penulisan dakwah yang kami anjurkan di UM baru-baru ini.

segala maklumat dan tunjuk ajar yang saya perolehi, saya dahulukan ucapan terima kasih. Semoga Allah merahmati usaha warga UNIKA PTS. ameen.
——-

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: