Nilai Jualan PTS 2007 RM17 juta
Syukur kepada Tuhan yang maha kaya lagi mengkayakan. Laporan kewangan PTS (sebelum diaudit) bagi tahun 2007 menunjukkan nilai jualan gross buku-buku PTS bagi tahun 2007 adalah RM17.1 juta.
Ini bermakna nilai royalti yang akan dibayar kepada para penulis PTS bermula pada bulan Jun - Disember 2008 nanti adalah lebih RM1 juta.
Mari kita bersyukur, bersyukur dan bersyukur.
Ini adalah berkat apabila para penulis dan penerbit saling bersepakat, bekerja kuat, tolong menolong dan bekerjasama mencapai matlamat memandaikan bangsa dengan cara-cara yang syariah-compliant dan bersih daripada rasuah.
Siapakah agaknya penulis TOP 10 bagi tahun 2007? Kita tunggu laporan daripada Jabatan Kewangan.
Apabila laporan itu dikeluarkan, kita hanya boleh tahu nama-nama mereka sahaja, manakala kita tidak boleh tahu jumlah royalti yang mereka terima kerana itu adalah maklumat peribadi setiap penulis yang dilindungi oleh undang-undang. Hanya Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sahaja yang berhak tahu.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Alhamdulillah dan tahniah! Sesuatu pekerjaan yang bermula dan berasaskan niat yang baik dan dikerjakan dengan etika yang baik akan mendapat sesuatu yang baik juga dari Allah s.w.t.
Tuan Yusri,
Mana buku?
Alamak….(BMR)
Pada tahun 2008 ini PTS akan membayar royalti kepada penulis-penulisnya melebihi RM 1 juta?.
Berita ini pastinya menaikkan lagi semangat para penulis PTS untuk terus menghasilkan karya.
Alhamdulillah Syukur ke hadrat Ilahi.
Tahniah untuk PTS dan penulis-penulis yang berjaya menghasilkan karya yang bermutu.
Alhamdulilah, rezeki kurniaan Ilahi.
Salam dan tahniah buat PTS !
Jangan takut kepada ‘Bulan’nan mengambang kerana rezeki Allah yang beri, bukan kerana timbangan mana-mana dacing!
Semoga Allah memberi rezeki yang lebih berganda-ganda di masa hadapan !
Alhamdulilah dan syukur.
Semoga semua wargakerja PTS dan penulis terus bersatu dalam mengecapi prestasi keseluruhan yang lebih memberangsangkan pada tahun yang seterusnya.
Tahniah PTS di atas pencapaian terbesar itu.
Tuan/Puan
Mari sama-sama kita infak sedikit (< 1%) daripada keuntungan royalti kita untuk masjid, surau, madrasah, ibu mertua, kaum kerabat, yang meminta, dsb…
Insya Allah tahun depan PTS boleh dapat 34 juta!!
Itu namanya BERKAT.
HJ Syahrul
http://gurupowerpoint.wordpress.com
Tuan-tuan dan Puan-puan pendukung PTS,
Adalah menjadi dasar pengurusan kewangan PTS bahawa setiap bulan Jabatan Kewangan PTS mengeluarkan zakat pendapatan bagi bulan itu.
Wang zakat itu dihantar kepada senarai asnaf, dan senarai itu diluluskan oleh Lembaga Pengarah PTS.
PTS tidak memberi sebarang wang sumbangan kepada apa-apa jua projek yang tidak termasuk dalam senarai asnaf.
Alhamdulillah. Secara peribadi, PTS adalah penerbit yang memenuhi kriteria penerbit pilihan. Kebajikan, kejujuran, perjuangan dan kemanusiaan.
Saya doakan agar dipermudahkan urusan harian dan dipermurahkan rezeki kepada semua pejuang-pejuang di PTS.
Saya doakan agar rahmat dan berkat daripada-Nya akan terus melimpahi PTS.
Saya doakan agar dijauhkan dari segala bentuk kegelapan, penyakit dan dukacita daripada menyerang mana-mana ahli pejuang di PTS.
Saya doakan agar PTS akan terus maju dan berjaya sebagai pejuang bahasa, hakcipta, agama dan dengan usaha-usaha kebajikan yang berterusan.
Saya doakan agar urusan saya bersama PTS akan sentiasa berhasil, lancar dan membawa manfaat kepada manusia.
Amin.
Post a comment