Motivasi Penulis: Dua Patah Perkataan Paling Merdu di Telinga Lelaki
Bukan "I love you".
Bukan "Terima kasih".
Tetapi, "Saya suka!"
.
.
Bukan "Terima kasih".
Tetapi, "Saya suka!"
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Ada lagi.
“Nah sejuta…”
Tak sangka tukang kayu dari kelantan menang RM 1 juta peraduan telekom. Gah…
——-
Puan: Buat saya, semuanya merdu di telinga saya. Jika yang mengucapkan kata-kata itu adalah perempuan…..
seungkap kata
meski penuh berbisa
namun dari bibirmu, wanita
bagiku
adalah air dingin
kali
penyejuk lara
jiwa…....
KSI, Jumaat 12 Janurai 2007
Wah, dalam kangenku… tersilap mengeja: J - A - N- U - A - R - I…..
Sdr KS,
Justeru, saya lihat penyakit kangen saudara itu nggak bisa dirawat lagi!
Puan,
Wah, nampaknya Sang Pencinta Agung sudah menitipkan bicara puitis yang kunanti-nanti di ruang legar ini!
Ada lagi dua perkataan merdu yang sedap didengari:
“Sudah bersolat?”
atau
“Nak shopping…!”
Sdr MYA,
Sang Pencinta Agung ini memang doyan cinta!
Sdr Fable Fox,
“Nah sejuta…”.....sepuluh pun cukuplah!
Kenapa tak mahu sejuta?
Mana tahan dong….sejuta cucuk satey!
Sdr FOX,
Dapat duit 1 juta, itu cerita lain. Jadi jutawan, itu cerita lain. Tukang rumah itu cuma dapat duit 1 juta, tapi dia bukan jutawan.
Jutawan adalah orang yang (a) nilai bisnesnya berjuta-juta; (b) hutangnya berjuta-juta (kepada bank-bank, kepada pembekal); (c) orang pula berhutang berjuta-juta kepadanya (para pengedar, para agen, para retailer, para pembeli); (d) dia membayar berjuta-juta kepada orang lain (gaji, elaun, bonus, komisen); (e) dia mencagarkan hartanya yang bernilai berjuta-juta kepada bank-bank; (f) nyawa dan kesihatannya diinsuranskan pada nilai berjuta-juta; (g) mungkin sedang disaman di mahkamah pada nilai berjuta-juta.
Cuba tanya akauntan yang menjaga rekod duit para jutawan, berapa banyak duit si jutawan yang ada dalam akuan peribadinya? Pernahkah si jutawan nampak nota duit RM1 juta selonggok atas mejanya?
Hmmm… jadi jutawan ni, bunyinya sahaja bagus! Tidur pun tak lena. Makan gaji besar lebih senang….
Jangan jadi macam Tipah yang tertipu. Dapat suami yang ada gaji besar. Ibunya pun setuju kerana dapat menantu bergaji besar. BMR Kedah gaji=gergaji. Kilang papanlapis di Sg. Petani ada gaji besar-besar!
Tuan RASTOM,
Cerita Cik Tipah tertipu memang banyak berlaku. Dalam jibunsyi Dr. Haslisa Ramli ada cerita itu, sungguh menyayat hati…
penilaian manusia biasa bias pada unsur material dan kebendaan.kadangkala fikiran logik dan rasional ini menolak emosi dan suara hati.
puan sifu,
saya banyak dengar wanita mengatakan ‘saya suka’ tapi tiada satu pun yang mengatakan ‘I love U’.
malangnya saya…
Sdr Faisal,
Perempuan berkata “saya suka” merujuk kepada benda-benda yang dia sukai, macam beg tangan, anting-anting dan pasu-pasu.
Yang merdu kepada lelaki adalah kata-kata “saya suka” yang merujuk kepada kualiti diri si lelaki itu.
Betulkah, Tuan Rastom?
Sdr Faisal..
Bukan mudah wanita yang jujur untuk menyatakan `I love U’ pada lelaki yang disukainya. Berhati-hatilah kalau jumpa sekejap dah kata `I love U’.
Dalam dunia hari ini terlalu banyak tipu muslihat yang tidak terpandang oleh mata tetapi terjadi di mana-mana.
Biar Tipah sahaja yang tertipu, ramai yang bersimpati..Kalau Sdr Faisal tertipu baru betul-betul malang!
itulah sebabnya saya sangat tidak teruja dgn ayat-ayat ‘i love u’.
memang betul puan sifu perempuan memang cepat suka yg itu suka yg ini.banyak benda yg berkenan dihati.
lelaki yg membayar mesti sakit hati erm…
Sdr Faisal,
Itulah sebabnya, nanti saudara kahwinlah dengan perempuan kaki buku! Kaki buku memang tak suka anting-anting, pasu-pasu Cina, bunga-bunga palsu, dan tudung yang berkelip-kelip macam terendak lampu tuh!
Puan Sifu,
“Saya suka” lebih merdu dari “I love u”, yang “love” itu sudah semacam basa basi dalam bualan. Ada satu intonasi istimewa dalam perkataan “suka”. “Su” dipanjangkan sebanyak 2 harakat seperti bunyi “suu” dan “ka” satu harakat dan ditinggikan nadanya sedikit. hehehe
Tudung yang berkelip-kelip macam terendak lampu!
Saya teringat seorang “besar” ada gelaran yang pernah hadir di TV memberi motivasi. Macam ada didepan mata dengan kilauan tudungnya.
itulah jimat duit saya dia boleh kongsi habiskan membaca buku2 koleksi simpanan saya.tidakpun boleh ikut saya pinjam buku perpustakaan negara (saya ada 3 kad pembaca X 3 buah buku eheheh).
tetapi susahlah hendak berjumpa perempuan seperti itu puan sifu,kritis, kreatif, konstruktif,kognitif, dan kondusif eheheh.
tidak mengapa saya menunggu puan sifu pinangkan…
Perempuan kaki buku ni biasanya dianggap pelik - itulah yang saya alami. Cuma, masa di UIA aje tak rasa dianggap pelik sebab semua kawan-kawan kaki buku.
Kenapa saya kata dianggap pelik? Saya lebih banyak habiskan duit untuk buku, adik dan kakak saya kata saya boros, sebabnya kaun wanita di Terengganu sudah diasuh untuk menyimpan wang melalui pembelian emas (bila susah boleh gadai). Bagi saya beli buku adalah pelaburan, kerana membaca adalah input dan menulis adalah output.
Oh, dan bila berfikiran kritis, saya dikatakan sebagai rebellious. Adik-adik saya, setiap tahun, selalu berdebar-debar takut saya bangun memberikan pendapat kritis saya dalam Mesyuarat Agung KODIKA di kampung saya.
saudari, memberi pendapat kritis memang membanggakan apatah lagi dalam mesyuarat agung.tetapi adalah lebih sukar untuk menterjemahkan pendapat kritis menjadi gagasan yang konstruktif!
memberi dan menhujahkan pendapat lebih relevan dlm pertandingan perdebatan.dalam mesyuarat agung lebih bagus mencari resolusi dan membuat keputusan.merapatkan barisan dari dalam baru menentang cabaran dari luar.
Bagi saya yang paling merdu ialah: “Kalau abang nak kahwin lagi satu, saya akan tanda tangan borang itu…”...!!!
Puan Sifu,
>>Kaki buku memang tak suka anting-anting, pasu-pasu Cina, bunga-bunga palsu, dan tudung yang berkelip-kelip macam terendak lampu tuh!
Saya memang kaki buku. Harta saya yang paling berharga bagi saya ialah buku-buku saya itu. Namun saya juga sukakan anting-anting, pasu-pasu China, bunga-bunga palsu, cuma tudung lip-lap saja yang saya tak suka. Macam mana tu?
Sheikh,
Bukankah ini lebih merdu? “Kalau abang hendak kahwin lagi, saya suka!”
Post a comment