Thursday, July 26, 2007

Mizan Jakarta Luncurkan dengan Besar-besaran Buku-buku Ann Wan Seng

Penerbit Hikmah, anak syarikat Kumpulan Mizan Indonesia, telah menghantar jemputan rasmi kepada En. Ann Wan Seng bagi mengadakan promosi besar-besaran 4 buku beliau di Indonesia bermula 17-22 Ogos 2007.

Buku-buku beliau itu dilesenkan oleh Penerbit Hikmah daripada PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Senarai buku-buku yang dilesenkan itu sebagaimana berikut:

1. Rahsia Bisnes Orang Cina

2. Rahsia Bisnes Orang Jepun

3. Rahsia Bisnes Orang Korea

4. Formula Bisnes Negara China

Antara aktiviti promosi yang dirancang sepanjang En. Ann Wan Seng berada di sana ialah:

1. Grand launching 4 buku di atas (Siri Bisnes Asia) oleh Ann Wan Seng.

2. Roadshow di beberapa kedai buku utama di Jakarta dan Bandung.

3. Talkshow dengan beberapa media massa utama.

Penerbit Hikmah memaklumkan buku-buku Ann Wan Seng ini telah terjual lebih daripada 20 000 naskhah sejak ia diterbitkan secara berperingkat bermula awal tahun 2007.

Hehehe!....

Ada sesiapa lagi masih tidak yakin bahawa pengarang PTS dapat ngetop di Indonesia?

Tulislah buku saudara dengan mengambil kira ia bakal meletup di negara itu.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Pemasaran Buku
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Dua Lagi Buku PTS Dilesen Jakarta Previous entry: Penulis Perlu Mencipta Peri-peri Bahasa
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/26  at  12:12 PM

Tahniah kepada Ann Wan Seng dan barisan wargakerja PTS di atas kejayaan ini.

Semoga lebih banyak kejayaan baru akan dicipta sepanjang masa.
——-

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/26  at  12:29 PM

Syabas PTS atas usaha dan lobi anda dan tahniah Ann Wan Seng atas kejayaan buku anda untuk bersaing di pasaran yang amat besar, Indonesia itu.

Memang sepatutnya kejayaan buku Ann Wan Seng menyeberang ke Jakarta akan memberikan motivasi yang kuat kepada penulis PTS khasya dan penulis di negara ini amnya.

Ini membuatkan penulis PTS berasa amat teruja untuk menghasilkan karya bermutu untuk menuruti buku Ann Wan Seng dan buku saudara Latip ke seberang.

Kepada Sifu, judul entri ini juga menampakkan gaya bahasa Sifu sedikit sebanyak sudah mula dipengaruhi gaya bahasa orang di seberang itu.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/26  at  07:48 PM

Assalamualaikum,

Sesiapa yang ada alamat blog saudara Ann Wan Seng, minta nyatakan di sini…
Saya ingin belajar daripadanya.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: