Motivasi Penulis: Alamat Emel dan Imej Profesional
Nama emel adalah wakil dan cermin karektor dan peribadi seseorang. Nama emel adalah pilihan peribadi. Justeru, banyak yang dapat dibaca daripada nama emel seseorang.
Sebagai penulis, pilih nama-nama emel yang berkesan dan profesional.
Sebaik-baiknya gunakan nama sebenar saudara sebagai alamat emel. Kalau nama saudara Zaidi, gunakan "zaidi" sebagai nama emel saudara.
Nama sebenar memudahkan penerima menyimpan alamat saudara dalam kotak emel. Ini lebih-lebih lagi penting apabila seseorang itu hendak menulis emel kepada saudara.
(1) Jangan gunakan nama samaran yang tidak ada dalam memori penerima seperti .(JavaScript must be enabled to view this email address)
(2) Jangan gunakan nama main-main seperti .(JavaScript must be enabled to view this email address) melainkan saudara memang berkomunikasi bagi tujuan main-main.
(3) Jangan gunakan nama tokoh-tokoh agung seperti .(JavaScript must be enabled to view this email address) sebab dengan meminjam nama-nama itu saudara mungkin memberi gambaran kurang tepat tentang saiz ilmu agama saudara berbanding nama ulamak itu. Ia boleh mencipta persepsi negatif.
Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan pernah menerima emel daripada pelajar sarjana perempuan yang menggunakan nama .(JavaScript must be enabled to view this email address) dan seorang janda muda (dia pensyarah di sebuah IPT) yang menggunakan nama .(JavaScript must be enabled to view this email address).
Apa persepsi saudara?
.
.
Sebagai penulis, pilih nama-nama emel yang berkesan dan profesional.
Sebaik-baiknya gunakan nama sebenar saudara sebagai alamat emel. Kalau nama saudara Zaidi, gunakan "zaidi" sebagai nama emel saudara.
Nama sebenar memudahkan penerima menyimpan alamat saudara dalam kotak emel. Ini lebih-lebih lagi penting apabila seseorang itu hendak menulis emel kepada saudara.
(1) Jangan gunakan nama samaran yang tidak ada dalam memori penerima seperti .(JavaScript must be enabled to view this email address)
(2) Jangan gunakan nama main-main seperti .(JavaScript must be enabled to view this email address) melainkan saudara memang berkomunikasi bagi tujuan main-main.
(3) Jangan gunakan nama tokoh-tokoh agung seperti .(JavaScript must be enabled to view this email address) sebab dengan meminjam nama-nama itu saudara mungkin memberi gambaran kurang tepat tentang saiz ilmu agama saudara berbanding nama ulamak itu. Ia boleh mencipta persepsi negatif.
Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan pernah menerima emel daripada pelajar sarjana perempuan yang menggunakan nama .(JavaScript must be enabled to view this email address) dan seorang janda muda (dia pensyarah di sebuah IPT) yang menggunakan nama .(JavaScript must be enabled to view this email address).
Apa persepsi saudara?
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Puan Sifu,
Saya amat bersyukur dengan nama sumbangsih ibubapa saya. Tetapi saya adalah seorang pengkagum sufi dan filosopi islam seperti Hamzah Fansuri. Saya ingin mengabadikan namanya sebagai nama pena. Saya hanya mengharapkan keberkatan dan bukan kufur nikmat terhadap nama asal di dalam Mykad.
Puan Sifu rasa sesuaikah alamat email saya, .(JavaScript must be enabled to view this email address)
Yang benar,
Faisal Fansuri
——-
Sdr Faisal,
Adakah nama Faisal itu nama saudara dalam Mykad?
Sewaktu saya pertama kali membaca nama emel saudara, saya terfikir apakah saudara meniru-niru nama samaran “Faisal Tehrani”...
Nama saya Faizal bin Riduan, No. Mykad: 810712-14-5887 (Telah disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara). Saya juga risau dibayangi seperti Faisal Tehrani (saya difahamkan Tehrani mengambil inspirasi lokasi di Tehran). Jadi pada pandang Puan Sifu apa perlu saya buat?
Masih awal masa untuk mengubahnya jika Puan Sifu rasa perlu berbuat demikian. Saya percaya nama adalah satu brand. Mohon pandangan Puan Sifu.
Puan Sifu,
Saya memang suka main-main tetapi berkhasiat dan mudah diingati .(JavaScript must be enabled to view this email address), ada lagi satu emel resmi yang menggunakan nama saya sebenar tetapi dek kerana server selalu kena spam (viagralah, phentermine dan entah apa lagi jenama ubat kuat lelaki) maka saya gunakan yang kelapamuda saja sebagai lawan (gunalah ubat tempatan).
Nama emel sweet lollipop dengan slight pleasure memang nampak suka main main dan permainan itu boleh memudaratkan kesihatan..terutama gigi cepat ronggak.
Tuan Rastom,
Untuk tujuan peribadi, mungkin sesuai. Lebih sesuai jika pemiliknya seorang pakar sakit tuan.
Tetapi dari sudut seorang penulis nama itu tidak menjenamakan profesionalisme. Tidak melambangkan kebertanggungjawaban dan kematangan fikiran.
Tetapi pada saya ianya satu nama yang mudah diingati, sentimental, asli dan penuh tradisi. Nama itu sesuai di publish kan sempena MAHA 2007.
Maha 2007! hahaha
Idea bagus juga, boleh sumbang saran kepada ahli mentee tulis buku untuk pasaran Maha 2008!
Sdr Faizal,
Gunakan .(JavaScript must be enabled to view this email address)
Nama saudara adalah “future brand”. Melabur daripada sekarang!
Sifu;
Apa ada pada nama?.
Masa saya kat UK, orang sana panggil saya Mr. Ali atau Mr. MB.Ali (kawa-kawan kat sini gelar saya Mamak Bendahara!). Masa kat Jepun orang sana panggil saya Mr. Bin atau Bin san. Bila saya beritahu yang Bin adalah bermakna ‘anak lelaki kepada’, maka mereka ubah nama saya kepada Bin Ali San.
Lama-lama mereka panggil saya MBA sahaja dan hingga kini kawan-kawan saya seentero dunia panggil MBA, bos kat pejabat juga panggil MBA dan suati ketika dulu, pernah Ketua Setiausaha Negara (KSN) tanya siapa dia MBA?.
MBA adalah branding saya
—
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Ini adalah antara e-mel yg pernah/sedang saya gunakan.
(Kereta saya juga plet MBA)
puan, saya sudah cuba daftarkan nama sebenar saya, tapi tak berjaya sebab ada orang lain lebih dahulu menggunakannya.
Menjunjung kasih Puan Sifu, Tuanku Canselor UNIKA.
Maka dengan ini saya ishtiharkan nama saya sebagai;
FAIZAL BIN RIDUAN
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Semoga kerbekatan dan perkenan Tuanku Canselor Puan Sifu akan memberikan kejayaan yang hakiki dan berpanjangan.
Insyaallah…
Masa dulu-dulu saya guna banyak nama samaran (yang indah-indah)sebagaimana tercatat dalam Direktori Penulis Malaysia, tapi kemudiannya saya gunakan nama sebenar dalam semua urusan. Hanya kebetulan ada pelbagai ejaannya sampai sekarang sehingga saya terpaksa buat surat sumpah di hadapan majistret bahawa nama saya sebenarnya adalah Saie bin Dris @ Saiee Driss. Namun sampai sekarang, walau dalam surat-surat saya kepada pelbagai pihak saya gunakan nama betul ejaannya, 90%nya penerima akan membalas balik dengan ejaan yang salah. Kes terbaru ialah apabila surat rasmi perihal jawatan saya dieja betul dalam salutasi tetapi pada kenyataan intinya dieja salah lagi. Dah nasib begitu .... Ada yang kata sekurang-kurangnya kalau menunaikan haji ringan satu rukun sebab dah saie….
Kasihan saudara.
Tetapi nama saudara sangat unik. Untuk permulaan bersabar sahaja tetapi bila sudah menjadi enior pastikan mereka menghormati nama saudara! Panggillah dengan nama yang dipangil oleh tuhanmu.
enior salah. Yang betul senior.
Nak menyelit sekejap. Ada 2 emel saya:
1) .(JavaScript must be enabled to view this email address) (membawa nama saya yang lebih dikenali sebabagi Kang. Walasri.com (domain sejak 1999) juga adalah penyedia e-mel seperti .(JavaScript must be enabled to view this email address) (tak banyak ruang, cuma 25 meg)
2) .(JavaScript must be enabled to view this email address) (pun emel rasmi, membawa nama dalam buku saya).
Bila ada peluang untuk menonjolkan diri, tuliskan saja. Pada buku-buku saya (pada pengenalan) lengkap tertulis: e-mel, web, dan YM.
Tuan-tuan dan Puan-puan,
Saya hendak ceritakan kesan emosi yang dialami oleh Prof. Abdullah Hassan apabila menerima emel dengan nama “sweet_lollipop” dan “slight_pleasure”.
Beliau sekarang berusia 65 tahun, punya 3 menantu dan 6 orang cucu. Pernah jadi Dekan Fakulti Ilmu Wahyu di UIA. Beliau selalu jadi imam surau di Janda Baik.
Sebagai orang tua, bayangkan setiap kali beliau ternampak muka 2 perempuan yang menggunakan nama-nama itu, apa emosi beliau terhadap mereka? Sebagaimana yang beliau beritahu saya, beliau menyampah dan benci. Malah beliau gunakan perkataan “——-” (yang tidak berapa sedap hendak saya tuliskan di sini).
Justeru, apabila mencari nama emel, pilih nama-nama yang baik bagi melambangkan kebaikan karektor, yakni nama yang sesuai dalam semua keadaan, dan bagi semua tujuan.
Puan Sifu,
Saya menggunakan nama sebenar dalam emel tetapi suka dengan nama Duyung untuk nama pena. Saya terlintas menggunakan nama Duyung bila mengenangkan saya kelahiran negeri Pahang.
Saya sukakan sungainya. Semasa kecil saya suka berangan pandai berenang..tetapi tidak pandai-pandai! Saya penakut bila ditolak air. Akhirnya memilih meletakkan nama Duyung sebagai nama pena.
Puan Sifu, Sdr MBA, et al,
MBA?
em..
MBA=Master of Business Admin?
MBA= “Married But A…”?
(Jangan tersinggung,...saya sengaja berjenaka sebab kepala rasa berat akibat susun doa-doa untuk buku poligami… ehehe
Sdr Alang Kelana,
(sebab kepala rasa berat) itu maknanya sudah sampai masanya untuk pergi zzzzzz…
(hidup jadi indah bila selalu bergurau senda.. lebih-lebih lagi dalam mengeratkan kasih sayang.. ehem.. ehem..):)
Assalamualaikum,
Puan Ainon yang dihormati,
Selaku mentee yang mendapat bimbingan terus daripada puan, saya akur dengan saranan puan. Justeru, saya telah mendaftar alamat emel yang baharu menggunakan nama sebenar. Harap maklum dan mohon maaf jika alamat emel sebelum ini menimbulkan kesukaran dan kesulitan.
Terima kasih.
Sdr MYA,
Sebelum ini, nama emel saudara adalah “keligoreng”. Nama itu mempunyai implikasi:
(a) Imej ikan keli tidak disukai oleh semua orang. Banyak orang tidak makan ikan keli.
(b) Banyak pula orang perempuan yang timbul rasa geli-geleman memandang ikan keli.
(c) Keli goreng diasosiasikan secara negatif dengan makanan orang kampung, orang miskin.
(d) Dalam koleksi peribahasa Melayu, ikan keli digunakan sebagai simbol negatif seperti dalam perumpamaan (dengan maaf) “Satu lubang dua keli.”
Gunakan nama sebenar, ia adalah baik bagi semua urusan.
email saya .(JavaScript must be enabled to view this email address)
Saudara Faizal,
Sewaktu saudara menggunakan nama Faisal saya membayangkan Faizal seorang ketua bertaraf pemimpin peringkat tinggi. Kini dengan nama Faizal, saya membayangkan saudara seorang doktor pakar. Nama Faizal dan Faizul sememangnya nama yang bertema doktor di fikiran saya.
Nama ada kesannya pada saya. Sering kali nama seseorang itu akan menerbitkan suatu imej tentang diri orang itu di benak saya.
Nama sebenar saya sering dikaitkan dengan salah seorang tokoh di Selangor. Bila saya minta kerja selalu depa kaitkan “Awak ni anak sipolan-sipolan tukah?” Jadi saya menggunakan nama kucing saya sebagai nama pena saya. Alhamdulillah bila saya masuk peraduan atau menghantar artikel mudah diterima. Mungkin nama itu bertuah. Selain itu saya memilih nama pena untuk melindungi diri supaya tidak timbul konflik antara kerjaya dan minat… boleh tak macam tu?
Salam,
Puan Ainon,
Saya juga telah menukar email add saya kerana sebelum ini saya meminjam nama ibnu.taimiyyah utk email saya.Nampaknya puan terus jadikan email add saya sebagai contoh pinjaman yg kurang positif.Saya akui meminjam nama-nama ulama’ besar boleh memberi implikasi kurang tepat tentang keilmuan kita.
Salam saudara/i semua..
wah! bangga saya melihat alamat akaun emel kepunyaan Tuan MBA .. ternyata MBA satu brand yang perlu dikekalkan..
Post a comment