Sunday, June 20, 2010

Nota-nota Teori dan Teknik Surah Yusuf akan Dibukukan

Foto di atas menunjukkan sekumpulan anak muda yang mengikuti siri bengkel teknik menulis genre kreatif dengan menggunakan teknik penulisan yang digali dari surah Yusuf sedang menggunakan teknik KJ-Method bagi menyusun nota-nota yang saya tulis dalam blog .(JavaScript must be enabled to view this email address) bagi diterbitkan sebagai buku.

KJ-Method adalah teknik berfikir yang menggunakan logik non-linear bagi tujuan menghasilkan dokumen yang panjang dan kompleks, seperti sebuah novel. Teknologi lembut yang digunakan dalam KJ-Method adalah apa yang disebut "card-and-stroyline".

Idea membukukan nota-nota surah Yusuf itu adalah idea anak-anak muda itu. Objektif utama mereka adalah bagi membolehkan teori tersebut dibaca oleh lebih banyak khalayak dan dijadikan modul latihan penulisan.

Menurut Tn. Firdaus Ariff, apabila buku itu sudah terbit nanti, mereka akan memasarkan modul trainingnya dalam negara dan sehingga dapat diterima di Indonesia. 

Dari kiri: Tetuan Zamri, Zahiruddin, Asyraf, Izwan, Azree. Tiada dalam foto: Firdaus dan Irfan. Lokasi: Apartmen Putra Villa, Gombak.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Buku Motivasi Pelajar Paling Laris Previous entry: Dari Muhammad Alexander: Armagedon 2012
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/21  at  08:25 AM

Tahniah,

Semoga usaha murni ini akan segera peroleh kejayaan. Pada mula-mula menulis menggunakan teknik ini, rasa agak janggal dan membosankan kerana sudah sebati dengan teknik sediada. Namun bila sudah dilatih, rasa geli mata pula bila membaca bahan bacaan yang tidak menggunakan teknik ini.

Tahniah dan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada pengasas penggunaan Teknik Surah Yusoff.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/24  at  04:53 PM

Assalamualaikum wrb,

Tahniah, Puan Ainon & PTS!
Alhamdulillah, akhirnya akan terbit buku panduan menulis menggunakan teknik ‘KJ method’. Bagi bakal-bakal penulis yang ingin menulis buku tetapi tinggal di luar negara dan tidak berkesempatan mengikuti bengkel-bengkel yang dianjurkan ini adalah khabar baik yang dinanti-nantikan…

Salam hormat,
Sharifah

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: