MPH Midvalley KL Menokok Ruang Buku Melayu 4000%
Ini berita terbaik dari Pengurusan kedai buku elit MPH Midvalley Kuala Lumpur.
Ruang pameran buku-buku bahasa Melayu dalam kedai MPH Midvalley itu dibesarkan daripada 50 kaki persegi kepada 2000 kaki persegi -- 4 ribu kali lipat!
Tambahan ruang sebesar itu sangat sangat besar maknanya kepada perkembangan industri buku Melayu.
Tidak pernah tergambar dalam fikiran kita bahawa MPH, sebuah syarikat yang motonya adalah "The Best English Bookstore' kini amat komited kepada pengarang tempatan dan buku-buku Melayu.
MPH adalah rangkaian kedai buku yang amat elitis. Syarikat itu hanya membuka cawangan di bandar-bandar utama.
Bahawa MPH sanggup melabur pada peluasan ruang pameran bagi buku-buku Melayu membuktikan bahawa pembeli golongan elit kini sudah membeli dan membaca buku-buku Melayu.
Kedai buku MPH Midvalley adalah kedai buku terbesar dari sudut ruangannya, dan sewanya sangat tinggi. Ini bermakna jualan buku-buku Melayu sudah dapat membayar nilai sewa ruang yang diperuntukkan baginya.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Alhamdulillah. Satu berita yang amat baik. Lagak dan ego MPH sudah berkubur, walaupun agak lewat.
Walaubagaimanapun, saya tetap anti-MPH!. Sebabnya? Saudara cari-carilah dalam blog buku saya.
Salam.
Pembetulan.
Dahulu moto MPH : “To Be A Leading English Bookstores In Malaysia”
Sekarang moto MPH : “To Be A Leading Bookstores In Malaysia “
Dahulu, MPH mengibaratkan diri umpama “Rolex”. Tidak perlu promosi ataupun publisiti, namun sekarang semua sudah bertukar.
Post a comment