Monday, April 19, 2010

Nasib Penerbit Cap Ayam Apabila Tiada Kontrak Buku

Tahun ini bajet semua kementerian dan jabatan kerajaan dipotong minimum 30%. Apabila kerajaan tidak ada duit, antara bajet yang paling awal dan cepat dipotong adalah bajet pembelian buku!

Jadi, sebagai contoh, pada tahun ini semua perpustakaan awam tidak diberi langsung bajet khusus bagi membeli buku. Kalau perpustakaan awam mahu membeli buku mereka terpaksa menggunakan bajet untuk pentadbiran.

Dalam keadaan seperti ini para penerbit cap ayam paling teruk terpukul kerana mereka hanya menerbitkan buku yang dapat mereka bekalkan kepada perpustakaan sahaja. Buku-buku mereka tidak laku dalam pasaran terbuka. Kedai-kedai buku pun tidak mahu mempamerkan buku-buku mereka.

Pada zaman ekonomi bagus, kerajaan mempunyai bajet besar bagi pembelian buku, justeru masing-masing penerbit cap ayam mendapat kontrak, jadi mereka tidak nazak, masing-masing seronok.

Apabila kementerian dan agensi-agensi kerajaan tidak ada duit, penerbit cap ayam bergaduh sesama mereka, berebut duit yang sedikit, masing-masing sanggup memberi diskaun (baca, duit pemudah kerja) yang gila-gila, kerana apa lagi yang hendak mereka buat kepada stok buku yang berlonggok dalam setor.

Di kalangan penerbit cap ayam itu, apabila ekonomi merudum, yang paling teruk menanggung pukulan adalah penerbit Cina, kerana mereka lebih mampu bermain dengan duit besar, jadi risiko mereka lebih besar.

Persaingan menjadi sangat runcing bagi mendapatkan duit yang semakin tidak ada.

Penerbit cap ayam yang sudah mengeluarkan 'duit pemudah kerja' tetapi tidak mendapat kontrak sanggup bergaduh dengan penerbit cap ayam yang mendapat kontrak.

Ada penerbit cap ayam yang mengugut akan melaporkan kepada SPRM nama-nama individu dalam kerajaan dan penerbit cap ayam yang terlibat. Golongan inilah yang akan mendedahkan nama-nama itu.

Dalam zaman beginilah baru pecah rahsia nama-nama individu yang selama ini dibela oleh penerbit-penerbit cap ayam itu, dan apa, serta berapa banyak kos yang dikeluarkan oleh penerbit bagi membela mereka.

Penerbit cap ayam bangsa Melayu tidak mampu bermain dengan duit besar. Stok buku yang berlonggok dalam setor mereka tidak banyak. Modal yang mereka gunakan sebagai duit pemudah kerja juga kecil.

Oleh hal yang demikian penerbit cap ayam Melayu dapat menyesuaikan diri dengan keadaan merudum. Apabila mereka tidak mendapat kontrak, mereka melakukan kerja-kerja lain, seperti membuat pameran buku bergerak, dan membuka bisnes kecil-kecilan lain.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Jualan Buku-buku PTS sebagai Indikator Pasaran Buku Melayu Previous entry: Buku Panduan Cara yang Betul Mengendalikan Emosi Cemburu
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/19  at  08:53 AM

Puan,

Betapa berat mata memandang, beratlah lagi bahu memikul….

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/19  at  02:34 PM

Salam sejahtera,

Inilah mentaliti pemikiran sempit melayu yang perlu dibuang.

Kerajaan perlu mengambil langkah penjimatan seperti berikut:

1).Potong bajet makanan dan minuman apabila bermesyuarat dan majlis keraian di jabatan-jabatan kerajaan.

2). Tidak membeli kereta-kereta pacuan empat roda mewah (seperti Toyota Fortunner, Nissan Serena dsb) bagi jabatan-jabatan kerajaan yang tidak memerlukannya (guna perdana sahaja cukuplah, saya terserempak dengan kereta-kereta kerajaan ini yang keluar antara pukul 8.30-9.00 pergi sarapan di luar setiap hari, tauke Cina pun tidak macam ini).

3).Jimatkan belanja pencetakan bagi dokumen kerajaan.

4).Kurangkan trip perjalanan ke luar negara oleh menteri-menteri, timbalan dan kakitangan kerajaan terutama ke UK, USA dan Europe kerana tukaran asing yang tinggi (kalau ke luar negara pun tidak perlu bawa kaum kerabat dan sahabat handai memadai pegawai-pegawai yang perlu bertugas sahaja).

5).Pantau perbelanjaan pengunaan tenaga seperti elektrik, petrol yang digunakan di semua bangunan jabatan kerajaan di Putrajaya dan seluruh Malaysia.
6). Ada banyak lagi kalau kerajaan benar-benar mahu berjimat, tetapi bukan dengan memotong bajet pembangunan ilmu seperti pembelian buku oleh perpustakaan awam, bajet mengambil guru-guru tambahan ataupun bajet berkaitan pendidikan yang diperlukan bagi memajukan minda anak-anak kita.

Berapa banyak sangatkah dapat dijimatkan jika bajet pembelian buku di perpustakaan awam dipotong ? RM 10 bilion ??? Berapa peratus kesannya…0.05% pun tidak sampai bukan??

Oleh demikian, kita mesti bijak memilih pemimipin yang benar-benar bijak dan mampu berfikir!

Sekian,
Hanya suatu padangan peribadi.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/24  at  01:15 PM

Assalamualaikum wr wb!

Memotong bajet pembelian buku bagi tahun ini ternyata tidak sejajar dengan impian kaki buku. Ini petanda bahawa perpustakaan bakal ketandusan buku baru terbit. Sedangkan, ketika bajet cukup cair, buku baru terbit lewat dipamer hingga perlu tulis buku baru sampai… ini pula buku langsung tiada….

Untunglah para petugas di perpustakaan yang kerjanya dikurangkan sedangkan gajinya tetap sama!

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: