Tuesday, September 20, 2011

Apa Itu Kosa Kata Terkawal?

Salah satu pasaran buku dalam Bahasa Melayu yang sedang mempunyai potensi dapat berkembang pesat adalah bagi kategori buku cerita kanak-kanak daripada umur 5 tahun hingga 8 tahun.  Kelompok ini dilabelkan sebagai early readers.

Buku-buku early readers adalah buku untuk bacaan kanak-kanak yang baru mulai pandai membaca sendiri. Buku-buku kategori ini mempunyai banyak ilustrasi dan sedikit teks.

Penulisan buku dalam kategori ini adalah berdasarkan controlled vocabulary yakni kosa kata yang terancang. Inilah faktor yang menjadikan penerbitan buku kanak-kanak memerlukan kepakaran khusus dalam bidang psikologi perkembangan kanak-kanak dan pedagogi kanak-kanak.

Penulis buku Ke Mana Perginya, Pn. Alia Nina adalah seorang pakar pendidikan awal kanak-kanak. Beliau adalah pensyarah di Universiti Putra Malaysia.

NOTA: Lazimnya buku-buku early readers juga ditulis supaya sesuai dibacakan oleh guru ataupun ibu kepada kanak-kanak.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Faktor Utama Penerbitan Buku-Buku Sektor Pembaca Awal Previous entry: Laut Biru Pasaran Buku-Buku Pembaca Awal

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.