Tuesday, August 28, 2012

Merancang Pendapatan Royalti Buku yang Berpanjangan

Pada masa ini cerita-cerita tentang penulis menerima bayaran royalti yang mencecah ratusan ribu sudah menjadi cerita biasa, malah sudah ada penulis yang royalti terkumpulnya mencecah lebih RM1 juta.

Berdasarkan trend pasaran, penulis-penulis itu dapat dikumpulkan ke dalam 2 kategori:

1. Penulis yang pendapatan royaltinya dapat bertahan lama.

Mereka menghasilkan karya yang evergreen pasarannya, laku bertahun-tahun, dapat dicetak berkali-kali.

Tema dan cerita dalam karya mereka adalah evergreen. Gaya penceritaan dan gaya bahasa yang mereka gunakan adalah juga evergreen.

Jumlah penulis dalam kumpulan ini tidak banyak. Banyak syarat bagi menghasilkan karya jenis ini, seperti bakat, penguasaan teknik, kerja penyelidikan dan passion.

Dengan menghasilkan karya yang evergreen, ini membolehkan mereka mengumpulkan wang royalti yang banyak, kemudian dilaburkan bagi membeli hartanah yang dapat disewakan. Nilai hartanah itu semakin meningkat. Sewa daripada hartanah itu juga semakin naik. Ini membolehkan penulis hidup selesa sehingga hari-hari tua. Hartanah itu nanti dapat diwarisi oleh anak cucu.

2. Penulis yang pendapatan royalti mereka tidak tahan lama.

Mereka menghasilkan karya yang laku meletup-letup, tetapi kemudian dalam tempuh yang singkat, karya itu tidak laku lagi.

Tema dan cerita dalam karya kategori ini adalah trendi, manakala gaya penceritaan dan gaya bahasanya juga trendi. 

Karya jenis ini mudah dihasilkan. Hasilnya, bekalan karya jenis ini juga banyak.

Penulis dalam kategori ini juga mudah muncul, dan nama mereka mudah hilang dari pasaran.

Mereka muncul dalam usia yang masih muda, dan nama mereka hilang semasa usia mereka masih muda.

Penulis dalam kategori ini perlu menguruskan wang royalti mereka itu dengan amat berhati-hati supaya manfaat daripada wang itu dapat kekal dinikmati sehingga hari tua.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tip Survival Penulis: Menakluki Rak di Dalam Kedai Buku Previous entry: Tip Survival Penerbit: Biar Terkurang Cetak, Jangan Terlebih Cetak
Ali Imran  on  08/29  at  09:37 AM

Salam,

Adakah Puan Ainon masih menjalankan kursus penulisan. Jika ya, bagaimana cara untuk saya sertainya?

Terima kasih.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.