Nasib Industri Buku di Malaysia, Filipina, India dan Indonesia
Di Filipina, buku-buku Inggeris dimpot dengan sebebas-bebasnya dan tidak dikenakan cukai. Tujuannya adalah supaya harga buku itu mampu dibeli oleh rakyat negara itu.
Sebaliknya, kertas cetak dikenakan cukai. Akibatnya, buku-buku Tagalog yang diterbitkan dalam negeri dicetak menggunakan kertas yang dicukai! Pada saat ini tidak wujud apa yang dikatakan industri penerbitan bahasa Tagalog di tanah airnya sendiri.
Di sisi lain, walaupun buku-buku Inggeris tidak dicukai, kerana buku-buku itu dicetak di UK dan USA, maka harga buku-buku itu tetap tidak mampu dibeli oleh rakyat biasa Filipina.
Di India, negara itu tidak membenarkan buku-buku yang dicetak di luar negara diimpot ke negara itu. Buku-buku dari luar wajib dicetak semula di India dan diterbitkan sebagai terbitan dalam negeri. Dengan demikian buku-buku itu dapat dijual dengan harga yang amat murah. Hasilnya, industri percetakan India yang dulu amat dhaif dapat berkembang dan semakin maju.
Keadaan industri buku di Indonesia adalah serupa dengan India. Industri penerbitan Indonesia yang dulu amat dhaif juga kini berkembang pesat sekali, jauh meninggalkan Malaysia.
Sekarang kualiti buku-buku cetakan India dan Indonesia amat baik kerana, hasil dasar perlindungan pemerintah, syarikat-syarikat percetakan di kedua-dua negara itu sudah mampu membeli mesin-mesin cetak berteknologi terbaru.
Bandingkan dengan nasib pencetak Bumiputera di negara kita, yang rata-rata hidup segan mati tak mahu kerana tidak cukup kerja cetak dalam negara ini.
Sebaliknya, bagi setiap buku impot yang dibeli oleh rakyat Malaysia, kita membayar gaji para pekerja pencetak di UK dan USA!
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Puan Sifu,
Saya sudah dapat banyak maklumat pasal industri buku india pastikan Puan Sifu teruja untuk membacanya! (nanti bila sudah keluar akhbar saya maklumkan).
——-
Saya pernah beli buku terbitan India. Semasa masih belajar harga RM40 untuk sebuah buku dikira satu kemewahan. Untung nasib terjumpa tajuk yang sama, K & R Programming C, harganya cuma RM10…..lega! Cuma kertasnya agak nipis…tetapi buku itu masih kuat jilidnya walaupun dibeli dalam tahun 80an…Malaysia mesti tiru industri buku India, yang lain kita sudah banyak tiru (boliwood).....
Post a comment