Nasi Lemak Buah Bidara…...
Cik Haryani (foto), salah seorang seorang editor buku sastera remaja di PTS ONE, yang menjadi kesayangan ramai, telah meletakkan jawatan demi cintanya kepada seorang jejaka yang bertugas di Karangkraf.
Pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan mereka sedikit masa lagi itu membuat keputusan akan tinggal serumah di Shah Alam. Cik Haryani kini bertugas di penerbit ALAF15 dan bertanggungjawab menerbitkan sastera remaja.
Kami semua mengucapkan selamat berbahagia. Nasi lemak buah bidara....
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Salam Puan,
Terima kasih atas dedikasi dan doa Puan…Saya amat terharu…Sayang saya pada PTS tidak pernah luak, tetapi apakan daya… tempat seorang isteri, adalah disisi suaminya…jadi saya terpaksa akur…
Salam Cik Haryani,
Saya juga terasa kehilangan kerana Cik Haryani banyak membantu saya untuk merealisasikan sehingga terbitnya novel remaja Budak Ladang.
Jasa Cik Haryani saya sanjung tinggi dan akan dikenang sampai bila-bila.
Didoakan Cik Haryani berbahagia di samping bakal suami tercinta dan dipermudahkan urusan di mana jua anda berada, dunia dan akhirat.
*Pastinya satu kehilangan buat tim PTS.
Post a comment