Thursday, July 30, 2009

Maklumat Terkini! MPH Sudah Mengubah Sikap Pemasarannya Terhadap Buku Melayu pada Bulan Puasa

Tidak pernah terbayangkan oleh pejuang buku Melayu bahawa syarikat rangkaian kedai paling ternama, paling cantik, paling elitis, paling pro-Kristian, dan paling pro-Inggeris, iaitu MPH, mulai tahun 2009 ini sudah melancarkan kempen besar-besaran mempromosikan buku-buku Melayu. Malah sempena bulan Ramadan MPH mempunyai program khusus mempromosi buku-buku agama Islam.

MPH sudah berusia 104 tahun. Nama asalnya adalah Malayan Publishing House. Ia ditubuhkan oleh mubaligh Kristian bagi menerbitkan Bible dan buku-buku agama Kristian. Jadi tidak hairanlah apabila MPH mempamerkan buku-buku Kristian yang cantik-cantik dalam bahasa Inggeris di depan pintu masuknya.

Tradisi mubaligh Kristian itu menyebabkan sehingga beberapa tahun yang lalu, MPH tidak menjual Quran dan buku-buku agama Islam. Setiap tahun, apabila tiba musim X'mas dan tahun baru, MPH menjalankan promosi buku-buku Kristian secara besar-besaran.

Beberapa tahun lalu PTS pernah berjumpa dengan pihak pengurusan MPH dengan cadangan supaya MPH melakukan kempen promosi buku-buku agama Islam sebelum tiba bulan Ramadhan, sebagaimana MPH melakukan kempen promosi buku Kristian menjelang Krismas.

Pada masa itu, cadangan PTS itu menerima respons negatif daripada pengurusan MPH berdasarkan faktor bahawa sememangnya cara orang Melayu meraikan bulan puasa dan hari raya tidak serupa dengan cara orang Kristian meraikan Krismas. 

Saban tahun, jualan buku-buku Kristian yang mahal-mahal dan cantik-cantik di MPH memuncak menjelang perayaan Krismas. Salah satu sebabnya adalah penganut Kristian suka membeli buku-buku agama itu sebagai hadiah Krismas.

Bagi orang Melayu pula, mereka tidak berpusu-pusu masuk ke kedai buku MPH menjelang bulan puasa dan sepanjang bulan puasa. Mereka sebaliknya masuk kedai-kedai yang menjual persiapan hari raya.

Tingkah laku orang Melayu di negara ini berbeza daripada tingkah laku penggemar buku di Indonesia. Di sana, bulan puasa adalah bulan 'menuai' bagi para penerbit buku. Di Indonesia trend bulan puasa sebagai bulan membaca mendapat dukungan kuat daripada para ulamak mereka yang berkempen supaya sepanjang bulan puasa masyarakat memberhentikan aktiviti non-agama dan menggantikannya dengan aktiviti ibadah membaca.

Sungguh luar biasa! Tahun 2009 ini pihak pengurusan MPH mengubah sikapnya terhadap buku-buku Melayu 180 darjah!

Nota: Memang betul Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari memiliki saham terbesar MPH, tetapi demi menjaga prestasi syarikat dan menguruskan risiko pelaburannya, beliau tidak menukar barisan eksekutif MPH dan beliau tidak mencampuri kuasa dan fungsi-fungsi pengurusan MPH, di mana semua jawatan eksekutif tertinggi syarikat itu adalah masih Cina belaka.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Terbaru Buku Agama bagi Memurahkan Rezeki Previous entry: Penganjur Sayembara Novel Sai-Fai Tindas Penulis!
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/01  at  11:03 AM

Evolusi Nama MPH:

1. Amelia Bishop Press (1890)
2. American Mission Press (1893)
3. Methodist Publishing House(1906)
4. Malaya Publishing House (1927)
5. Malaysia Publishing House (1963)

Mohd Nadzrin Wahab  on  08/03  at  10:07 AM

Salam hormat Abu Bakari,

Benar. Saya mempunyai senaskah The Autobiography of Munshi Abdullah (translated from the Malay by the Rev. W.G. Shellabear D.D., Singapore: Printed at the Methodist Publishsng (sic) House, 1918) milik Allahyarham Datuk Abu Bakar Pawanchee, datuk saya.

Salam persilatan,

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/05  at  04:55 PM

bagaimana dengan produk albukhary? SMAB…. berada di dalam MPH? Saya rasa tanpa campurtangan pemegang saham, tidak mung produk tersbeut di sana.

saya percaya,memang ada campur tangan dari pemegang saham terbesar MPH.

Memang ada arus perubahan di dalam MPH namun pada pendapat saya masih dipengaruhi oleh SMAB.

Wallah ualam

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.