Previous entry: Lagi Entri Pertandingan Duta Aku Mahu....
 on  08/30  at  03:09 PM

pn sifu....
selamat menyambut ramadhan..smile

 on  09/02  at  04:04 PM

Salam Puan Ainon,

Saya tercari-cari ruang mana untuk berkongsi pengalaman ini di unika, tapi tak berjumpa. Jadi, saya terus mencatat di sini.

Minggu lepas, saya telah dijemput ke Singapura untuk memberi sedikit perkongsian ilmu dengan guru-guru melayu di Singapura. Saya juga berkesempatan mengadakan kursus pendek ‘penulisan kreatif’ kepada lebih 30 orang pelajar melayu sekolah menengah di sana.

Daripada feedback yang saya terima, kebanyakan pelajar melayu di sana serta guru-guru kenal buku2 keluaran PTS. malahan buku2 Kembar Terpilih, boleh didapati di pusat sumber kebanyakan sekolah di sana. Malahan, ada guru mengatakan, buku2 PTS juga dijadikan bahan bacaan sampingan sewaktu pendidikan bahasa melayu.

Tetapi, masalah yang mereka hadapi ialah kekurangan bahan bacaan daripada PTS. amat sukar hendak mereka perolehi bahan bacaan PTS di sana. Saya dapati, pasaran buku melayu terutama buku berkualiti keluaran PTs amat besar di singapura. Sebagai contoh, saya lebih dikenali oleh guru2 dan pelajar melayu di sana melalui Kembar Terpilih.

Saya juga telah disarankan oleh pihak penganjur untuk kembali ke sana dan mengadakan kursus-kursus penulisan kreatif untuk pelajar-pelajar sekolah. Malahan mereka minta supaya saya tulis sebuah buku ‘penulisan kreatif.’ Insyallah, atas galakan dan sokongan serta permintaan mereka, saya sudahpun menyiapkan rangka buku tersebut dan dalam proses memasukkan isi. Buku itu akan diberi tajuk - Jom Mengarang - Asas Penulisan Kreatif Untuk Semua. Mudah-mudahan, pihak PTS sudi menerbitkannya.

Saya juga mendapati ramai guru-guru di sana yang mempunyai bakat menulis dan mempunyai banyak pengalaman yang unik daripada Singapura. Masalah mereka ialah, di sana tidak ada penerbit buku melayu yang sanggup ambil risiko kerana pasaran kecil di sana. Mungkin, PTS boleh memberi peluang kepada penulis-penulis Singapura untuk berkongsi kisah mereka.

wasalam

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: