Friday, December 29, 2006

Nasib Penulis: Buku Laku tetapi Pengarang Berhutang kepada Penerbit

Salah seorang penulis buku motivasi pelajar cemerlang mengalami nasib yang sungguh tidak cemerlang!

Begini kisah benarnya.

Beliau seorang wartawan dengan sebuah syarikat media yang amat terkenal. Dengan tradisi kewartawanan yang baik, beliau menulis sebuah buku panduan yang mengandungi maklumat bagus tentang semua kolej dan IPT di negara ini dan kursus-kursus yang ditawarkan.

Sebagai wartawan juga, beliau kenal ramai orang politik, maklumlah beliau selalu membuat liputan kegiatan politik menteri-menteri kabinet.

Pada suatu masa beliau mendapat ilham bisnes yang sungguh bagus iaitu menjual bukunya kepada seorang tokoh politik supaya dihadiahkan ke semua pelajar khemah motivasi pelajar cemerlang dalam kawasan piliharaya tokoh itu.

Tokoh itu suka dengan idea itu lalu memesan 500 naskhah! Si penulis pun mengambil 500 naskhah bukunya dari PTS atas namanya.

Beliau mengira-ngira untung besar yang beliau boleh dapat. Sebagai penulis PTS beliau boleh membeli bukunya sendiri dengan diskaun yang amat bagus. Beliau boleh jual kepada YB itu pada harga penuh. Jadi diskaun dapat, royalti pun dapat!

Buku-buku itu diserahkan kepada YB tokoh kabinet itu lalu si YB pun memberikan seorang satu naskhah semua pelajar yang hadir dalam program motivasi anjuran partinya.

Semua peserta seronok mendapat buku yang bagus itu. Si YB lebih-lebih lagi puas hati mendapat tepukan gemuruh daripada para peserta!

Sampai masa PTS mengira royalti, si penulis masih belum dapat menagih bayaran dari YB itu. Setelah ditolak hutang 500 naskhah bukunya daripada royalti, didapati dia terhutang RM4800 kepada PTS! Sekarang hutang itu sudah jadi hutang lapuk PTS.

Semenjak kes itu berlaku, PTS tidak membenarkan penulis mengambil bukunya melebihi nilai jumlah royaltinya!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Nasib Penulis
(8) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Trik Basi Penulis Penipu Previous entry: Perwatakan dalam Surah Yusuf
rastom  on  12/29  at  02:19 PM

Puan,

Wartawan menjadi lebih “seasoned” bila terkena dengan orang besar. Dalam banyak kes para wartawan yang sering bersama para YB selalunya kenyang dan gemok gemok belaka. Kawan saya yang dulu di kampus kurus melidi sekarang gemok mengalahkan Dewa Tokong Cina yang duduk bersemayam dengan muka tersenyum lebar (Dewa Kemewahan). Bagai satu aturan, jamu dulu sampai masanya ayam ayam Kentucky itu disembelih.
——-

mohamad kholid  on  12/29  at  02:27 PM

perkara paling penting untuk jadi YB - berjanji dahulu tunaikan kemudian.  saya tengah menulis sebuah novel politik tentang itu hasil pengalaman 15 tahun berkhidmat dalam kerajaan. ada YB yang peruntukan pejabat-pejabat kerajaan jadi peruntukan politiknya sendiri.  dalam kes penulis itu - dia kena hari-hari tunggu depan pintu bilik YB itu - barulah boleh bayar…

Tun Dr. Kang  on  12/29  at  04:34 PM

Raja Tan Sri Rastom, kalau kita dekat dengan Dewa Kemewahan itu, agak-agaknya kita pun boleh mewah tak? Mengikut teori AlRies dan Jack Trout—“untuk lebih berjaya mesti berada sedekat mungkin dengan punca kuasa.”

Sdr Mohamad Kholid, agaknya belanja untuk “hari-hari tunggu depan pintu bilik YB” itu melebihi bayaran yang bakal diterima (kalau diterima).

Perkara seperti ini sangat kerap berlaku, di mana-mana, sepanjang zaman. Moralnya sangat mudah—jangan sekali-kali berurusan dengan ahli politik, sebab nanti akan dipolitikkan.

Presiden Arief ada memberitahu saya dahulu, kalau tak silap had untuk penulis mengambil dan menjual bukunya sendiri ialah 1,000 naskhah. Kalau lebih dari itu selalunya akan terjadi masalah. Saya tak tanya lebih lanjut apa masalahnya. Rupanya begitu masalahnya.

fudzail  on  12/29  at  05:38 PM

Saya pernah sekejap berkecimpung dalam pakembar peringkat pemuda, di taja oleh seorang Dr. YB sebagai mentor (sekarang menteri penuh), lepas beberapa bulan berkempen sebagai calun peringkat cawangan ke bahagian ke negeri, sudah cukup untuk tahu hipokrasi dan korupsi…dari peringkat balaci al macai,  sampai menteri. ‘Vicious cycle’.....if you cannot beat them, join them….jadi saya ucapkan selamat tinggal pada ‘perjuangan belum selesai’.

Kesimpulannya, kalau setakat RM480, itu sekadar kesat hingus sang menteri…bukan dia tak nak bayar, mungkin dianggapnya sebagai tajaan (dari PTS).

alang kelana  on  12/29  at  06:02 PM

Puan Sifu, tuan-tuan & puan-puan,

Tidak sedikit ahli-ahli politik yang ingin mendapat nama dan ‘glamour’, tetapi orang lain yang menanggung kosnya…

[email protected] Millennia  on  12/29  at  10:32 PM

Sebenarnya jumlahnya bukan RM480 tetapi RM4800. Kesilapan taip di peringkat Puan Ainon

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/30  at  01:55 AM

Memang menjadi resam orang politik:
1. Belajarlah untuk menjadi pendusta.
2. Pentingkan perut dahulu baru fikirkan rakyat
3. Ambil dan rebutlah apa sahaja kesempatan, meski perlu  
  memijak perut rakyat.
4. Lalaikan rakyat dengan hedonisme. Lambakkan buku kisah
  artis, hantu dan erotis- agar rakyat tidak ingin berfikir
  kritis mengenai nasib dan masa depan diri serta bangsanya.
  Supaya senang Pak Politik menjadi Pak Dalang.

Tetapi malang, demi perut dan sekepal projek. Masih ramai penulis/sasterawan nak berbaik dan menjadi gurkha Pak Politik.

Hubaya-hubaya kini perangai mereka pun saling tak tumpah bak sesumpah.

Moga kisah ini menjadi pengajaran buat kita. Kita yang memasuki dunia tulis menulis hanya dengan untuk untuk menulis dan terus menulis

KS

Fable Fox  on  12/30  at  04:51 AM

“jangan sekali-kali berurusan dengan ahli politik, sebab nanti akan dipolitikkan.”

Betul.

Laaaa… ada lagi di zaman millenium ini orang yg percaya pada ahli politik….

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.