Friday, January 05, 2007

Motivasi Penulis Lelaki: ‘Puas’ bukan ‘Bahagia’

Entri ini ditulis khusus untuk bacaan perempuan yang sudah terkahwin ataupun mahu mengahwini penulis lelaki.

Kita pernah mendengar jeritan batin isteri yang tidak bahagia lagi bersuamikan seorang penulis.

Pakar-pakar "happiness psychology" tidak menggunakan istilah "happiness" (bahagia) dalam bidang mereka, sebaliknya mereka menggunakan istilah "satisfaction" (puas & puas hati).

Mereka berpendapat istilah 'bahagia' tidak konkrit, oleh itu sukar diukur. Manakala istilah 'puas' adalah lebih konkrit dan lebih mudah diukur.

Malah individu yang 'puas' dan yang 'tidak puas' juga lebih mudah dikenalpasti melalui tingkah laku yang mereka pamerkan. Justeru pakar-pakar itu mengkaji faktor-faktor yang menghasilkan perasaan puas dan puas hati.

Tidak sebagaimana halnya dengan perempuan yang obses dengan 'mencari kebahagiaan', lelaki sebaliknya 'mencari kepuasan'.

Perempuan berkata: "Saya tidak bahagia." Lelaki berkata: "Saya tidak seronok!"

Nah! Di sinilah rahsianya: Jangan sibuk mencari bahagia daripada penulis lelaki. Itu perjuangan sia-sia.

Fokus pada jenis-jenis aktiviti yang membolehkan Sang Penulis Agung itu seronok, puas dan puas hati. Kebahagiaanmu akan datang sendiri.

(Uhuk! Uhuk!! Uhuk!!! Alahai, batuk makin kuat pula...)

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Motivasi Penulis
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Pepatah Tamil: Satu Batang Pokok Getah Takkan Jadi Sebuah Estet Previous entry: Motivasi Penulis: Ada-ada Sahaja!
alang kelana  on  01/05  at  08:30 AM

Assalamu’alaikum Puan Sifu,

Ukuran bahagia & puas itu di dalam hati, perkara hati, maka terkadang mereka yang terlibat pun sukar memberi penjelasan secara objektif mengapa sesuatu atau seseorang itu memberikan/membuat dia bahagia atau puas…
——-

alang kelana  on  01/05  at  08:32 AM

Kalau batuk berterusan, saya cadangkan Sifu ambil madu lebah sesudu besar, 3 kali sehari.

Insya Allah madu lebah bisa mengeluarkan kahak dan memberi kelegaan pada tekak yang terasa perit akibat batuk…

(tiada kena mengena dengan cerita poligami…!)

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: