Mengejutkan! MPH Membeli Ruang Iklan dalam Media bagi Mempromosi Buku-buku Melayu
Tidak pernah terbayang dalam minda penerbit Melayu bahawa pengurusan rangkaian kedai buku paling elitis, yakni MPH, pada hari ini sanggup melaburkan wang yang banyak bagi mempromosi buku-buku Melayu yang dijual di dalam outlet-outletnya.
Manakan tidak, MPH sekarang sudah mula mengiklankan dalam akhbar buku-buku Melayu yang dapat dibeli di kedai-kedainya. Ini dilakukan oleh MPH dengan melantik rakan medianya, bermula dengan Harian Metro, dan Berita Harian akan menyusul.
Sehingga kini, 8 buah penerbit buku Melayu tempatan sudah memberikan bekerjasama mereka kepada MPH bagi membuat iklan setiap minggu di Harian Metro. Kemudian Berita Harian juga akan menyiarkan iklan yang sama. MPH yakin dengan mengiklankan buku-buku Melayu, lebih banyak pengunjung Melayu akan masuk ke dalam kedai-kedainya.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment