Monday, July 30, 2007

Nota Kuliah En. Martias

(1) Tagline wajib ditulis, contoh: Wanita itu tahu suaminya mempunyai kekasih tetapi dia pura-pura tidak tahu.

(2) Dalam satu cerita ada 1 plot utama dan maksimum 3 subplot. Subplot adalah "Pada waktu yang sama..." dan menjawab pertanyaan: Mengapa, mengapa, mengapa.

(3) Subplot menghasilkan konflik.

(4) Plot utama dan semua subplot mesti ada penyelesaian. "Akhirnya..."

(5) Cara mencipta twist: Yakinkan penonton bahawa A adalah A, baru masukkan twist.

(6) Jumlah watak utama maksimum 3 orang. Sediakan maklumat latar belakang berkenaan setiap watak utama.

(7) Jumlah scene adalah antara 60 - 75, dengan 50% adalah scene subplot. Scene adalah kejadian yang berlaku pada satu masa di satu tempat.

(8) Treatment adalah deskripsi scene tanpa dialognya. Yang ada hanya watak dan action watak. Bagi setiap scene tuliskan EXTERIOR/INTERIOR dan PAGI/PETANG/MALAM.

(9) Semakin kurang dialog, semakin bagus drama itu.

(10) Subteks memberi makna tersirat. Contoh subteks visual: (a) Garfu dalam filem "Ibu Mertuaku". (b) Scene yang menunjukkan beca usang dengan bendera Malaysia masih terpasang.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Skrip TV dan Filem
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Laporan Bengkel En. Martias Previous entry: Peluang Ikut En. Martias Menjalankan Kajian Sejarah di Kuala Tembeling
Fadzli Yusof  on  07/31  at  06:11 AM

Salam..
Wah, sungguh menarik! Ruginya saya kerana tidak mendaftar dan hadir ke bengkel tersebut. Kalaulah ada pengulangan, hampir pasti saya akan menghadirinya juga!
——-

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: