Mungkinkah Nasib Buku Serupa dengan Nasib CD dan Kaset Muzik
Zaman kegemilangan industri muzik Melayu sudah sejak beberapa tahun malap akibat penangan pukulan maut yang dicipta oleh teknologi muzik digital. Baca di sini.
Dulu-dulu penyanyi baru muncul pun dapat menjual 10,000 kaset dan CD. Bagi penyanyi popular seperti Aishah, Ramlah Ram, Ella, Amelina, Datuk Siti Nurhaliza, Awie, Ziana Zain, Search, Wings, U.K's, Raihan dan M. Nasir, jualan kaset dan CD mereka dapat mencecah antara 100 ribu hingga 350 ribu unit. Sekarang statistik itu semua sudah menjadi sejarah.
Apakah mungkin teknologi digital juga akan mencipta pukulan maut kepada industri buku-cetak?
Jika portal guamuzik.com.my dapat membekalkan ratusan ribu muzik digital, apakah tidak mungkin portal itu nanti membuka "guabuku.com.my" pula yang dapat membekalkan puluhan ribu buku digital kepada pembaca?
Persoalan ini amat relevan difikirkan oleh pemain dalam industri buku. Pukulan maut daripada teknologi digital mungkin berlaku, mungkin juga tidak akan berlaku. Namun kita perlu berfikir secara hipotetikal worst-case-scenario yang mungkin berlaku, supaya kita bersedia.
Katakanlah, pembaca buku akan beralih daripada buku-cetak kepada buku-digital, pemain yang paling teruk terpukul adalah (i) para pengedar buku, (ii) para pekedai buku, dan (iii) para penerbit buku. Ini bermakna mereka mesti mempunyai perancangan apa tindakan yang semestinya mereka ambil jikalau mereka mahu survive dalam dunia buku-digital.
Para penulis akan terus menulis dan membekalkan karya mereka kepada syarikat portal buku pula. Mereka mungkin akan menerima royalti yang lebih besar daripada syarikat portal itu kerana penjualan buku-digital mungkin lebih keras daripada penjualan buku-cetak. Ini suatu kemungkinan.
Pada masa ini memang teknologi skrin masih menyebabkan mata-sakit apabila membaca lama-lama. Tetapi teknologi skrin akan terus diperbaiki sehingga membaca buku pada skrin lebih selesa daripada membaca buku atas kertas.
Apabila muncul teknologi baru, ia melahirkan usahawan-usahawan baru. Ia melahirkan jutawan-jutawan baru, dan menghapuskan jutawan-jutawan lama yang tidak berdaya meng-reinvent bisnes tradisional mereka.
Berdasarkan pemikiran pro-aktif seperti inilah maka PTS mengambil langkah ke depan dengan memasuki pasaran MBOOK dengan bekerjasama dengan syarikat portal-mobile METADOME Sdn. Bhd.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Pendapat peribadi saya,
Buku lebih puas dibaca berbanding e-book/digital.Boleh dipegang,dirujuk bila perlu,diwarisi turun temurun.
Muzik hanya untuk didengar.Samada ianya secara kaset/CD atau digital,tidak ada bezanya melainkan kos.
Buku-pancaindera digunakan=MATA (visual)
Muzik-pancaindera digunakan=TELINGA (audio)
Post a comment