Nilai RM Tanda Bacaan
Penulis yang paling banyak buat duit adalah penulis fiksyen. Lapan puluh peratus (80%) pasaran buku adalah buku fiksyen. Ini berlaku di seluruh dunia, dalam semua bahasa.
Apabila kita ke kedai buku, kita dapat lihat bahawa jumlah judul buku fiksyen tidak banyak, tetapi jumlah naskah yang terjual bagi setiap judul adalah tinggi. Sebagai contoh, novel-novel popular dalam Bahasa Melayu dapat dijual sehingga puluhan ribu naskhah. Angka ini tidak berlaku pada buku-buku non-fiksyen.
Penulis fiksyen lebih kaya daripada penulis non-fiksyen.
Tanda bacaan dalam buku fiksyen adalah lebih kompleks daripada dalam buku non-fiksyen. Buku non-fiksyen dapat ditulis menggunaan noktah dan koma sahaja.
Buku fiksyen mengandungi beribu-ribu dialog. Ertinya, dalam sesuatu manuskrip novel akan terdapat beribu-ribu kesilapan tanda bacaan. Itu tidak termasuk kesilapan sistem ejaan dan tatabahasa.
"Asalamualaikum sifu" kata Mamat. (SALAH)
"Asalamualaikum sifu." kata Mamat. (SALAH)
"Asalamualaikum sifu," kata Mamat. (SALAH)
"Asalamualaikum Sifu" kata Mamat. (SALAH)
"Asalamualaikum, Sifu." kata Mamat. (SALAH)
"Asalamualaikum, Sifu." Kata Mamat. (SALAH)
"Asalamualaikum, Sifu" Kata Mamat. (SALAH)
"Asalamualaikum, Sifu" kata Mamat. (SALAH)
"Asalamualaikum, sifu," kata Mamat. (baru BETUL)
Sekolah tidak mengajar murid-murid akan sistem tanda bacaan yang betul bagi ayat-ayat dialog. Padahal, ia adalah kemahiran yang diperlukan bagi menghasilkan manuskrip yang dapat diterima oleh penerbit. Manuskrip fiksyen yang buruk tanda bacaannya akan ditolak oleh penerbit.
Jangankan siswazah lulusan jabatan penulisan kreatif tidak tahu sistem tanda bacaan yang betul, malah pensyarah linguistik Melayu pun ada yang tidak tahu menggunakan noktah dan koma dengan betul!
Pakar linguistik Melayu yang menggubal kurikulum Bahasa Melayu pun belum tentu tahu sistem tanda bacaan bagi ayat dialog. Buku Tatabahasa Dewan pun tidak menerangkan sistem tanda bacaan bagi ayat-ayat dialog.
Padahal, kemahiran menulis ayat dialog dengan menggunakan tanda bacaan yang betul adalah kemahiran yang membolehkan penulis menerima cek royalti ataupun tidak.
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Salam,
“Sekolah tidak mengajar murid-murid akan sistem tanda bacaan yang betul bagi ayat-ayat dialog. Padahal, ia adalah kemahiran yang diperlukan bagi menghasilkan manuskrip yang dapat diterima oleh penerbit. Manuskrip fiksyen yang buruk tanda bacaannya akan ditolak oleh penerbit”.
Untuk pengetahuan sifu dan teman-teman, sejak dari darjah satu lagi dibawah sistem KBSR para pelajar sekolah telah diajar untuk menulis dengan menggunakan tanda baca yang betul. Harap maklum
——-
Salam Puan,
Saya amat tertarik dengan kuliah tentang tanda bacaan ini. Apakah kesan kepada penulis jika mereka tidak memerhatikan penggunaan tanda bacaan yang betul? Adakah kemungkinan manuskrip mereka ditolak oleh syarikat penerbitan? Adakah ia menyebabkan manuskrip mendapat giliran cetak yang lebih lewat daripada manuskrip yang terkemudian tetapi mempunyai tanda bacaan yang betul?
Memang benar amat susah mencari buku dalam Bahasa Melayu yang membicarakan tentang penggunaan tanda bacaan dengan betul. Buku-buku tatabahasa dalam simpanan saya tidak ada yang memberikan panduan dengan lebih lengkap. Bolehkah Puan cadangkan kepada Profesor Abdullah untuk menulis sebuah buku panduan sebegitu? Atau minta beliau mencadangkan kepada pelajar-pelajarnya membuat tesis berkenaan tanda bacaan.
Maafkan saya kerana bertanya begitu banyak soalan dalam satu ulasan. Harap mendapat jawapan daripada Puan.
“kemahiran menulis ayat dialog dengan menggunakan tanda bacaan yang betul adalah kemahiran yang membolehkan penulis menerima cek royalti ataupun tidak.”
Kenapa ya?
Apabila manuskrip ditolak disebabkan tanda bacaan yang buruk, manakan dapat cek royalti…
Post a comment