Tuesday, May 25, 2010

Nama Tradisional Laku Keras

Memilih nama yang digunakan sebagai unsur pakejing buku-buku fiksyen adalah sesuatu yang penting kerana nama mempunyai pengaruh ke atas emosi dan psikologi pembeli, sekaligus nama mempengaruhi jualan buku.

Ada 2 nama yang penting: (i) nama pengarang dan (ii) nama-nama watak.

Kajian berdasarkan data jualan buku-buku PTS menunjukkan, nama-nama pengarang yang menerima royalti paling tinggi (setiap tahun berturut-turut) adalah nama-nama yang tradisonal. Ertinya, baik nama sebenar mahupun nama pena, nama-nama pengarang itu berbau nama-nama Melayu tradisonal.

Nama 'Abdul Latip Talib' adalah nama sebenar pengarang, (sehingga ejaan bunyi sebutan kampung itupun tetap dikekalkan). Manakala nama 'Ain Maisarah' dan 'Farihah Iskandar' adalah nama pena.

Judul buku-buku yang menggunakan nama tradisonal juga menunjukkan angka jualan yang sangat positif. Contoh yang jelas adalah siri Young Aishah. 'Aisyah' adalah nama watak utama dalam siri ini. Dalam tempoh antara 1.1.10 - 24.5.10, siri Young Aishah terjual 15,971 naskhah. Angka itu tidak termasuk jualan Young Aishah yang sudah diterbitkan semula sebagai edisi Indonesia.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Penerbit Buku dan Restoran Piza Previous entry: Surat: Label 'Jualan Gudang'
Firdaus Tahir  on  05/26  at  02:14 AM

Tahniah untuk editor yang berusaha membangunkan produk baru ini. Begitu juga gandingan penulis dan pelukis komiknya. Bahan bacaan seperti ini perlu dikeluarkan lebih banyak bagi mendekatkan pembaca cilik perempuan kepada kehidupan dan amalan Islam.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.