Monday, April 23, 2007

Motivasi Penulis: Ikut Semangat Kerja Penulis Ini

Nama sebenar Puan Ezee adalah Engku Zainon Engku Abdul Rahman. Pendidikan formal beliau adalah bidang akauntansi. Kini beliau menulis sepenuh masa.

Karya-karya beliau dengan PTS diterbitkan oleh PTS FORTUNA (novel KAWAN), oleh PTS ONE (novel remaja SARAH dan KASUT TUMIT TINGGI), dan yang ini, koleksi cerita-cerita agama, diterbitkan oleh PTS ISLAMIKA.

Ada enam (6) judul lain yang manuskripnya sudah siap beliau tulis dan akan diterbitkan oleh PTS.

Sebelum ini beliau tidak pernah tahu beliau mempunyai bakat menulis karya kreatif, sehinggalah pada suatu hari beliau 'saja-saja' datang ke bengkel penulisan teknik surah Yusuf.

Produktiviti beliau yang luar biasa tingginya adalah bukti besarnya manfaat gabungan bakat dengan disiplin kerja yang amat teliti dan sistematik seorang akauntan.

Beliau sejak kecil menghidap asthma yang berat dan menamatkan perkhidmatan atas nasihat pakar perubatan.

Nota: Datanglah ke bengkel-bengkel PTS, mana tahu, seperti Puan Ezee, saudara juga memiliki bakat menjadi penulis.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Motivasi Penulis
(12) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Kita Mahu Lebih Banyak Buku Begini Previous entry: Simbol dalam Puisi dan Logik
Faizul bin Kamaruddin  on  04/23  at  03:51 PM

Tidak silap saya, sudah lima kali saya pergi bengkel ini
——-

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/23  at  03:52 PM

Assalamualaikum,

Saya kagum dengan usaha gigih Kakak Engku. Beliau juga banyak menghasilkan buku kanak-kanak tetapi sayang tiada royalti.

Insya Allah dengan PTS, beliau meraih bayaran yang lumayan sepanjang hayat.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/23  at  04:49 PM

Moga Kak Engku akan terus dilimpahi nikmat kesihatan dan idea untuk berkarya.

*Lepas ini saya akan hanya pergi kursus di PTS bila buku saya sudah siap ditulis. Kalau tidak malulah saya.

Zamri Mohamad  on  04/23  at  05:16 PM

Saya pun terpanggil untuk ikut jejak Puan Engku :D

alang kelana  on  04/23  at  05:46 PM

Assalamu’alaikum Puan Sifu,

Tanhniah untuk Puan EZ dan tahniah untuk PTS.

Saya juga ingin mengikuti jejak beliau, insya Allah. smile

ez  on  04/23  at  06:35 PM

Sifu,

Terima kasih di atas bimbingan, dorongan dan tunjuk ajar yang tidak pernah jemu terhadap saya selama setahun empat bulan saya mengenali Sifu dan PTS.

Juga terima kasih kepada staf PTS semua terutama, Cik Shikin di PTS Fortuna yang baik hati dan sabar menyemak novel Kawan, Cik Lia yang mesra menyemak novel Sarah di PTS One dan yang terbaru Cik Fatimah yang sopan di PTS Islamika.

Semoga PTS terus maju jaya!

dingin  on  04/23  at  07:42 PM

Saya betul-betul cemburu.

abdul latip  on  04/23  at  08:40 PM

Assalamualaikum

Tahniah Puan Engku Zee. Semangat puan menulis memang patut dicontohi.

ez  on  04/23  at  10:28 PM

Terima kasih di atas doa dan kata-kata semangat teman-teman seperjuangan. Tidak dinafikan pakatan kerja yang padu saling membakar semangat menjadi pendorong ke arah kejayaan. Saya banyak belajar daripada anda semua. Terima kasih sekali lagi.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/24  at  09:45 AM

Puan Engku,

Buku puan itu adalah sentuhan terakhir Fatimah di PTS Islamika. Semalam (24 Arpil 2006) hari terakhir beliau di PTS. Lepas ini (1 Mei) beliau akan pulang ke Pulau Pinang dan memulakan hidup baru sebagai usahawan.

Kehilangan besar buat PTS. Kami di PTS Islamika kehilangan editor yang cukup berpengalaman (2003-2007), terlatih (anak didik Sifu), teliti yang turut sama-sama merintis dan merealisasiakan idea serta angan-angan PTS Islamika (Jun 2006 - April 2007).

Terima kasih tidak terhingga kepada Fatimah. Semoga beliau terus berjaya serta cemerlang dunia dunia akhirat. Wallahu’alam.

ez  on  04/24  at  11:07 AM

Sifu dan En. Faris,

Ya, saya amat menghargainya Cik Fatimah. Semalam sempat saya berbual dengan beliau walaupun hanya sekejap sahaja.

Marilah kita semua berdoa semoga setiap angan-angan PTS Islamika itu dapat direalisasikan berkat kerjasama kakitangan yang berdedikasi, proaktif dan mesra kerja. Amin.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/26  at  12:26 AM

Assalamualaikum,

Pn. Sifu dan En. Faris,

Saya baru mendapat maklumat terbaru buku 31 Koleksi Kisah Utusan Tuhan untuk Remaja sudah menarik minat pelajar sekolah rendah dan juga menengah.

Ini berdasarkan kepada maklum balas yang disampaikan oleh anak buah,  saya berikan sebuah buku sebagai hadiah hari jadinya.

Buku itu dibawa dan dibaca di sekolahnya dan mendapat perhatian dari kawan-kawannya yang turut berminat hendak memiliki sebuah. Mereka membuat pesanan melalui anak buah.

Ini satu perkembangan yang baik!

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: