Nasib Penulis: Kali ini Penulis Novel Fantasi
Dalam bengkel fantasi anjuran PTS yang lalu, begitu ramai yang hadir sehingga tidak cukup kerusi. Ada yang duduk di luar bilik kuliah sahaja, kepala terjengah-jengah dalam pintu!
Salah seorang peserta yang hadir, menunjukkan kepada Sifu 2 naskhah novel fantasinya.
Saya tengok, kedua-dua naskhah itu adalah novel yang serupa. Sebagai 'orang lama' dalam dunia buku, mata saya tajam, lalu serta-merta saya dapat melihat kedua-dua buku itu serupa serba-serbi, kecuali warna kertasnya!
Saya mengesyaki, novel beliau itu sudah diulangcetak, itu sebab kertasnya tidak serupa, tetapi tidak dinyatakan demikian pada halaman imprintnya.
Perbuatan seperti ini lazim dilakukan apabila penerbit tidak mahu membayar royalti tambahan bagi naskhah ulangcetak. Mereka akan berdusta dengan berkata, "Buku awak tidak laku." meskipun kedai buku memberitahu bahawa buku itu laku, dan sudah banyak kali membuat re-order kepada penerbit.
Novel beliau diterbitkan oleh 'nama baru'. Penerbit baru itu adalah anak syarikat sebuah penerbit komik Melayu yang terkenal saat ini.
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Penerbit macam ini, masuk nerakalah jawabnya.
Urmm… dia belum masuk Islam!
——-
Assalamualaikum.
Ini adalah pengajaran yang patut diambil perhatian oleh pengkarya. Berkenal-kenal dahulu dengan penerbit yang benar-benar menjaga kepentingan penulisnya seperti PTS dan beberapa penerbit lain yang amat mengambil berat tentang semua ini.
Hadirlah setiap kali ada program perjumpaan di bengkel atau apa saja program yang boleh kita dapat ilmu dari situ walaupun perjumpaannya hanya sekadar di gerai biasa dan hidangannya sekadar ‘teh tarik’.
Seperti dua Sahabat Kole Kacang, Tuan Zafran dan Tuan Faisal. Mereka telah membuat satu perjumpaan sembang ilmu di sebuah restoran dari 9:00 pagi hingga 3;00 petang.
Saya amat kagumi mereka!
Siap sahaja graphic novel saya nanti, PTS akan menjadi publishernya!
Ini bukan perkara baru dan saya pernah beberapa kali mengalami.
Contohnya: buku bisnes saya berjudul: BERKONGSI UNTUK BERKEMBANG telah dicetak rompak menjadi BERKONGSI UNTUK BERKEMBANGAN.
Dikatakan juga buku bisnes: MEMBINA MASA DEPAN MELALUI MLM—lebih banyak naskhah cetak rompak yang terjual berbanding yang asli.
Penerbitnya hantu sebab itu tidak boleh dikesan.
Sinar di sebalik mendung, mesej di sebalik sakit hati: kalau buku tersebut tidak laris, tidak dicari-cari, tak mungkin akan ada lanun yang memberi perhatian dan mencetak rompak.
Bagaimana dengan buku razzi armansur kampung kaya?
Apa maksud pertanyaan ini, saya tidak faham, minta diperjelaskan.
Post a comment