Nasib Buku SN A Samad Said di Kedai Buku
Klik blog Tuan Helmy Samad bagi melihat gambar di mana karya-karya SN Dato' A Samad Said diletakkan dalam kedai buku elit The Curve.
Buku-buku sastera tidak laju jualannya. Itu sebab kedai buku takkan meletakkan buku-buku sastera di rak-rak premium. Kalau kedai itu kita punya, kita pun akan lakukan perkara yang serupa.
Sewa kedai buku di dalam mall-mall adalah amat mahal. Bagi membayar sewa itu, kedai buku mesti menjual buku.
Kedai buku bukan galeri pameran buku. Kedai buku bukan setor menyimpan buku yang tidak laku.
Rak-rak yang sama tinggi dengan mata pembeli adalah rak-rak premium. Di situlah diletakkan buku-buku yang laju jualannya.
Masakan buku-buku yang sangat laku, yang dicari-cari pembeli, hendak diletakkan di rak-rak yang sama tinggi dengan kasut, nanti tutup kedai sebab tidak dapat bayar sewa!
Jika saudara masuk MPH Midvalley, saudara dapat lihat rak yang mempamerkan buku-buku Kristian berada dekat dengan pintu masuk utama. Ruang itu sebenarnya disewa oleh pertubuhan Kristian. Buku-buku Kristian tidak laju jualannya. Jawapannya, mereka menyewa ruang itu.
Saya sudah pernah menulis surat kepada Pengarah Penerbitan DBP, dan sudah pernah menulis surat kepada Dato' Baha Zain, ahli lembaga pengarah DBP.
Saya mencadangkan kepada beliau-beliau itu supaya mengemukakan cadangan kepada Lembaga Pengarah DBP.
Cadangan itu adalah supaya DBP menyewa sedikit ruang premium dekat dengan pintu masuk dalam kedai elit seperti MPH. Di situlah diletakkan karya-karya terbaik dalam Bahasa Melayu. Di situlah selayaknya karya semua Sasterawan Negara kita diletakkan, barulah ada maruah.
Sebaliknya, apa idea DBP? DBP hendak membuka kaunter penerangan di pusat-pusat membeli belah dengan kos RM1 juta!
DBP membeli sistem audio untuk teaternya dengan nilai RM20 juta!
Nota kaki: Saya sepatutnya duduk dalam Lembaga Pengelola DBP....
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Puan sifu,
Puan sewajarnya mengemukakan cadangan itu melalui ruangan forum pembaca dalam akhbar perdana pula supaya mata mereka `lebih terbeliak` kerana selalunya mereka amat cepat memberi respon jika komen atau cadangan itu tersiar di akhbar.
Lagi pun jika tersiar di akhbar, idea puan terdedah kepada pendapat umum dan mungkin diperdebatkan oleh pembaca yang lain.
Nah, selepas itu jika DBP tersalah langkah, DBP akan terdedah kepada kritikan orang ramai dan media akibat ketidak-pekaannya terhadap idea bernas rakyat.
Bagi saya cadangan puan itu jauh lebih baik, lebih jimat dan nampak akan lebih berjaya berbanding dengan idea asal DBP itu.
.
Tuan Adnan,
Apabila kita menulis ke akhbar perdana bagi menyampaikan cadangan kepada DBP, orang DBP akan berkata, “Apa perlunya dia tulis dalam surat khabar, macamlah dia tidak kenal kita. Cakaplah sahaja dengan kita. Tak payahlah bising-bising dalam surat khabar…”
——-
Untuk pengetahuan saudara Adnan, Sifu kita bekas orang DBP
Pada masa yang sama, saya tahu cara untuk menekan orang di Malaysia adalah melalui akhbar. Benda yang 2 tahun tidak siap boleh selesai dalam 2 jam bila keluar di TV3 (ada kaitan dengan KWSP…)
.
Jangan mengumpat Sifu, nanti terkena tulah guru….
Dua tahun atau dua bulan ? Sudah lupa. Apa pun, sesetengah organisasi hanya boleh ditekan melalui akhbar.
Apa ..? HANYA sebagai ahli lembaga pengelola .. ??
Kalau depa mahu offer Puan Sifu, kurang-kurang ambik tempat Datuk JJ sebagai Pengerusi Lembaga Pengelola + kuasa eksekutifnya sekali. Lagi pun si JJ tu hanya “bijak” sebagai “pengerusi forum” yang begitu berpihak kepada tuannya.
Kalau tidak, bo layan.
.
bo layan (SALAH - BMR)
Post a comment