Monday, May 29, 2006

Nama-nama Evergreen: Prinsip Surah Yusuf

Nama-nama watak adalah sebahagian daripada ciri-ciri 'packaging' dan strategi pemasaran. Nama-nama yang saudara cipta bagi watak-watak dalam karya saudara mesti menjadi ciri plus-plus bagi keberkesanan packaging karya saudara dan keberkesanan strategi pemasarannya.



Sekarang ini banyak nama individu Melayu adalah nama-nama yang trendy bunyinya.



Apabila saudara menulis novel, salah satu faktor yang boleh memanjangkan ataupun memendekkan hayat novel saudara, dan meluaskan ataupun menyempitkan wilayah pasaran karya saudara itu, adalah nama-nama watak.



Berikut adalah panduan memilih nama watak:




  1. Trendi. Elakkan nama-nama yang trendi kerana sesuatu yang trendi mempunyai hayat yang tertakluk kepada tempoh sesuatu trend itu. Nama-nama seperti Sofea Natalea ataupun Ron Ismet Feroz adalah trendi. Nama-nama trendi memendekkan tempoh hayat karya saudara. Apabila trend itu berakhir, karya saudara terasa out-dated. Nama Adam adalah contoh nama yang tidak trendi.




  2. Usia. Elakkan nama-nama yang sedap hanya bagi sesuatu kelompok usia sahaja. Sesetengah nama sedap pada telinga orang tua sahaja, ataupun orang muda sahaja. Nama-nama jenis ini menyempitkan kelompok penggemar karya saudara. Nama Shaaban ataupun Solihin sedap di telinga orang-orang tua sahaja. Nama Adam adalah contoh nama yang diterima oleh semua kelompok usia.




  3. Daerah. Elakkan nama-nama yang sedap dalam sesuatu wilayah sahaja, sebagai contoh, nama itu sedap di telinga orang Malaysia, tetapi tidak sedap di telinga orang Indonesia. Nama-nama jenis ini mengecilkan wilayah pasaran karya saudara. Pilih nama yang popular dalam wilayah pasaran yang luas. Nama Adam adalah contoh yang diterima di Indonesia dan di Malaysia. Ini membolehkan karya saudara mudah diekspot ke Indonesia.




  4. Rasis. Elakkan nama-nama yang terlalu Cina, ataupun terlalu India dan seumpamanya. Nama Adam adalah contoh yang dapat diterima sebagai nama yang tidak terlalu ras. Ingat karya saudara bukan hendak dijual kepada pembaca Melayu sahaja. Ramai pelajar Cina dan India yang bersekolah di sekolah kebangsaan, mereka adalah pasaran kita.




  5. Konotasi. Elakkan nama-nama yang mempunyai konotasi negatif bagi sesuatu kelompok. Nama Norzeena menyebabkan golongan yang mempunyai nilai-nilai agama Islam mengaitkannya dengan perkataan 'zina'.




  6. Sebut. Elakkan nama-nama yang sukar disebut oleh sesuatu kelompok. Nama Fathlullah sukar disebut oleh banyak kelompok, umpamanya orang Cina sukar menyebutnya. Nama Adam adalah contoh yang mudah disebut oleh semua kelompok.




  7. Lelaki. Elakkan nama yang di Malaysia khas untuk wanita tetapi di Indonesia khas untuk lelaki. Nama Ainon adalah nama perempuan di Malaysia tetapi nama lelaki di Indonesia.




  8. Jawi. Elakkan nama-nama yang sukar dieja dalam tulisan jawi. Karya saudara nanti mudah dijawikan dan dipasarkan sebagai bahan pengkayaan mata pelajaran jawi di sekolah-sekolah.




  9. Ingat. Elakkan nama-nama yang sukar diingat. Nama Adam adalah contoh yang mudah diingat. Nama Raimakastarza sukar diingat.




  10. Sukukata. Nama 2 patah sukukata adalah terbaik, seperti A+dam manakala Ra+i+ma+kas+tar+za adalah 6 sukukata. Dalam surah Yusuf, nama Yu+suf adalah 2 sukukata.




  11. Memori. Nama yang sudah ada dalam memori pembaca adalah lebih baik. Nama Adam ada dalam memori ramai orang.




  12. Judul. Nama watak utama sesuai dijadikan judul karya. Nama watak utama dalam surah Yusuf adalah Yusuf.





Zaman “Apa Ada pada Nama” sudah berlalu. Ini adalah zaman “seni marketing” dan “seni branding”.


 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Sastera Islami
(6) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Bahasa Realiti: Prinsip Surah Yusuf Previous entry: Profesor Israel dan Anak-anak Yayasan Mendaki
Najwa Aiman  on  05/29  at  09:08 PM

Terpanggil untuk komen no. 12. Penerbit saya pernah kata pada saya bahawa novel yang menggunakan nama orang sebagai judulnya sukar dilariskan. Boleh dijual, tapi sukar laris.

saya tak pasti berapa jauh benarnya kenyataan ini tetapi biasanya dalam hal marketing dan juga branding, saya percaya pada penerbit saya kerana mereka lebih campin dan berpengalaman.

mungkin atas dasar nama surah yang menceritakan tentang nabi Yusuf ialah Yusuf itu indah tetapi adakah ia menepati konsep pemasaran (saya berpendapat keindahan tak semestinya terjual). Apa pendapat puan?
——-

Puan Ainon Mohd.  on  05/30  at  07:03 AM

Sdr Najwa, faktor2 yang membantu kejayaan penjualan novel itu banyak. Judul hanyalah salah satu sahaja. Judul Harry Potter berjaya dijual, dan kita meramalkan siri itu akan jadi classic dan evergreen. Salina, Siti Nurbaya dan banyak lagi contoh. Yang penting judul-judul itu membantu kejayaan dan bertahan lama di pasaran. Ada buku meletup2 3 atau 4 tahun, kemudian, macam air bah besar, ia surut dan berundur, ada yang slow, macam air sungai, tetapi ia berterusan dan kekal lama. Judul2 yang kekal lama dalam pasaran itulah yang kita cari. Di PTS, siri Adam sudah dilamar oleh sebuah penerbit bagi diekspot ke Vietnam. Syukur.

jonos  on  05/30  at  11:15 AM

Salam,
Saya amat tertarik pada penggunaan “seni marketing” dan “seni branding”

Panaharjuna  on  05/30  at  06:05 PM

Alamak!, dalam ‘sahabat kole kacang’ tu nama hero-hero dia suma nama orang-orang tua (Muaz,Zuhaimi) puan tapi budak-budak .Boleh ke?, kebetulan pula untuk SKK2 tu memang ada nama Solehen, tapi nama ‘Pak Cik’ la, kalau bukan watak utama boleh la yea, atau watak tu memang watak orang tua.
Saya pakai nama Asyikin boleh?, nama tua ke tu?

sinaganaga  on  05/31  at  04:36 PM

Nama kawan saya:
Silvamorthy a/l Sudararaja.
Berapa suku kata ek? Ha ha.

Puan Ainon Mohd.  on  05/31  at  06:47 PM

Nama NA+GA itu bagus, 2 sukukata sahaja!

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: