Thursday, October 30, 2008

Nasihat Penulis PTS (Tn. Sunthara Segar) kepada Penulis PTS (Pn. Norlela Zubir)

Nasihat ini amat relevan kepada penulis, jadi kita salinkan di sini:

Salam Puan Norlela,

Saya sudah membaca blog berkaitan perjumpaan puan dengan doktor. Nampaknya Puan agak sihat meskipun doktor menyatakan keprihatinanya kepada tahap kolestrol. Sementara menanti prosedur "ding dong" dengan pihak underwriter saya cadangkan Puan melihat secara keseluruhan perancangan kewangan secara Islamik untuk keluarga dan juga perniagaan. Mana yang rasa perlu dikaji boleh rujuk kepada saya ataupun penasihat Puan yang sedia ada contohnya peguam atau perunding cukai pendapatan.

Sebagai panduan saya berikan prinsipnya dahulu. Dari segi syariah oleh kerana ajal maut di tangan Tuhan maka peringkat pertama diutamakan:

(1) Menyusun semua aset liabiliti agar akan diperturunkan kepada waris-waris secara adil

(2) Memastikan tiada hutang dibawa ke alam baqa (Hadis Nabi - Orang yang mati syahid diampunkan semua dosanya kecuali hutang). Juga tidak mahu menganiayai waris-waris yang dipertanggung-jawabkan dengan beban hutang. Dengan perancangan yang betul selepas meninggal arwah boleh membayar hutangnya pada kadar diskaun contohnya 3 sen untuk setiap RM1 hutang tanpa menggunakan sinking fund.

(3) Memastikan tidak ada zakat yang terhutang.

Kesemua di atas biasanya memerlukan penyediaan dokumen seperti Wasiat Islam, Hibah dan Buy-Sell Agreement.

Peringkat seterusnya ialah mengoptimumkan aset-aset dan liabiliti yang ada. Contohnya menggunakan portfolio pelaburan Syariah samada yang sederhana atau tinggi pulangannya. Pelaburan pula tidak semestinya dalam saham dalam atau luar negeri tetapi juga hartanah dalam dan luar negeri. Hartanah di luar negeri biasanya mahal tetapi masih boleh melabur menggunakan konsep "strategic land alliance".

Pengoptimum liabiliti bermaksud menguruskan hutang yang ada supaya pembayaran balik lebih cepat, jumlah hutang yang dibayar pun tidaklah berbganda berbanding hutang asal. Contohnya bila membeli bangunan (rumah, pejabat) ramai ahli perniagaan tidak menyedari surat perjanjian bank berat sebelah kepada pihak bank. Bila mengambil hutang baru pula rancangkan supaya surat perjanjian hutang memihak pihak membayar hutang bukannya pemberi hutang.

Peringkat ketiga ialah melakukan perancangan cukai pendapatan yang effisien - apa yang sepatutnya tidak perlu dibayar kepada kerajaan boleh digunakan untuk tujuan lain. Di samping itu pengarah-pengarah syarikat terutamanya berpeluang mengambil kesempatan daripada pengumuman terbaru mesra cukai dari LHDN.

(Boleh kunjungi blog saya ILMUDIGITAL untuk melihat cebisan artikel yang saya tulis untuk Mingguan Wanita berkaitan perkara-perkara di atas.)

Kewangan konvensional Barat sekarang bakal digantikan dengan kewangan Islam. Memang berita sekarang agak suram tetapi pasukan kewangan Islam sudah berada di posisi terbaik untuk mengambil alih ekonomi kapitalis secara diam-diam. Saya meramalkan dalam masa 10 tahun dari sekarang mereka yang mula merancang kewangan secara Islam baik untuk hidup dan mati ,akan mendapat manfaatnya tanpa melalui "financial meltdown" seperti sekarang. Apatah lagi jika semua aktiviti tersebut syariah compliant.

Regards
Sunthara

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Entri Pertama Peraduan Duta PTS Previous entry: Khutbah Jumaat PTS: Zakat (daripada royalti) Penulis boleh Diberikan kepada Orang Bukan Islam
Norlela Zubir  on  11/01  at  12:47 AM

Assalamualaikum Puan Sifu & salam sejahtera En. Sunthara. Saya sudah pun mendapat maklumbalas daripada En. Lutfi (underwriter). Permohonan saya ditolak oleh Etiqa Takaful. Namun begitu saya sedang dipertimbangkan perlindungan untuk 4 jenis penyakit kronik sahaja.

Sunthara  on  11/01  at  08:22 AM

Terima kasih kepada Puan Sifu kerana menyiarkan komen saya yang ditujukan khusus kepada Puan Norlela. Oleh kerana profil psikologi dan profil kewangan kita semua berbeza jadi elok dapat pandangan sebenar penasihat peribadi masing-masing.

Kepada Puan Norlela saya dimaklumkan oleh agen tentang beberapa perkara yang menjurus kepada penolakan (ini konfidential boleh hubungi saya untuk penjelasan).Etiqa memberikan penerimaan bersyarat (4 sahaja dilindungi, ini lebih bagus dari penolakan total) setelah perundingan mulut antara En Lutfi dengan pihak underwriter. Jadi sekarang kita boleh proceed dengan Plan B yang saya sebut dahulu dalam blog . Kalau Puan Norlela berminat boleh hubungi saya untuk memeta strategi seterusnya.

Salam ceria
Sunthara CFP RFP 017-8719444

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.