Nasib Industri Penerbitan Buku
Pada masa ini industri penerbitan tidak didukung oleh dasar-dasar kerajaan. Ambil sebagai contoh kes SMIDEC (Perbadanan Kemajuan Industri Kecil dan Sederhana Malaysia).
Kita pernah pergi ke SMIDEC bagi mengetahui apakah SMIDEC menawarkan sebarang bentuk sokongan dan dukungan kepada syarikat penerbitan seperti PTS. Tiga orang pegawai muda SMIDEC melayani kami.
Kami tunjukkan katalog buku-buku PTS dan mereka kelihatan sangat impres ada penerbit Melayu yang begitu genuin bisnesnya.
Mereka pun menyemak senarai jenis-jenis industri yang layak menerima dukungan SMIDEC.
Hasil semakan itu, ilek! Sah: Penerbitan buku tidak termasuk dalam senarai industri yang didukung oleh SMIDEC.
Pegawai itu kemudian memberitahu, selagi Bahagian Dasar di SMIDEC tidak memasukkan penerbitan buku ke dalam senarai itu, maka sampai bila-bila pun penerbit buku ilmu seperti PTS tidak layak menerima apa jua dukungan kerajaan.
Sungguh luar biasa, kilang-kilang yang membekalkan kerusi meja ke sekolah layak menerima dukungan SMIDEC. Penerbit buku yang membekalkan buku-buku ilmu ke perpustakaan sekolah tidak layak!
Syarikat-syarikat percetakan, layak. Penerbit buku macam PTS yang memberi kerja cetak-mencetak kepada pencetak, tidak layak!
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

puan sifu,
bukan sengaja penerbit buku tidak dikategorikan, tetapi mungkin belum ada penerbit yang berkredebiliti untuk diistilahkan sebagai satu industri.
di sini satu kelebihan pts untuk mencadangkan proposal sokongan sekaligus meneroka laut biru bagi pembiayaan geran dan sokongan kerajaan.
——-
Assalamualaikum Puan,
PTS berupaya menjadi pusat pengumpulan maklumat dan mampu menyebarkannya sebagai contoh di sini,keperihatinan seorang tokoh yang suka kepada ilmu memanafaatkan setiap saluran samada berfrekuensi tinggi rendah sederhana,yang mampu dipandang dengar sebagai alat pendidikan kerana secara tidak formal akan mewujudkan masyarakat (muda dewasa) berilmu beramal dan berkongsi perbezaan pandangan tetapi dengan panduan agama.Membudayakan penyebaran dan perkongsian ilmu andai disertai oleh ulamak dan tokoh agama membawa sinar damai.Hanya dengan menatap wajah syahdu mereka…jiwa dibelai tawadhuk…isi kupasan selari dengan contoh tauladan…
Semenjak azali, perniagaan jual beli buku di Malaysia “tidak” diiktiraf sebagai satu industri. Tarafnya hanya layak sebagai industri kotej! Malang sekali. Cadangan: Mohon buat satu memorandum kepada Kementerian berkenaan (Sudah pasti Menterinya tak suka baca buku…) dan minta para menteri yang ada menulis dan menerbitkan buku seperti Dr. Rais Yatim, Dr. Mahathir Mohamad, Pak Lah dan pegawai-pegawai atasan kerajaan dan swasta yang lain menandatangani memorandum ini, mendesak supaya kerja-kerja penulisan, penyuntingan, perekaan bentuk termasuk pereka grafik, penerbit, penjual dan pengedar buku diiktiraf sebagai modal insan profesional yang perlu dihargai… Kalau tidak jumudkan sahaja kursus berkaitan Penerbitan (Publishing) di UiTM, Universiti Malaya, UKM dan sebagainya. Menghabiskan beras dan menambahkan lagi graduan tak mampu bekerja.
Post a comment