Friday, October 19, 2007

Khutbah Jumaat PTS: Membebaskan Minda Kaptif

Istilah “minda kaptif” (captive mind) mula-mula digunakan oleh Profesor Syed Husain al-Attas bagi menerangkan gejala otak bangsa-bangsa yang terjajah. Bangsa-bangsa yang lama terjajah oleh bangsa-bangsa Eropah mempunyai minda yang yakin bahawa bangsanya sendiri adalah bangsa yang lemah, kerdil, mundur dan serba bodoh apabila dibandingkan dengan bangsa-bangsa Eropah dan Amerika yang pernah menjajah mereka.

Islam adalah agama yang berkuasa membebaskan minda sesuatu bangsa daripada dijajah oleh bangsa-bangsa lain. Maka kita menyeru para penulis Islam berjihad membebaskan minda bangsanya daripada penjajahan yang amat berbahaya itu.

Pada hari ini bangsa-bangsa yang dahulu pernah terjajah itu sudah lama mendapat kemerdekaan politik, tetapi penjajahan bentuk-bentuk baru pula yang sedang dialami, seperti penjajahan ekonomi, bahasa, budaya dan minda. Yang paling membahayakan adalah penjajahan minda.

Penjajahan minda dapat dilakukan tersangat awal. Sejak kecil lagi sesuatu bangsa itu sudah dapat dijajah mindanya. Apa yang ditonton oleh kanak-kanak di TV dan apa yang dibaca oleh kanak-kanak dalam buku-buku cerita akan masuk ke dalam minda mereka dan kekal berada di situ.

Penulis buku cerita kanak-kanak dan penulis skrip animasi kita, mesti mempunyai misi supaya hero-hero yang mereka cipta dapat menendang keluar hero-hero ciptaan Amerika, Jepun, Korea, dan Hong Kong dari tempat duduk mereka dalam kepala kanak-kanak dan remaja Malaysia.

Sudah tiba masanya para penerbit bahan bacaan kanak-kanak dan remaja bersatu dengan para penulis tempatan supaya mencipta dan memerkenalkan hero-hero nasional kita sendiri bagi menggantikan hero-hero ciptaan bangsa-bangsa asing.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Program Penerbitan Bersama antara PTS dan Institut Aminuddin Baki Previous entry: Nota Ucapan & Kad Raya Maya PTS
Zamri Mohamad  on  10/19  at  02:59 PM

Assalam alaikum Puan,

Saya ingin ajukan soalan. Bagaimana hendak mengembangkan potensi kedai-kedai buku milik Melayu yang terdapat di sekitar semenanjung dan Sabah-Sarawak sehinggakan ia menjadi pelopor penting sebahagian industri buku sendiri.

Apakah puncanya kedai-kedai buku Melayu hari ini tidak muncul sebagai ikon penting industri yang benar-benar dikenali orang ramai sebagaimana orang mengenali Pustaka Antara dahulu.

Rangkaian seperti Popular dan MPH sudah memenuhi ruang-ruang bandar dan pusat membeli belah, jadi apakah peranan yang boleh dimainkan oleh kedai-kedai buku bukan bersifat rangkaian.

Soalan-soalan ini diajukan oleh guru saya ketika saya menziarahi beliau pada hari raya lalu.

denai  on  10/20  at  01:13 AM

Pelbagai contoh-contoh yang dapat diambil dari pelbagai peristiwa yang berlaku di kalangan masyarakat Melayu yang sedang berada di luar negara, baik kerana belajar atau bekerja, yang dapat membuktikan keupayaan, kelebihan dan kehebatan bangsa Melayu berbanding dengan bangsa Inggeris sendiri, bila sama-sama bersaing dengan bangsa mereka.

Dalam contoh-contoh mudah, terlalu ramai pelajar Melayu yang mendapat pencapaian cemerlang dalam pembelajaran di peringkat universiti yang mengatasi pelajar-pelajar Inggeris sendiri. Pelajar-pelajar Melayu ini berada dalam senarai teratas dalam kelas-kelas pengajian mereka meninggalkan jauh di belakang pelajar-pelajar Inggeris sendiri, dalam persaingan menggunakan bahasa mereka dan di negara mereka.

Walaupun conoth-contoh tersebut sekali sekala ada juga dilaporkan oleh akhbar-akhbar tempatan, tetapi tiada satu kajian dan tulisan yang mendalam yang mendedahkan contoh-contoh tersebut.

Tetapi mungkin akan ada dari kita yang menyebut, itu kerana mereka yang dihantar ke luar negara adalah merupakan ‘mereka yang terpilih’.

Tetapi masih ‘terlalu banyak’ contoh anak-anak kepada pelajar-pelajar ini yang masih bersekolah di peringkat rendah dan menengah, yang datang ke luar negara kerana mengikuti ibu bapa mereka yang belajar di peringkat universiti, tetapi juga terdiri dari kumpulan teratas dalam kelas-kelas di sekolah rendah dan menengah di negara Barat, baik di benua Eropah atau Amerika.

Anak-anak ini tidak terpiliah, mereka hanya datang mengikuti ibu bapa mereka, tetapi anak-anak ini masih boleh mencapai kedudukan tertinggi dalam kumpulan mereka, bukan hanya dalam pelajaran tetapi juga dalam aktiviti seperti sukan bola sepak umpamanya.

Jika untuk membandingkan pasukan bolasepak negara kita yang tentunya jauh sekali corot berbanding pasukan kelab-kelab Eropah, tetapi terdapat ramai kanak-kanak orang Melayu yang menjadi rebutan pengurus-pengurus pasukan bolasepak di bandar-bandar di England ini, yang memberikan suntikan semangat bahawa kanak-kanak Melayu masih boleh mengatasi pencapaian kanak-kanak Inggeris dan bangsa-bangsa lain dalam arena bolasepak di England.

Malah begitu banyak syarikat-syarikat yang terlibat dalam penjagaan dan pengurusan bangunan makin meletakkan kepercayan terhadap orang Melayu sebagai pekerja yang setia dan pembersih berbanding dengan mana-mana bangsa lain di dunia.

Rekod-rekod pencapaian dari pelbagai peristiwa ini perlu dilaporkan oleh mereka yang sedang melaluinya. Rakaman dari pelbagai contoh-contoh ini jika ditulis dengan teliti dan mendalam dapat membina kepercayaan terhadap bangsa Melayu bahawa kita adalah bangsa yang hebat bagi membuang rasa lemah, kecil dan kerdilnya kita berbanding ‘tuan-tuan Inggeris’ kita dahulu.

Hentikan bercerita kebagusan alatan perabot-perabot, pinggang mangkuk, pakaian, kenderaan dan barangan antik mereka semata-mata kerana membuat perbandingan harga, dengan ungkapan-ungkapan; ‘perabot ini kalau di Malaysia ribu-ribu harganya’, ‘pinggan ini kalau di Malaysia mahal sangat!’, mana boleh dapat harga macam ini untuk kasut ini di tempat kita’, semata-mata kerana membuat perbandingan harga dan populariti jenama barangan mereka.

Dengan berterusan membandingkan perbezaan harga ‘mahal-murah’ semata-mata jauhnya perbezaan nilai mata wang, dengan berterusan membandingkan populariti jenama atau malah perbezaan kualiti, dalam dua sistem yang berbeza [di negara barat, sistem mereka tidak membenarkan barangan tidak berkualiti di keluarkan dan di jual kepada orang ramai, sedangkan sistem kita membiarkan pengeluar, pengilang mengeluarkan barangan yang tidak berkualiti di keluarkan dan di jual di pasaran dan barangan berkualiti hanya untuk jualan di luar negara), sampai bilapun kesan ‘minda terjajah’ dan melihat hebatnya bangsa lain terus melekat dalam diri bangsa kita.

Catatan dan rakaman cerita benar ‘hero-hero’ kita perlu di hebahkan.

Benarlah kata-kata sifu, kita perlu mula memperbanyakkan penceritaan tentang hero-hero nasional bagi menggantikan hero-hero asing yang masih kuat melekat dalam sanubari.

mp
east midlands, England.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  10/21  at  08:57 AM

Assalamualaikum Puan Sifu,

Isu yang paling utama adalah sejauh mana pemimpin benar-benar bersikap adil dan menyeimbangkan keperluan untuk menyedari bahawa setiap warga tanpa terlalu mengkelaskan pro kerajaan atau pro pembangkang yang pada realitinya menafikan status milik warga itu sendiri terhadap tanah airnya,upaya dianggap antara pembaharuan yang amat dituntut agar kelamahan yang sedia ada tidak kembali diulang dan diungkit sebagai batu loncatan untuk melaraskan pembinaan baru ketokohan seseorang pemimpin?

Pelajar semakin tidak rasional untuk membuktikan wujud perbezaan ideologi falsafah yang menjadi inspirasi membina sesuatu perjuangan apabila hanya sedia menghujjahkan kebaikan-kebaikan sahaja dengan berusaha menghindari kelemahan yang ada.

Sejauh manakah kewajiban untuk mencirikan umat yang taat tidak menderhakai perintah TuhanNya menerusi penyalahgunaan kuasa menerusi amalan rasuah misalnya antara keperluan menyempurnakan pembangunan yang memodenkan intelek dan minda kita?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  10/21  at  06:06 PM

Salam.

Ya, barangkali setiap manusia Melayu yang merasa bangsanya bangsa yang hina mesti membaca dan mengunyah isi yang terkandung dalam buku “Mitos Peribumi Malas” tulisan Allahyarham Prof. Dr. Syed Hussein al-Attas. Moga-maga mereka bisa menjadi manusia yan amat bangga dengan Melayunya dan kelak akan menjadi manusia yang paling mengerti tentang keberadaan bangsanya. Sesudah itu, dapat pula ia menyumbang sesuatu kepada bangsanya, walau sekelumit cuma.

Apalagi yang lebih bererti buat seorang manusia selain berbakti kepada bangsanya, agamanya dan nusanya.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: