Friday, February 16, 2007

Motivasi Penulis: Apa itu ‘external locus’

Istilah 'external locus' adalah istilah ilmu psikologi. Perkataan 'locus' bermakna 'tempat', makanya ia menerbitkan perkataan 'lokal' dan 'lokasi'.

Kajian pakar-pakar psikologi mendapati salah satu perbezaan ciri psikologi individu-individu yang berjaya dengan individu-individu yang gagal adalah ciri 'internal locus' dan 'external locus'.

Orang yang berjaya mempunyai ciri 'internal locus', manakala mereka yang gagal mempunyai ciri 'external locus'.

Apabila individu internal locus mengalami kegagalan, dia mengatakan kegagalan itu berpunca daripada dirinya sendiri (faktor-faktor internal) . Dia mengaku dirinya mungkin silap ataupun masih banyak kelemahan dan kekurangan. Dengan demikian dia cuba mengatasi faktor-faktor itu dengan memperbaiki dirinya dan cara kerjanya. Dengan demikian, semakin banyak dia mengalami kegagalan, dia menjadi semakin baik.

Apabila individu external locus mengalami kegagalan, dia menyalahkan pihak-pihak lain (faktor-faktor eksternal) yang dituduhnya menyebabkan dia gagal. Dengan demikian dia tidak memperbaiki dirinya sendiri, malah dia bersikap defensif dan mahukan supaya pihak-pihak lain yang dibetulkan.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Motivasi Penulis
(6) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: pada & kepada Previous entry: Buku Apa Sesuai Diaudiokan Bagi Orang Buta
KSI  on  02/16  at  06:52 AM

Puan Sifu:
Ini juga antara ciri yang membezakan penyair yang mampu berkembang dengan yang tidak. Betul nggak, Puan Sifu?

KSI
——-

Puan Ainon Mohd.  on  02/16  at  07:51 AM

Sdr KSI,

Izinkan saya, sebagai Sifu saudara, mendedahkan kepada pembaca UNIKA ini, beberapa ciri psikologis diri saudara sebagaimana yang saya nampak, makanya saudara menjadi salah seorang daripada segelintir penyair yang berjaya.

(1) Saudara seorang yang acheivement-oriented. Saya terkejut apabila pada kali kedua saya bercakap dengan saudara, saya terdengar saudara megucapkan ayat ini: “(Saya mahu) menang Hadiah Sastera Kebangsaan!) Lazimnya seniman Melayu malu hendak mengistiharkan dia mahu menang hadiah-hadiah besar seperti HSK. Apatah lagi mengistiharkannya kepada seorang tokoh (saya-lah tu) yang belum dikenali dengan rapat.

(2) Saudara seorang yang mempunyai minda seorang investor. Dalam bercakap-cakap dengan saudara, saya mengesan saudara memiliki koleksi buku yang besar dalam bidang yang saudara tekuni, yakni puisi. (Saya fikir koleksi buku puisi Melayu saudara lebih lengkap daripada koleksi pensyarah yang mengajar puisi Melayu.) Ciri investor ini adalah ciri paling utama dalam psikologi kejayaan. Jika seseorang itu mahu berjaya (mahu menang itu ini) tetapi tidak memiliki minda investor, keinginannya itu tinggal keinginan.

(3) Dari hari pertama saudara muncul dalam kelas saya, saya sudah nampak saudara seorang yang sangat terbuka dalam isu belajar ilmu-ilmu baru. Ini pun ciri minda investor yang amat penting peranannya dalam psikologi kejayaan. Saya perhatikan, dalam kelas, saudara datang dengan persediaan belajar, dan saudara membuat catatan lengkap isi kandungan kuliah saya, dan saudara banyak bertanya, sampai hati saya berkata: “Dia ini tamak belajar! Macam vacuum cleaner, mahu disedut semua butir-butir kecil sekalipun yang didengar dari mulut gurunya.)

(4) Saudara seorang yang pandai bekerjasama sama dengan rakan-rakan. Apabila diminta ilmunya, saudara memberikan ilmu saudara itu dengan sikap amat pemurah dan ikhlas. Saudara juga mahu orang lain turut sama-sama berjaya. Kajian ahli-ahli psikologi mendapati individu-individu yang berjaya, dan bertahan lama dalam kejayaannya, mempunyai ciri kooperatif yang tinggi, BUKAN ciri kompetitif.

Dan tentu sekali, saudara seorang yang pandai berguru…

Siti Hajar  on  02/16  at  11:54 AM

Assalamualaikum,

>>>Dan tentu sekali, saudara seorang yang pandai berguru…

Satu pujian yang amat berharga daripada seorang guru. Saya berazam satu hari nanti salah seorang guru saya akan memberikan pujian yang sama seperti ini kepada saya.

Fable Fox  on  02/16  at  03:22 PM

Puan Ainon, tolong komen tentang saya, tetapi sila e-mel ke .(JavaScript must be enabled to view this email address).
Sila lawati juga blog saya (http://www.fablefox.com) untuk beberapa jawapan tersembunyi.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/18  at  09:53 AM

Assalamualaikum,

Teringin juga saya mendapat komen analitis, kalau ada, mengenai psikologi set up saya sendiri, walaupun mungkin bukan dari kalangan siswa regular. Saya pohon kalau ada ruang dan masa.

Kalau dikenakan profesional analyst fee sila beritahu.

El-mel saya .(JavaScript must be enabled to view this email address). Blog saya saieedriss.blogspot.com dan http://360/yahoo.com/saiee_d

Wassalam.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/21  at  08:29 AM

Tetapi seorang guru yang baik ialah guru yang tidak merasa dirinya Otai atau Sifu serta mahu pula belajar daripada murid-muridnya. Wallahualam.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: