Friday, July 06, 2007

Nota untuk Penulis-Trainer PTS: Apabila Menulis Biodata Beri Maklumat Tepat, Bukan Claim

Apabila saudara menulis biodata saudara dalam brosur, gunakan ayat maklumat, jangan gunakan ayat 'claiming' atau ayat mengaku-ngaku.

Ayat Maklumat: Sudah menerbitkan 2 buah buku, Makin Berhutang Makin Kaya (PTS, 2006) dan Panduan Berhutang Bagi Yang Makan Gaji (PTS, 2007).

Ayat Mengaku: Seorang penulis terkenal dengan buku bestseller Makin Berhutang Makin Kaya (sudah terjual beribu-ribu naskhah) dan Panduan Berhutang Bagi Yang Makan Gaji (akan diterbitkan di Jakarta juga).

Ayat Maklumat: Antara pelanggan adalah Jabatan Alam Sekitar, Baitulmal Selangor, Golden Hope Bhd., Maktab Polis DiRaja, Air Sarawak, Bank Negara, Pejabat Daerah Hulu Kinta, Sekolah Tun fatimah, Hotel Pan Sari dan lain-lain.

Ayat Mengaku: Mempunyai pengalaman yang luas memberi latihan kepada pelbagai sektor awam dan swasta termasuk Jabatan Alam Sekitar, Baitulmal Selangor, Golden Hope Bhd., Maktab Polis DiRaja, Air Sarawak, Bank Negara, Pejabat Daerah Hulu Kinta, Sekolah Tun fatimah, Hotel Pan Sari dan lain-lain.

Di sebalik ayat mengaku adalah perbuatan menilai diri sendiri. Apabila kita menilai diri kita sebagai orang yang berjaya, automatik kita menafikan sumbangan orang-orang lain ke atas kejayaan kita itu.

Dalam masyakarat yang mengamalkan nilai-nilai kekitaan, mereka tidak percaya seseorang itu berjaya atas daya usaha dirinya sendiri. Tentu ada orang-orang lain yang membantu kejayaan orang itu.

Buku penulis menjadi laris disebabkan ramai petugas yang bekerja dalam syarikat penerbitnya, syarikat percetakan, syarikat pengedar dan kedai buku, yang masing-masing menyumnbang sehingga membolehkan buku itu menjadi 'bestseller'.

Jika dia terbitkan sendiri, layout sendiri, desain kulit sendiri, cetak sendiri, edar sendiri, jual sendiri, belum tentu bukunya menjadi bestseller

Di kalangan mereka yang berpegang kepada nilai-nilai kekitaan, para jutawannya sentiasa mengaku mereka belum menjadi jutawan di depan orang-orang yang bukan kenalan rapat. Begitulah aturannya: Ikut resmi padi, makin berisi semakin merendahkan diri.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Bisnes Training
(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Nota untuk Penulis-Trainer PTS: "Walk the Talk" Previous entry: Apa Itu Spin-off
Tengku Asmadi  on  07/06  at  02:13 PM

Subhanallah, sesuatu yang berisi saya pelajari hari ini.  Terima kasih Puan Sifu.  Banyak kesilapan yang sering saya lakukan juga.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/06  at  05:58 PM

Saya juga banyak melakukan kesilapan. Puan Sifu, kami dahagakan ilmu dalam bidang training. Semakin banyak ilmu yang dipelajari, semakin kurang kami membuat kesilapan. Kesilapan menghilangkan peluang.

ddm  on  07/06  at  07:26 PM

Terima kasih puan kerana memberi penerangan berlatarkan perbezaan besar antara kita masyarakat dalam aliran kolektivis berbanding dengan masyarakat individualis.

Oleh kerana buku-buku pengurusan banyak ditulis oleh pengarang-pengarang dari Barat (dari aliran masyarakat individualis), membanjiri pasaran dan diterima oleh kita sebagai sesuai dan baik dengan kita, maka kita akan kata ianya terus sesuai.

Ditambah pula sebahagian dari penulis, penyelidik, ahli akademik walaupun membuat kajian berdasarkan data bangsa sendiri tetapi dengan ambil mudah terus saja bersandarkan rujukan dari kajian, tulisan aliran individualis dan juga menerima kita serupa dengan mereka. Sedangkan ciri-ciri kita jauh sekali berbeza dengan mereka.

Terima kasih lagi pada Puan Sifu.

mki  on  07/06  at  08:34 PM

Puan,

Salam sejahtera dam semoga Allah mengampuni dosa-dosa yang telah kita lakukan.

Apabila membaca entri ini, saya cepat-cepat membaca balik biodata yang telah saya hantar kepada PTS. Saya mohon keampunan Allah jika ayat-ayat yang ditulis menggambarkan keangkuhan, takbur dan riak. Saya fikir, ayat yang dibesarkan ada mempunyai unsur-unsur yang telah dinyatakan. Saya mohon editor PTS memangkah mana-mana yang tidak sesuai.

Semoga Allah memberkati hidup Puan Ainon dan keluarga.

BIODATA

Muhd Kamil Ibrahim adalah Profesor Perakaunan daripada Universiti Teknologi MARA. Anak kelahiran Besut, Terengganu pada 19 Mei 1964. Berkelulusan PhD, Sarjana, Sarjana Muda dan Diploma daripada UiTM, Universiti Dundee dan Universiti Wales.

Beliau BERPENGALAMAN LUAS [pernah bertugas] sebagai pentadbir akademik UiTM kerana pernah memegang jawatan Dekan Fakulti Sains Sukan, Timbalan Pengarah UiTM Johor, Ketua Program Perakaunan, Ketua Pusat Pendidikan Luar dan Pegawai Khas kepada Naib Canselor. Dr Muhd Kamil adalah pengasas dan Pengarah Financial Reporting Research Center (FRRC) yang menjalankan kerja-kerja penyelidikan kepakaran bidang.

Dr Muhd Kamil adalah penulis buku kreatif PhD: Kecil tapi Signifikan, Ibrahim Shah: Menyingkap Pengurusan Universiti, Motivasi Minda Pelajar, Pelajar Cemerlang dan Motivasi Remaja. Beliau juga menulis buku kepakaran bidang seperti Value Relevance of Accounting Numbers, Financial Reporting in Malaysia dan Corporate Social Responsibility in Malaysia. Beliau telah menulis lebih 400 rencana dipelbagai media massa.

Blog beliau di http://muhdkamil.net/mystory merupakan ruang beliau menulis tentang Kehidupan Ringkas tapi Signifikan dan MEMPUNYAI PENGIKUTNYA YANG TERSENDIRI. Beliau berkeluarga – beristeri kepada Raudzah Roslan – dengan mempunyai empat cahayamata dan tinggal di Shah Alam, Selangor.

Prof, saya sudah maklumkan kepada En. Faris dan Cik Firdaus.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: