Sunday, May 27, 2007

Nasib Penulis: di Sana Terkena, di Sini pun Terkena

Salbiah Aini Editor Sastera di Berita Harian mengkritik sikap Gapena dan Pena yang seolah-olah tidak mahu ambil pusing isu penulis kreatif ditipu penerbit.

Isu 'salah laku' penerbit ke atas harta intelek penulis bukan hanya berlaku di kalangan penerbit kecil sahaja. Malah dalam beberapa kes, penerbit besar milik kerajaan pun melakukan 'salah laku' seperti itu.

Ambil kes DBP menyerahkan novel beberapa orang sasterawan, termasuk Sasterawan Negara, kepada penerbit Rythm supaya diterbitkan dan dipasarkan oleh penerbit swasta itu.

Mereka yang karya-karyanya diserahkan oleh DBP kepada Rythm itu adalah A. Samad Said, Shahnon Ahmad, Arena Wati, Abdullah Husain, S. Othman Kelantan, Keris Mas, Awang Had Salleh, Baharuddin Kahar, Hassan Ali, Hassan Ibrahim, Khadijah Hashim, Anwar Redhwan, Ibrahim Omar, Azmah Nordin, Amil Jaya, Shaari Isa, Muhammad Rakawi Yusuf, Rosmini Shaari dan Jong Chia Lai.

Ini dilakukan oleh DBP tanpa memaklumkan dan mendapatkan persetujuan bertulis daripada sasterawan-sasterawan itu terlebih dahulu!

Gosip yang kita dengar mengatakan, sehingga sekarang mereka yang terlibat itu belum pernah menerima cek royalti daripada projek DBP-Rythm itu, walaupun sudah lebih 10 tahun.

Mengikut pacal yang empunya gosip, katanya, apabila DBP ditanya berkenaan royalti itu, jawab pegawai DBP, "Rythm pun belum pernah membayar royalti novel-novel itu kepada DBP, bagaimana DBP hendak membayar royalti kepada penulis!"

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Royalti
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Monolog Sebelum Subuh Isnin Previous entry: Rangkaian POPULAR Semakin Popular
Helmy  on  05/27  at  02:33 AM

Salam Ibu Ainon.

Persoalannya mengapa pembesar-pembesar yang meneraju DBP kini tidak memperbetulkan apa yang tidak betul itu?

Kita perlu “pejuang” yang berani dan ikhlas menerajui DBP, bukan orang-orang yang cuma mahu menjaga namanya sendiri serta menggunakan DBP sebagai “vehicle” untuk ke sesuatu tujuan peribadi.
——-

zaidakhtar  on  05/29  at  03:08 PM

“Mereka” sibuk mencari “Melayu”.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.