Monday, July 30, 2007

Nota untuk Penulis-Trainer PTS: Buku Buat Duit

Kerajaan sudah mula menubuhkan Majlis Pembangunan Usahawan Daerah (MPUD). Menterinya adalah Dato' Khaled Nordin, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Setiap majlis menerima RM60 ribu bagi membiayai aktivitinya.

PTS banyak menerbitkan buku yang kandungannya dapat dijadikan isi ceramah kepada hadirin majlis ceramah MPUD.

Kepada penulis-trainer PTS yang terlibat dalam bisnes training dan ceramah, tulis kertas cadangan dan gunakan maklumat dalam buku-buku bisnes PTS.

Gunakan network saudara yang ada bagi mengetahui pegawai di kementerian yang menjaga MPUD. Hantar kertas cadangan kepada beliau.

Antara isi ceramah yang dijamin disukai oleh para hadirin boleh dibaca dalam buku-buku berikut:

(i) Memulakan Bisnes Sendiri.
(ii) Bagaimana Bisnes Keluarga Berjaya.
(iii) Rahsia Bisnes Orang Cina.
(iv) Mengapa Bisnes Gulung Tikar.

Buat, jangan tidak buat! Kertas cadangan yang sama juga boleh dikemukakan bagi program pembangunan usahawan wanita di bawah kementerian wanita.

.

INI DIA RESPON BERGUNA dari Tuan Nazir!

Assalamualaikum,

Saya adalah seorang setiausaha MPUD Daerah Rompin, Pahang merangkap Pegawai MARA.

Selalunya buku koleksi saya di pejabat seperti Bagaimana Memulakan Perniagaan dan Membuat Rancangan Perniagaan sering dipinjam oleh bakal usahawan MARA yang datang ke pejabat saya. Sambutan amat menggalakan (sampai tak pulang-pulang buku-buku tu!).

Untuk pengetahuan Puan, semua pegawai MARA menjaga MPUD di daerah masing-masing.

Baru semalam 5 orang ADUN negeri Pahang menerima watikah perlantikan pengerusi MPUD dari Khaled Nordin.

Untuk sebarang kertas cadangan saya percaya, bolehlah dihantar ke Pegawai MARA untuk penilaian bersama pengerusi dan ahli mesyuarat.

Dari isi hati saya: Buget 60 ribu, impak pun kena setara atau lebih, berilah cadangan yang bernas sebab ahli-ahli mesyuarat majoritinya pegawai-pegawai kerajaan, kurang sikit idea bisnes.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Bisnes Training
(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Penerbit dan Penulis Novel Melayu Mesti Menolong Guru-guru Bahasa Melayu Previous entry: Nota untuk Penulis-Trainer PTS: Mengapa Ceramah di PLKN Pelaburan yang Baik
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/30  at  04:04 PM

Assalamualaikum,

Saya adalah seorang setiausaha MPUD Daerah Rompin, Pahang merangkap Pegawai MARA.

Selalunya buku koleksi saya di pejabat seperti Bagaimana Memulakan Perniagaan dan Membuat Rancangan Perniagaan sering dipinjam oleh bakal usahawan MARA yang datang ke pejabat saya. Sambutan amat menggalakan (sampai tak pulang-pulang buku-buku tu!).

Untuk pengetahuan Puan, semua pegawai MARA menjaga MPUD di daerah masing-masing.

Baru semalam 5 orang ADUN negeri Pahang menerima watikah perlantikan pengerusi MPUD dari Khaled Nordin.

Untuk sebarang kertas cadangan saya percaya, bolehlah dihantar ke Pegawai MARA untuk penilaian bersama pengurusi dan ahli mesyuarat.

Dari isi hati saya; budget 60k, impak pun kena setara atau lebih, berilah cadangan yang bernas sebab ahli-ahli mesyuarat majoritinya pegawai-pegawai kerajaan, kurang sikit idea bisnes.
——-

fudzail  on  07/30  at  04:35 PM

Minta laluan, Puan SifuPTS!

Salam En. Nazir,

Saya budak kampung Rompin (walau lahir di Johor) yang berhijrah ke UAE.

Bulan Ogos ini balik cuti di Malaysia dan bersama komuniti ekspatriat Malaysia di UAE akan manganjurkan sesi ‘Peluang Kerjaya di UAE’ di beberapa universiti (bermula esok di UiTM Kedah, tetapi saya tidak sempat).

Mungkin saya boleh juga buat sesi, ‘Peluang Bisnes di UAE’ untuk usahawan Bumiputera di Pahang.

Untuk makluman saya sekarang bernaung di bawah http://www.nakheel.com, syarikat pemaju hartanah terbesar di dunia (dengan projek bernilai USD100 bilion) di samping beberapa usaha dengan kawan-kawan.

Kepada siapa mahu hantar kertas kerja?

Terima kasih.

saiFz  on  07/31  at  12:25 AM

Gerak Usahawan Perlis 2007 baru-baru ini. Kami dpt booth utk pamerkan produk. Kami bawa produk utama kami (bukan buku).

DI samping itu, disebabkan kami juga menjual buku, kami bawa sekali buku-buku utk dijual berkebetulan ada byk stok buku-buku bisnes, kebanyakannya PTS dan PTS paperback.

Nak kata laku tu, tak la laku sangat walau kalau diikutkan buku-buku tersebut kebanyakannya amat relevan dengan tema program. Tapi faktor utama tak laku rasanya adalah sebab tak ramai pengunjung yang datang.

.

Gunakan ejaan sempurna. Blog ini dibaca oleh pengunjung dan mentee-mentee buta saya. Ejaan singkat tidak dapat dibaca oleh sofwer yang merka gunakan.

norlelazubir  on  07/31  at  01:45 AM

Assalamualaikum Puan Sifu,

Saya akan usahakan apa yang puan sarankan, insyaAllah.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: