Friday, September 26, 2008

Mualaf Membaca Buku PTS

Puan Aliya Yeoh adalah seorang saudara baru. Di dalam blog beliau, disenaraikan 12 buku kegemarannya. Tiga buah buku adalah terbitan PTS:

(i) Biografi Muhammad bin Abdullah

(ii) Minda Muslim Super 

(iii) Akidah Islam 

Dalam blognya, Puan Yeoh mencatatkan pelbagai pengalaman beliau sebelum dan selepas memeluk Islam. Beliau kini sedang menyusun bukunya untuk PTS.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Baru Masuk Stor, Sudah Habis Licin Previous entry: Yang Dicari Trainer, Yang Datang Penceramah
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/28  at  08:40 AM

Puan SifuPTS,

Seolah-olah saya faham, strategi Puan dalam hal penerbitan buku sebegini. Dalam hal mengajak manusia, kita berbahasa mengikut dunia orang yang jadi sasaran.

Bila Nabi Musa as bertemu Firaun yang gila kuasa, Nabi Musa bercakap ‘bahasa kuasa’. “Aku ini utusan Tuhan Semesta Alam (kamu itu cumalah memerintah Negeri Mesir).

Kata Musa: “Tuhan Aku berkuasa menghidup dan mematikan.”

Kata Nabi Musa: “Tuhan aku menerbitkan matahari dari Timur, menenggelam matahari di Barat.”

Apabila Nabi Muhammad saw mengajak bapa saudaranya (yang juga gila kuasa), “Mahukah aku beritahu satu kalimah yang dengannya bangsa Arab akan ikut kamu, bangsa bukan Arab akan tunduk (kepadamu)?”

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/29  at  08:22 AM

Tuan Arrantaui,

Petik: Dalam hal mengajak manusia, kita berbahasa “mengikut dunia” orang yang jadi sasaran.

Saya fikir konsep “mengikut dunia” ini adalah prinsip yang kritikal dalam teori dan teknik komunikasi persuasif Islami.

Contoh kata-kata Nabi Muhammad kepada Abu Talib itu amat menarik.

Contoh tawaran Nabi Muhammad kepada Abu Sufian juga saya fikir menepati konsep “mengikut dunia” ini.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/29  at  08:41 AM

Puan Ainon, kisah Abu Sufian itu menarik juga. Beliau berada dalam situasi harga diri paling rendah. Beliau adalah pemimpin Mekah. Beliau memeluk Islam kerana ‘terpaksa’, seolah-olah kerana dipaksa AlAbbas, bapa saudara Nabi. Dulu, Abbas terpaksa merahsiakan keislaman dan terpaksa pergi perang kerana orang-orang ini. Lalu Nabi Muhammad, manusia yang paling memahami manusia, memberikan semula harga diri yang hilang kepada Abu Sufian.

Saya juga melihat sifat belas kasihan Nabi Muhammad dalam peristiwa pembukaan Mekah itu. Kaum Muslimin berkemah dahulu di luar, padahal mereka boleh terus menyerbu. Kaum muslimin berbaris masuk ke Mekah dengan jeritan takbir setiap puak. Abu Sufian dibawa atas bukit menyaksikan kekuatan orang Islam. Abu Sufian terpaksa meyakinkan orang Mekah agar jangan melawan, jangan melawan. Maka mereka yang ada hasrat melawan, tidak jadi melawan, cukup dengan melarikan diri.

Dengan itu selamatlah Mekah daripada menjadi medan pertumpahan darah. Memang Nabi Muhammad bukan mahukan darah mereka. Nabi Muhammad datang bagi memelihara darah. Nabi Muhammad saw menunjukkan kekuatan kerana tidak mahu menggunakan kekuatan. Nabi Muhammad mempamer kilauan pedang kerana tidak mahu menghunus pedang.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: