Judul Lawan Judul, Menjual Buku-Buku Melayu Lebih Menguntungkan daripada Menjual Buku Inggeris
Hasil daripada kerja-kerja risikan pasaran (market-intelligence) yang dilakukan oleh pegawai-pegawai jualan dan khidmat pelanggan di Jabatan Sales PTS, kita mendapat maklumat bahawa buku-buku Melayu semakin laku dan peranan buku-buku Melayu semakin besar ke atas keuntungan kedai-kedai buku.
Ambil kes kedai MPH di kompleks membeli-belah Alamanda, Putrajaya:
Sewaktu mula-mula dibuka, MPH mempamerkan 80% buku Inggeris, 20% buku Melayu. Apabila didapati buku Melayu laku dijual, jumlah buku Inggeris diturunkan kepada 60% manakala buku Melayu dinaikkan kepada 40%. Hasilnya, semakin banyak buku Melayu terjual. Sejak awal tahun 2008, pengurusan MPH Alamanda meletakkan sekitar 80% judul Melayu dan sekitar 20% judul Inggeris. Hasilnya, nilai jualan di outlet itu melonjak daripada sekitar RM350 ribu sebulan ke sekitar RM500 ribu sebulan!
Di kedai-kedai buku rangkaian POPULAR di zon utara Semenanjung, maklumat yang dikumpulkan oleh PTS mendapati sekitar 60% pendapatan adalah daripada jualan buku-buku Melayu.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Jualan RM 500 ribu sebulan?. Bermakna purata RM 16 ribu sehari. Wow!.
Adakah ini menunjukkan orang melayu sangat rajin membaca berbanding kaum lain?
Post a comment