Monday, August 13, 2007

Nota untuk Penulis-Trainer PTS: Ciri-ciri Trainer Premium

Tidak sebagaimana dengan nasib penyanyi kelab malam, yang semakin tua semakin turun status dan yuran show-nya, bagi trainer pula ia terbalik, semakin tua semakin tinggi yuran profesionalnya.

Bagi saudara yang merancang dan nekad mahu masuk industri latihan secara profesional, status trainer premium diperoleh secara gradual.

Antara ciri-ciri trainer premium adalah:

1. Saudara, mempunyai senarai pelanggan korporat bertaraf premium.
Contoh pelanggan premium adalah seperti Bank Negara Malaysia, Kementerian Pertahanan, Jabatan Perdana Menteri, Nestle, Maybank, BSKL, Petronas, dan banyak lagi yang seperti itu.

Di sini, produk saudara mungkin "biasa-biasa" sahaja seperti kursus mengurus waktu, tetapi disebabkan perkhidmatan saudara digunakan oleh pelanggan premium bagi melatih staf mereka, maka orang percaya saudara seorang trainer yang berkualiti premium.

Mendapatkan pelanggan premium bukanlah perkara yang amat sukar. Majoriti pegawai latihan mereka adalah Melayu, justeru ia ibarat pintu sudah separuh terbuka. Mereka mahukan produk yang relevan dengan keperluan mereka, itu sahaja.

2. Mempunyai bekas peserta bertaraf premium sebagai duta.
Siapakah yang pernah menyertai kursus saudara suatu masa dahulu? Apakah ada bekas peserta yang sekarang sudah menjadi tokoh dihormati ramai, yang puas hati dengan kualiti kursus dan mencadangkan nama saudara kepada pelanggan lain.

Apabila seorang Pengurus Besar mencadangkan nama saudara kepada seorang Pengurus Besar lain, saudara mempunyai harapan dianggap seorang trainer berkualiti premium.

3. Mempunyai produk bertaraf premium.
Contoh produk premium adalah kursus teknikal yang diperlukan oleh kategori eksekutif seperti kursus re-engineering, pengurusan projek, pengurusan kualiti, dan yang seperti itu yang tidak banyak pembekalnya dalam pasaran. Ciri ini hanya dapat diperoleh bagi mereka yang datang daripada latar belakang teknikal juga.

4. Mempunyai buku
Apabila saudara mempunyai buku dalam bidang yang saudara kursuskan, peluang status saudara naik menjadi trainer premium adalah lebih tinggi lagi.

Jadi, tulislah buku, istiqamah, dan jaga kualiti, nanti satu hari saudara dapat menikmati yuran premium!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Bisnes Training
(9) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tulislah Novel "Biasa-Biasa" Previous entry: Apakah Benar dengan Menulis Dapat Menjadi Jutawan
MBA  on  08/13  at  07:23 PM

Assalamualaikum Sifu;

Saya pernah hantar anak saya menghadiri kursus dengan trainer-premium yang seperti dalam gambar foto tersebut. Memang bagus. Memang best.

Saya mencongak, trainer-premium ini sudah menjadi jutawan. Seorang pelajar membayar RM250 bagi satu sesi. Ada 40 pelajar dalam satu kelas. Ada kelas serentak di KL dan Ipoh. Waduh-waduh sebuah Audi boleh dibeli tunai dengan hanya sebulan trainer.

p.s Dok gittu Tengku? Dr. memang trainer-premium!

.

Laa… loghat Terengganu pula digunakan! BMT, MBA-san! BMT!
——-

Osman Affan  on  08/13  at  10:05 PM

Assalamualaikum Puan Ainon yang saya hormati,

Terima kasih Puan. Tips tentang ciri-ciri trainer premium ini bukan sahaja memberi saya beberapa idea baru, malah ia membuat saya jadi lebih bersemangat.

Berkat panduan dan nasihat yang Puan berikan, saya percaya saya berada di laluan yang betul untuk kerjaya ini.

.

Tuan Osman,
Allah memberikan Tuan wajah dan penampilan yang mudah disukai oleh pelanggan korporat Melayu. Itulah modal insani yang amat berharga bagi memasuki industri training. Ditambah pula dengan personaliti dan budi pekerti Tuan yang impeccable!

Selamat melangkah ke hadapan memandaikan bangsa!

Tengku Asmadi  on  08/13  at  11:57 PM

Hmm… malam ini agak lewat saya menjenguk ruangan Sifu.  Terkejut pula apabila gambar saya terpampang dalam perbincangan trainer-premium ini.  Rasa saya, gambar saya dipilih bukan sebab saya adalah trainer-premium tetapi mungkin kerana saya bertanya tentang ciri-ciri trainer-premium mengikut penilaian Sifu kita.

Saudara MBA, terima kasih kerana pernah menyokong program motivasi saya.  Tetapi cara pengiraan saudara MBA tu kurang tepat.  Kalau yuran kursus tersebut masuk seratus peratus dalam poket saya maka memang mudahlah menjadi jutawan.  Sebaliknya banyak yang perlu dikeluarkan untuk memastika promosi dan operasi berjalan dengan lancar.

Buat saudara OA.  Mengikut pengalaman saya, untuk berjaya dalam bidang training ini hingga diterima dan diperakui kita mesti sabar, ikhlas, istiqamah dan beri lebih dari apa yang dijangkakan.  Sebab yang mengukur kita adalah mereka yang telah menghadiri program kita.  Kalau mereka kata bagus maka baguslah dan kalau tidak maka tidaklah.  Yang pasti lain orang lain citarasanya.

sab2  on  08/14  at  07:45 AM

Puan Sifu,
assalamu’alaikum.

Terima kasih di atas tebaran mutiara ilmu Sifu. Seperti Sdr Tengku Asmadi, saya juga terlewat masuk kuliah ini…

Minggu lalu, ketika menonton “Bicara Mufti” RTM1 tertarik dengan ungkapan berikut, untuk dikongsi bersama:

“Ilmu, itu roh Agamanya. Belajar, peningkatan imannya. Mengajar, dikurniakan lagi llmu baru, insyaAllah… Akal perlu dijaga, dipelihara dengan ilmu. Ilmu dan Iman adalah dua wajah yang yang bersepadu. Iman itu kedudukan disisi Allah, ketinggian ilmu tahap makhlukNya” - Mufti Kelantan.

Setuju dengan Puan Sifu, merintis jalan sebagai Trainer Premium dibina secara gradual… bersama pelanggan korporat premium. Tip Puan Sifu “beri yang TERbaik dahulu (walau pun TERpaksa diberi percuma)” ternyata membawa rezeki, Alhamdulillah.

.

Tuan Sabtu,
Alhamdulillah… berguna jugalah tip-tip yang Sifu beri dalam bengkel dulu itu! Nanti kita boleh buat bengkel lagi, masih ada tip-tip lain! 14 tahun menggulati industri training, banyak buat silap… biarlah mentee-mentee tahu kesilapan itu, supaya mereka elakkan. Bak kata Tuan Shamsuddin Abd Kadir… lebih baik belajar daripada kesilapan orang lain.

Mana buku?

Tengku Asmadi  on  08/14  at  01:04 PM

Puan Sifu, saya terfikir ada baiknya juga pengalaman sebagai trainer dibukukan untuk panduan mereka yang kemudian.  Hmmm… rasa-rasanya 12 tahun bergelumang dalam bidang ini sudah memadai untuk berkongsi sedikit pengalaman yang ada.

Idea… idea… oh idea…

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/14  at  01:29 PM

Saya mewajibkan diri saya datang bengkel training Puan Sifu yang kedua. Bilakah tarikhnya Puan Sifu. Sudah pasti kami ingin mempelajari daripada pengalaman Puan Sifu itu supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Nikmatnya mendapat ilmu dari bengkel yang lalu.

Fadzli Yusof  on  08/15  at  07:21 AM

Salam sejahtera.

Saya hampir bersetuju dengan MBA; ataupun sekurang-kurangnya, Dr Tengku Asmadi sudah sipi-sipi lagi akan menjadi trainer-premium. Tahniah! Banyak kena belajar dari Puan Ainon dan Dr. Tengku. Mohon tunjuk ajar budak yang baru nak belajar ini (Saya? Masih lagi trainer alumunium!)

Bagaimana untuk melaksanakan langkah 1 dan langkah 2 pada saranan di atas Puan? Ada panduannya? Ada faktor untuk mempercepatkan momentumnya?

Terima kasih,
Fadzli Yusof

Osman Affan  on  08/15  at  01:50 PM

Assalamualaikum.

Puan Ainon yang saya hormati, dalam program saya selalu suruh peserta menulis 3 perkara positif mengenai peserta di sebelah mereka.

Selalunya, apabila tuan punya diri melihat sifat positif mereka apabila ditulis oleh orang lain, mereka rasa sedikit sangsi dan kurang percaya kerana mereka tidak pernah melihat diri mereka melalui pandangan positif itu.

Namun saya terangkan kepada mereka bahawa oleh kerana kita selalu berpandangan negatif, kita jarang melihat kepada perkara positif yang ada dalam diri kita sendiri.

Apa yang saya hendak katakan ialah apabila melihat Puan Ainon sendiri menulis tentang perkara positif tentang diri saya, saya sendiri rasa takut dan bimbang untuk menerimanya.

Mungkin kerana saya tidak pernah melihat diri saya melalui perspektif tersebut. Terima kasih sekali lagi, Puan. Tidak sabar rasanya untuk mendapat peluang sekali lagi untuk menghadiri kursus anjuran Puan.

Dr. Tengku Asmadi, terima kasih atas panduan dan tunjuk ajar. Untuk pengetahuan Dr., (seperti yang saya ada beritahu semasa kita berjumpa di pesta buku tempoh hari) semasa saya mula-mula mengasaskan SmartStudy, Dr. lah orang pertama yang saya email dan beritahu tentang usaha saya. Buat masa ini, Dr. menjadi role model saya untuk maju dalam bidang pendidikan ini.

Terima kasih, Dr.

Fadzli….. kalau Fadzli yang sudah hebat pun bertaraf aluminium, saya ini boleh dikira bertaraf kertas minyak agaknya ya? smile

Fadzli Yusof  on  08/16  at  12:53 PM

Salam Sejahtera ke atas semua..

Puan,

Bolehkah Puan terangkan sedikit tentang peribadi yang impeccable? Saya rasa saya merasainya bila bersama dengan Sdr Osman, tetapi tidak tahu untuk merungkaikannya smile

Sdr Osman,

Saudara trainer bertaraf uranium-plutanium; tunggu masa untuk meledakkan dengan kuasa nuklear Saudara!

Terima kasih.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: