Meskipun Ceritanya Bagus Tetapi Manuskrip Ditolak
Salah satu tugas editor adalah menilai dan memilih buku-buku yang akan diterbitkaan. Manuskrip yang ceritanya bagus, tetapi sukar diedit, maka manuskrip itu akan ditolak.
Antara alasan teknikal di PTS bagi menolak manuskrip adalah:
(i) Gaya bahasa yang berbelit-belit, sukar difahami, dan ayat yang panjang-panjang.
(ii) Tatabahasa yang salah. Sistem penambahan dan sendi tidak betul. Ayat tergantung.
(iii) Tanda bacaan yang salah, tidak bersistem.
(iv) Terdapat ayat-ayat terjemahan daripada buku-buku Inggeris ataupun Arab, bukan ayat original si pengarang.
(v) Terlalu banyak petikan daripada buku-buku lain.
(vi) Terlalu banyak definisi. Tidak banyak contoh.
Beli dan baca buku-buku panduan menulis yang banyak di kedai. Hadiri kursus penulisan. Apabila manuskrip yang saudara hantar itu 'cantik', kerja editor menjadi mudah. Saudara akan menjadi penulis kesayangan editor.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment