Sunday, May 27, 2007

Monolog Sebelum Subuh Isnin

Universiti-universiti kita sudah melahirkan beribu-ribu pemegang ijazah majoring pengajian sastera Melayu.

Selama 3 tahun mereka duduk dalam dewan kuliah, mereka itu diajari ilmu-ilmu sastera yang ditimba daripada pelbagai sumber, khususnya teori-teori sastera kreatif ciptaan professor-profesor Barat.

Apakah faktor-faktor yang menyebabkan ribuan pemegang ijazah sastera Melayu yang dikeluarkan oleh universiti-universiti tempatan tidak berupaya menulis cerpen dan novel - jangankan cerpen dan novel berat-berat, menulis novel remaja pun mereka tidak berupaya. Keadaan ini tidak masuk akal, tetapi ini adalah realiti.

Sebahagian daripada pemegang ijazah majoring sastera Melayu itu sudah pun menjadi profesor sastera Melayu.

Mungkinkah fakulti perubatan melahirkan ribuan pemegang ijazah perubatan yang tidak berupaya menjadi doktor?

Namun inilah fenomena normal yang berlaku di jabatan-jabatan sastera Melayu IPTA kita. Ribuan mahasiswanya lulus disiplin sastera, apabila keluar, mereka tidak berupaya menghasilkan karya.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Isu Semasa
(9) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Membangunkan Pasaran Fiksyen Melayu Previous entry: Nasib Penulis: di Sana Terkena, di Sini pun Terkena
MBA  on  05/27  at  10:06 PM

Sifu-san;

Beratus-ratus doktor di sini yang tidak menjadi doktor. Sebaik lulus ijazah perubatan, mereka terus jadi pentadbir ataupun peniaga atupun bekerja dalam bidang lain (ICT misalnya) dengan memegang gelaran Dr.
——-

Kang  on  05/28  at  03:13 AM

Kajian menunjukkan, kebanyakan mereka masuk universti bukan kerana hendak ilmu sebaliknya hendak mengejar kertas. Sebab itu kebanyakannya keluar dari universiti tidak bekerja bidang yang dipelajari di universiti.

Modal insan? Atau modal publisiti?

Fable Fox  on  05/28  at  06:58 AM

Ramai juga pelajar IT yang tidak melakukan IT. Yang lawaknya, hanya baru-baru ini kementerian pengajian tinggi nak ambil silibus infosys dari india. la… saya dah tahu sejak 1997, 2007 baru nak ambil silibus dari india?

sastera tak tulis novel, IT tak tulis software. he..he..he..

MBA  on  05/28  at  08:16 AM

Kerajaan India juga tidak mengambil (baca: iktiraf) silibus ICT dari India. Silibus ICT tersebut dilaksanakan oleh pihak swasta tanpa mendapat kelulusan pihak berkuasa India. Silibus ini boleh diambil oleh pihak swasta di Malaysia, tetapi tidak oleh kerajaan. Itulah penyebabnya ia mengambil masa 10 tahun (ia dikirakan satu tempoh yang pendek).

10 tahun tempoh yang pendek! Tuan MBA, biar betul!

fudzail  on  05/28  at  10:24 AM

Salam SifuPTS

Saya tidak pasti dari mana kajian yang disebut di sini mengenai kebanyakan mereka masuk universti bukan kerana hendak ilmu sebaliknya hendak mengejar kertas.

Tetapi pengalaman sendiri, masuk universiti seakan sudah jadi sebahagian dari syarat kehidupan di Malaysia. Mana mak bapak yang tidak mahu anak-anak masuk U. Sistem pelajaran kita adalah sedemikian, dari kecil lagi berebut2 untuk mendapat sebanyak mungkin A, masuk tuisyen dan kelas tambahan, agar mudah masuk U dengan deretan A (17?). Selalunya minat kerjaya anak-anak didorong oleh keinginan mak bapak, dan anak-anak ini bila masuk U atau keluar U baru dapat melihat pelbagai jenis kerjaya di muka bumi.

Pengalaman sewaktu bergaul dengan ramai profesional di merata kota dunia, boleh dikatakan mereka yang sebaya dengan saya, yang mempunyai anak-anak remaja, semakin melihat U sebagai satu tempat permulaan dalam mendapatkan pengiktiran dalam bentuk ijazah. Selepas U, masuk alam pekerjaan, minat boleh berubah bersama peluang yang terbuka. Isteri saya juga seorang lepasan perubatan yang berminat untuk melakukan kerjaya lain dalam pengurusan. Begitu juga adik saya, lulusan perubatan yang mahu berkecimpung dalam perniagaan.

Saya sendiri, dari ijazah asas komputer ke telekomunikasi, pembangunan bisnes, konsultan bisnes muzik, perancang korporat, pengurusan projek dan kini prasana utiliti untuk perancangan bandar.

Ijazah pertama bukan penentu kerjaya bagi mereka yang mahukan ‘kepuasan’ dalam kerjaya. Kecuali jikalau minat yang mendalam dalam bidang tertentu dan setia ke akhir hayat.

Ada seorang sahabat Melayu di London yang motonya, ‘student for life’, memiliki ijazah perubatan, arkitek, kejuruteraan, akauntan dan bisnes, tetapi mencari makan halal sebagai pemandu pelancung ke serata eropah…..

Wallahualam.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/28  at  01:15 PM

Salam,

Saya bersetuju dengan Saudara Fudzail.

Saya sendiri mengambil kursus berkaitan sains tulen dan bukan kursus Pengajian Perniagaan waktu belajar di peringkat tinggi. Namun jika ditelusuri jejak kerjaya saya, semuanya berkaitan bidang jualan dan perkhidmatan pelanggan. Dan walaupun saya bukan lulusan bahasa atau lulusan kursus Ijazah Terjemahan saya kini penterjemah sepenuh masa.

Memang benar pelajar sering tidak tahu lagi apa kerjaya yang diingini mereka sewaktu memilih kursus. Jadi kursus dipilih berdasarkan kehendak ibu bapa, untuk sama dengan pilihan rakan, kerja yang dianggap penuh daya tarikan menakjubkan atau seribu satu sebab lagi yang kemudiannya apabila mula bekerja dirasakan tidak sesuai dengan jiwa.

Selagi kita masih hidup kita masih berupaya membuat pilihan. Kita boleh sahaja bertukar kerjaya ke suatu kerjaya yang amat berlainan daripada kelulusan atau pengalaman kita. Pokok pangkalnya kita ada keinginan untuk melakukan perubahan.

Jika ada kelulusan sebagai doktor perubatan misalnya, banyak lowongan lain selain daripada menjadi perawat. Itu saya perhatikan setelah bekerja dengan sebuah syarikat yang salah sebuah anak syarikatnya ialah syarikat pengeluar ubatan. Jadi, jika kita kreatif dalam menentukan hala kerjaya, tidak mustahil kita akan akhirnya berjumpa dengan kerjaya yang sepadan dengan kita bagai sirih pulang ke ganggangnya.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/28  at  01:17 PM

Tambahan:

Walaupun memilih kerjaya yang tidak berkaitan langsung dengan kertas yang diperoleh di menara gading, tidak semestinya ilmu yang diperoleh itu tidak ada gunanya dalam kerjaya pilihan. Ia malah memberikan kelebihan kepada kita dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/30  at  09:14 AM

Saya lepasan ijazah Kesusasteraan dan Bahasa Inggeris (English Language and Literature) sebuah universiti tempatan. Tapi sekarang bekerja di firma IT sebagai eksekutif jualan.

Soalan kenapa pelajar jurusan sastera tidak menulis, adalah seperti bertanya kenapa pelajar jurusan ekonomi tidak menjadi usahawan. Ia seharusnya jadi ‘itu’, tapi realiti sebenarnya tidak menjanjikan seperti yang diharapkan. 

Saya tamat pengajian pada ‘98. Zaman gawat. Cuba minta kerja sebagai editor tapi kerana tidak pengalaman, tidak dipandang. Nak tak hendak, terpaksa merangkak ke sektor lain. Sektor penerbitan pada saya ketika itu jadi sempit sekali.

Ok, kenapa saya ambil jurusan sastera ini dulu? Bukan kerana saya minat, tapi kerana saya tidak ditawarkan jurusan lain (undang-undang, misalnya. Ha ha!) dan kebetulan saya memang mahu meneruskan pelajaran biar dalam jurusan apa pun. Jadi apa yang mereka tawar, saya ambil saja. Tak berkira.

Tapi sebetulnya minat kepada sastera itu datang kemudian. Akhirnya, saya kenal ramai juga penulis dunia. Dan saya juga belajar ilmu kritikan sastera. Tugasan menulis fiksyen ini jarang-jarang berlaku. Kebanyakan pensyarah lebih suka memberi tugasan lebih pada apresiasi (atau kritikan), dan bukannya penerokaan kreativiti. Jadi walaupun ada bakat penulisan, ianya tidak berkembang dengan baik.

Itulah sebabnya, seorang penulis pernah berkata, untuk jadi penulis, JANGAN masuk universiti! Sebab universiti tidak membiakkan penulis.

Saya minat menulis, tapi secara suka-suka. Kenapa tidak menulis secara serius? Ha, itu saya boleh jawab. Secara peribadinya, itu ada kena mengena dengan soal kreativiti dan pengaplikasian ilmu. Saya kerap terfikir, hish! takkan belajar tinggi-tinggi nak tulis novel cinta separuh masak atau novel kanak-kanak? Saya lebih rela tak berduit daripada buat sesuatu yang ‘merendahkan’ intelektual saya. KONONNYALAH!!

Memang kedengaran kurang ajar, tapi itulah hakikatnya, secara peribadi, ya! Saya tidak mewakili orang lain. Ini adalah pendapat saya sendiri, kenapa lepasan jurusan sastera seperti saya tidak menulis.

Tapi untuk menulis sesuatu yang hebat pun saya sebenarnya tidak mampu. Itulah sebabnya, ramai pelajar jurusan sastera akhirnya cuma jadi pengajar saja. Atau jadi seperti saya, terjun ke bidang lain.

Dato’ Gondoruwo,
Saya petik: “Tapi untuk menulis sesuatu yang hebat pun saya sebenarnya tidak mampu.” Tidak ada sesiapa yang mengatakan tuan tidak mampu. Tuan sendirilah yang menghukum diri tuan sendiri menjadi orang yang ‘tidak mampu’!
Itulah life-script yang tuan telah cipta untuk diri tuan. Maka itulah yang menjadi kenyataan.

Nota: Dalam sastera hantu orang Jawa, yang dinamakan gondoruwo itu adalah hantu paling besar rupa dan bentuk badannya, maka dipanggil ‘mbah’ yang serupa dengan ‘datuk’.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/10  at  07:31 AM

APAKAH KElulusan UNTUk MEnjADI dOKtoR?

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.