Menyeleweng Sedikit
Banyak kajian dan eksperimen telah dijalankan oleh pakar-pakar psikologi tentang tingkah laku berdusta.
Salah satu tanda-tanda bahawa kata-kata yang diucapkan oleh seseorang itu adalah dusta, adalah apabila dia memberikan maklumat peribadi yang diistilahkan sebagai 'unsolicited information'.
Unsolicited information adalah maklumat yang tidak diminta. Sebagai contoh, kita tidak bertanya apa-apa kepada seseorang itu berkenaan siapa dirinya, tetapi tiba-tiba dia menceritakan maklumat tersebut.
Tingkah laku menceritakan unsolicited information tentang diri sendiri adalah ciri paling menonjol pada pendusta dan penipu.
Satu lagi ciri penipu yang menonjol adalah apabila bercakap dia suka menyebut (baca 'menjual') nama-nama orang besar-besar yang konon dia kenal baik.
Dia juga suka mengambil gambar dengan orang besar-besar, supaya dapat ditunjukkan sebagai bukti kononnya dia kenal baik orang-orang besar itu.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Emm, menarik info ini. Siapa Saiful Bukhari Azlan?
http://pasalbuku.blogspot.com. http://themakan.blogspot.com
X-D memula tidak faham apa kaitan gambar ini.
selepas di CSI kan.. baru terserlah maksudnya!
glamourlah lepas ini cik saiful bahari..hehehe
Yg baik itu datangnya dari Allah dan yg buruk itu datangnya dari diri kita sendiri. Madah ini cukup popular di majlis2 ilmu. Allah tidak akan menzalimi hamba2nya. Ujian atau bala, sesungguhnya Dia Maha Mnegetahui, tapi yg pasti kena hadapi dgn cara org yg beriman atau mengaku alim, bukannya dgn berdemontrasi dan yg sewaktu dgnnya. Fikir2kanlah asal usul dan ceritera IBLIS.
Post a comment