Friday, August 20, 2010

Tekanan Kerja Penghantaran Buku untuk Musim Cuti Raya Sudah Bermula

Keadaan dalam gudang PTS saat ini sedang amat sibuk dengan kerja-kerja penghantaran buku-buku yang dipesan oleh kedai-kedai di seluruh negara kerana bersiap-siap untuk jualan pada musim cuti raya tidak lama lagi.

Trend jualan musim cuti raya menunjukkan 3 kategori laku keras iaitu (a) buku-buku cerita kanak-kanak, (b) novel remaja, dan (c) novel bacaan perempuan. 

Foto di atas menunjukkan sebahagian sahaja daripada timbunan buku-buku yang sudah dipilih, dan sedang menunggu giliran di-pack ke dalam kotak. Dapat dilihat dalam foto itu kertas borang pesanan yang menunjukkan panjangnya senarai buku yang dipesan oleh sebuah cawangan POPULAR di Pulau Pinang.

Syarikat POPULAR membenarkan tiap-tiap cawangannya yang berjumlah 65 buah membuat pesanan masing-masing bagi mempercepatkan proses perolehan bekalan buku.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: RM53 Ribu Bajet Membeli Hadiah untuk Peraduan Sempena Kempen Membaca pada Cuti Sekolah Hujung Tahun Previous entry: Laut Biru: Buku-Buku Agama untuk Golongan Profesional Berpendidikan Sekular

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: