Mudahnya Berniaga dengan Rangkaian Kedai Buku Elit
Apabila saudara membekalkan buku ke kedai-kedai buku chainstores, seperti MPH, POPULAR, KINOKUNIYA, BORDERS, TIMES dan lain-lain, mereka sentiasa meminta diskuan yang lebih tinggi, sehingga boleh naik sampai 45%, berdasarkan volume bisnes.Diskaun yang tinggi menyebabkan margin saudara menjadi amat tipis, sampai boleh turun serendah 3% sahaja. Ia boleh dikatakan tidak masuk akal. Carilah mana industri lain yang sanggup hidup dengan margin 3%. Memang tidak ada!
Diskaun yang begitu tinggi amat menekan pihak penerbit. Namun mengapakah penerbit sanggup ditekan oleh chainstores?
(a) Walaupun chainstores meminta diskaun tinggi, tetapi mereka menepati jadual membayar hutang.
(b) Mereka membuat pesanan yang besar.
Baru-baru ini kita bertanya kepada MIZAN Jakarta akan perkembangan mutakhir kedai buku chainstores di Indonesia.
Menurut wakil MIZAN, pada saat ini 70% jualan buku-buku MIZAN sudah terjual dalam kedai-kedai buku chainstores.
Peningkatan ini disebabkan oleh 3 faktor:
(a) Jumlah kedai buku chainstores yang semakin banyak dibuka.
(b) Jumlah kedai buku indie yang tutup akibat tidak dapat bersaing dengan chainstores.
(c) Sikap penerbit yang lebih suka berniaga dengan chainstores, disebabkan kurangnya risiko chainstores tidak membayar hutang.
Trend yang berlaku di Indonesia itu sudah mula berlaku di negara kita. Data jualan PTS juga menunjukkan trend yang serupa.
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Kalau penerbit sanggupkan berikan diskaun yang tinggi (terus) kepada chainstore, bagaimana nasibnya dengan pengedar yang (sekadar) menjadi orang tengah?
Kerana itulah pengedar-pengedar turut menjadi penerbit. Itu dunia penerbitan!
Dalam perniagaan barangan runcit pula, semakin banyak hypermarket dibuka, akan menguncupkan peluang peniaga-peniaga runcit untuk meneruskan perniagaan mereka.
Apa altenatif kepada peniaga-peniaga runcit ini?
-----
Selain menjual buku, kedai-kedai seperti ini secara tidak langsung menjual jenama penerbitnya.
Post a comment