Wednesday, August 02, 2006

Nama Watak dalam Surah Yusuf

Suatu perkara yang menarik pada perwatakan dalam surah Yusuf adalah nama-nama watak. Walaupun terdapat ramai watak dalam kisah Nabi Yusuf, tetapi hanya 4 orang watak sahaja yang disebut namanya, iaitu: Yusuf, Yaakub, Ishak dan Ibrahim.


Keempat-empat watak yang sebutkan namanya itu adalah nabi-nabi dan jalur keturunan Nabi Yusuf. Nama penuh Nabi Yusuf adalah Yusuf bin Yaakub bin Ishak bin Ibrahim.


Watak-watak penting yang tidak disebutkan namanya adalah:

a. Nama raja Mesir yang adil, yang menyiasat punca Nabi Yusuf dipenjarakan.

b. Nama orang besar yang digelar 'al-Aziz' yang mengambil Nabi Yusuf sebagai anak angkat.

c. Nama isteri al-Aziz yang jatuh cinta kepada Nabi Yusuf dan kemudian memfitnah Nabi Yusuf.

d. Nama abang-abang Nabi Yusuf yang berlainan ibu, khususnya nama abangnya yang mencadangkan supaya Nabi Yusuf dibunuh, dan nama abangnya yang mencadangkan supaya Nabi Yusuf jangan dibunuh sebaliknya dibuang sahaja jauh-jauh.

e. Nama abang Nabi Yusuf yang seayah seibu yang dijadikan tebusan oleh Nabi Yusuf.


Nama watak-watak tambahan yang tidak disebut namanya:

a. Nama ibu Nabi Yusuf.

b. Nama saksi yang melihat kejadian isteri al-Aziz menarik baju Nabi Yusuf dari belakang.

c. Nama pencari air yang menjumpai Nabi Yusuf dalam telaga.

d. Nama-nama wanita Mesir yang mengumpat isteri al-Aziz dan yang terpotong jari mereka.

e. Nama 2 orang banduan yang bersama-sama Nabi Yusuf dalam penjara.

f. Nama pembantu Nabi Yusuf sewaktu beliau sudah menjadi orang besar dalam istana raja Mesir, yang membantu muslihat tebusan Nabi Bunyamin.


Kita belum dapat mengemukakan teori mengapa pola penamaan watak dalam surah Yusuf ini bersifat seperti ini.


.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Sastera Islami
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Terjemahan: Bukan 1 tetapi Banyak Versi Previous entry: Projek Sherlock Holmes

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: