Motivasi Penulis: Ada-ada Sahaja!
Kajian yang dilakukan oleh 'relationship psychologists' mendapati pasangan yang berkongsi nilai-nilai yang serupa adalah lebih puas hati dan menikmati jodoh yang lebih berpanjangan dibandingkan dengan pasangan yang berlainan nilai. Pencapaian mereka juga lebih tinggi.
Pasangan yang berkongsi nilai menyukai perkara-perkara yang serupa dan membenci perkara-perkara yang serupa.
Kita menggalakkan para penulis PTS berkahwin dengan sesama penulis supaya produktiviti mereka tinggi.
Kalau tidak dapat berkahwin sesama penulis, berkahwinlah dengan kaki buku!
(Uhuk! Uhuk! Terbatuk pula...)
.
.
Pasangan yang berkongsi nilai menyukai perkara-perkara yang serupa dan membenci perkara-perkara yang serupa.
Kita menggalakkan para penulis PTS berkahwin dengan sesama penulis supaya produktiviti mereka tinggi.
Kalau tidak dapat berkahwin sesama penulis, berkahwinlah dengan kaki buku!
(Uhuk! Uhuk! Terbatuk pula...)
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Masih belum terlambat lagikah?
——-
MBA-San,
Bisa diurus, Pak!
oh inilah Homophili yang Puan maksudkan beberapa bulan lalu ketika minum/makan ABC di GIANT waktu kursus.
betul! kebetulan isteri saya juga menulis
ehem! ehem!
saya fikir lebih baik kahwin dgn kaki buku
Kawin dengan kaki buku boleh berhabis duit… saya fikir lebih elok kahwin dengan taukeh kedai buku (wah mata duitannya aku ni…) ataupun jadi menantu kesayangan Presiden Penerbit Buku ke…. (itu berpandangan jauh namanya). ha ha ha.
Tapi kan Sifu…. JIka kita tengok Sasterawan Negara A.Samad Said, isteri pertama dia memanglah penulis tetapi isteri kini rasanya tidak terlibat langsung dengan buku dan penulisan kan?.
Namun idea dia mencurah-curah. Yang pentingnya macam Omar Khayam cakap…. “segelas xxxx dan dinda di sampingku” Idea pasti datang mencurah.
Terbatuk juga…
Saranan yang menarik. Tapi nak kena satu genre ke Mbakyu? Saya penulis non-fiksyen, susah nak cari wanita penulis non-fiksyen… hehehe
Terbatuk lagi.
Puan Sifu, Pak Rastom, tuan-tuan & puan-puan,
Kalau isteri kedua, ketiga & keempat dari kalangan penulis, penerbit, kaki buku, penterjemah, editor atau penjual buku, boleh jugakah…?
Tuan Alang,
Kalau objektifnya membuka selusa mungkin pasaran buku, saya cadangkan untuk yang ke2, 3 dan yang finale, usahalah penulis dari bahasa majmuk Malaysia (Mandarin, Tamil dan mungkin Punjabi dsb)
Puan Sifu,
“....Kalau objektifnya membuka selusa mungkin pasaran buku, saya cadangkan untuk yang ke2, 3 dan yang finale, usahalah penulis dari bahasa majmuk Malaysia (Mandarin, Tamil dan mungkin Punjabi dsb)....”
Tidak semesti dari Malaysia sahaja, ya Pak Rastom, dari luar negara pun boleh: Inggeris, Mongolia atau pun Sudan pun boleh diterima, bukan?
MBA-san,
Datin Rashidah, isteri muda Dat’ A. Samad Said adalah bekas wartawan NST. Penulis jugalah tu! Itu sebab Dato’ terus produktif sehingga hari ini.
...Yang pentingnya macam Omar Khayam cakap…. “segelas xxxx (madu) dan dinda di sampingku”....
Nampaknya kena ubahsuai/tambah doa saya…
Cik Siti,
Doa tambahannya begini, “.... aku tidak akan meminta sebagaimana yang aku mahukan, maka berilah lelaki yang terbaik bagiku…”
Puan Sifu,
Saya dulu memang nak cari yang sama version dengan kepala saya tapi tak jumpa, hinggalah terlajak. Dapat pula yang tak minat membaca apalagi untuk menulis. Namun dia sporting, tak pernah tanya kerja menulis saya. Asal keluar saja, ada bengkel penulisan, dia percaya walaupun melencung ke tempat lain.
WARKAH KEPADA PENULIS-PENULIS YANG MENJADI KEKASIH-KEKASIHKU
Duhai penulis-penulis kekasih-kekasihku
Tidak kira dari mana asalmu
Sudan, Mongolia atau Timbuktoo
Mari ke mari bersamaku
Jalinkan kasih kalian kepadaku
Semaikan sayang kalian kepadaku
Wahai para penulis kekasih-kekasihku
Ayuh bersamaku berganding bahu
Kalian nukilkan puis cinta kalian untukku
Aku coretkan untuk kalian lagu sedu
Dan seribu rindu
Hadirlah ke bengkel di hari ahad dan sabtu
Datanglah, jangan tidak datang, bersamaku
Menambah semangat kita dan juga Sifu
Sambil dapat menimba ilmu
Begitu sekali nikmat berkat berguru
Terima kasih Puan.
Kalau begitu kena ubah terus doanya.
Sdr Juragan Solo,
Nampaknya version yang ada di samping Tuan sekarang ini sesuai jadi version “tua”.
Yang “muda” bak kata MBA-san…
…Yang pentingnya macam Omar Khayam cakap…. “segelas xxxx dan dinda di sampingku”… (duduk cantik-cantik dalam kelas Sifu).
“....Duhai penulis-penulis kekasih-kekasihku
Tidak kira dari mana asalmu
Sudan, Mongolia atau Timbuktoo
Mari ke mari bersamaku
Jalinkan kasih kalian kepadaku
Semaikan sayang kalian kepadaku….”
Em,...sebut tentang Sudan dan Mongolia pun tiada yang sudi komen…
Sheikh,
...Em,…sebut tentang Sudan dan Mongolia pun tiada yang sudi komen…...
Hahaha! Ada pelajaran dalam bidang penulisan. Maklumat basi tidak menguja pembaca berespon!
Dalam travelogue pun demikian, apa yang pembaca sudah tahu, jangan ditulis lagi, dong!
Puan,
Dalam travelogue pun demikian, apa yang pembaca sudah tahu, jangan ditulis lagi, dong!...hahaha bahasa Indon “dong” itu kira kira macam “lah” di sini. Cuba terjemah nama berikut = Abduldong.
Post a comment