Mengapa METADOME Memilih PTS
Metadome memilih PTS sebagai rakan niaganya bagi projek buku-mobile kerana:
(a) PTS sudah mempunyai nama baik dalam pasaran buku. Buku-buku PTS adalah sinonim dengan kualiti. Peminat-peminat buku Melayu sudah kenal brand PTS.
(b) Buku-buku PTS juga dipercayai oleh ibu bapa kelas menengah Melayu. Faktor ini amat penting kerana kumpulan ini mempunyai daya beli yang membolehkan mereka berbelanja buat membeli bahan-bahan bacaan tambahan.
(c) Guru-guru sekolah juga sudah mempercayai buku-buku PTS sebagai buku-buku yang membantu perkembangan akhlak dan pendidikan akademik pelajar-pelajar mereka.
(d) PTS menawarkan pilihan judul dan tema yang banyak. Ini membolehkan METADOME melancarkan siri-siri produknya, sebagai contoh: Siri novel remaja, siri motivasi remaja, siri motivasi kerjaya, siri motivasi agama, siri motivasi bisnes, siri motivasi keluarga dan banyak lagi siri.
Sehingga hari ini PTS sudah menerbitkan lebih 800 judul. Setiap tahun PTS akan menerbitkan 300 judul baru, dan jumlah ini akan terus ditingkatkan.
Aspek jumlah judul PTS ini amat kritikal bagi kejayaan buku-mobile kerana ia membolehkan METADOME mempunyai cukup judul bagi melancarkan kempen promosi secara berfasa-fasa bagi produk-produknya dengan cara yang efektif.
Biaya kempen promosi adalah tinggi. Ia dapat mencecah jutaan ringgit. Kos promosi ditanggung bersama antara METADOME dan MAXIS. Jadi amatlah penting bagi METADOME membuktikan kepada MAXIS bahawa METADOME mempunyai bekalan jumlah judul yang banyak, berkualiti, konsisten, dan lebih penting lagi, judul-judul itu sudah mempunyai track-record dalam pasaran.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment