Tuesday, November 23, 2010

Mulai 2011 Buku-Buku PTS akan Dipasarkan Melalui Saluran Bukan Kedai Buku

Tuan Arief Rahmad (foto) Pengarah Urusan kumpulan syarikat-syarikat PTS, mulai Januari 2011 PTS akan memulakan kerja-kerja meluaskan lagi jaringan pemasaran buku-buku PTS dengan memasuki sektor outlet bukan kedai buku.

Outlet bukan kedai buku yang ditargetkan adalah seperti:

1. Rangkaian kedai-kedai 7-Eleven

2. Syarikat rangkaian stesen minyak

3. Rangkaian koperasi Felda

4. Rangkaian kedai Pernama dan lain-lain.

Bagi tujuan itu sebuah anak syarikat, PTS EDAR Sdn. Bhd. akan dibuka yang dikhususkan bagi meneroka sektor baru ini.

Personel penting bagi misi ini sudah dikenalpasti dan beliau akan memulakan tugasnya pada bulan Desember 2010.

Apabila sektor ini mula dapat dibuka nanti, akan ada peluang beberapa jawatan kosong sebagai eksekutif jualan dan khidmat pelanggan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Belajar dari AinMaisarah Tentang Proses Memilih Co-Author Previous entry: Unsur Futuristik dalam Hikayat-Hikayat Melayu
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/26  at  01:58 AM

salam..langkah tersebut amat baik untuk memudahkan akses buku kepada pengguna…jika dilihat pada satu sisi yang lain, adakah langkah ini akan mempengaruhi jualan di kedai buku indie?..berkemungkinan jualan buku PTS di kedai indie akan menurun..mungkin pihak PTS telah menimbangkan perkara tersebut dan mempunyai kaedah terbaik untuk kepentingan bersama…wallahua’lam..jzk

masalifah  on  12/02  at  01:40 AM

Ke arah meruncitkan jualan buku smile
Harapannya, buku-buku ini boleh dijual di kedai-kedai runcit di kampung pula.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.