Friday, July 27, 2007

Nota untuk Penulis-Trainer PTS: Isu Ijazah

Salah satu isu yang lazim difikirkan oleh calon trainer profesional adalah isu adakah ijazahnya akan dipersoalkan oleh pelanggannya.

Banyak program training yang diperlukan oleh pelanggan tidak memerlukan sebarang ijazah khusus. Sebagai contoh adalah:

(1) Program melatih petugas kaunter kemahiran melayan pelanggan yang datang dengan komplen dan marah-marah.

(2) Program meningkatkan produktiviti pekerja dengan melatih mereka supaya mahir mengurus kerja masing-masing.

(3) Program melatih pekerja kemahiran mengurus waktu.

(4) Program melatih pekerja supaya mahir menerima dan melaksanakan tugas yang diserahkan kepadanya.

(5) Program melatih pekerja supaya mahir bekerja dalam pasukan.

(6) Program melatih pekerja menjadi intrapreneur dalam organisasi.

(7) Program melatih pekerja lelaki supaya mahir bekerja dengan bos perempuan.

(8) Program melatih ketua-ketua lelaki supaya mahir bekerja dengan staf bawahan perempuan.

(9) Program melatih pekerja perempuan bagaimana bekerja dengan lelaki.

(10) Program melatih ketua-ketua supaya mahir mendorong semangat kerja orang bawahan.

(11) Program melatih ketua-ketua supaya mahir menentukan target produktiviti dan cara-cara mencapai target.

(12) Program melatih pekerja supaya pandai menyelesaikan masalah secara kreatif.

(13) Program melatih pekerja cara melayan pelanggan yang berduit.

(14) Program melatih pegawai supaya pandai menyampaikan pelbagai jenis ucapan yang berkesan.

Bagi program-program seperti di atas, sebarang ijazah adalah berguna. Jangan benarkan ijazah saudara menjadi faktor yang menghalang saudara menjadi trainer yang efektif dan memuaskan hati pelanggan.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Bisnes Training
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Teknik Menggambarkan Ketampanan Lelaki dalam Surah Yusuf Previous entry: Kapal Generasi dalam Sai-Fai
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/27  at  02:58 PM

Terima kasih di atas informasi yang berguna itu.

Mengikut khutbah masjid Al-Hidayah Shah Alam hari ini, nabi menyuruh sesiapa yang melalui taman-taman syurga supaya meminum sepuas-puasnya.

Apabila ditanya oleh para sahabat apa yang dimaksudkan oleh NM dengan taman-taman syurga, NM menyatakan tempat-tempat yang mengadakan majlis ilmu adalah taman-taman syurga.
——-

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/27  at  05:32 PM

Betul tu Pn. Sifu. Kemahiran penting dalam kerjaya. Saya maksudkan kemahiran seperti takrifan berikut: “ability to do something well: the ability to do something well, usually gained through training or experience.”

Ijazah hanyalah salah satu tiket menunjukkan seseorang memiliki ilmu dalam bidang tertentu, ijazah bukanlah segala-galanya.

Dalam dunia yang penuh dengan perlombaan ini, seseorang perlukan kemahiran sebagai gandingan ijazah. Penuntut sekarang ini perlu dapatkan kedua-duanya secara bersepadu.

Nabi SAW pernah mengajar sembahyang secara praktikal kepada seseorang yang datang kepadanya. Apabila orang itu melakukan kesilapan Nabi memintanya mengulangi lagi sehinggalah dia mahir mengerjakannya.

Saiee Driss  on  07/29  at  05:31 PM

Terima kasih kerana maklumat itu yang akan banyak membantu saya. Saya banyak mengendalikan kursus training tetapi bukan dalam bidang kelulusan saya, sebaliknya dalam bidang hobi dan profesion saya (komunikasi lisan).

Dengan makluman itu saya sedang memikirkan langkah seterusnya setelah kini bersara dari profesion, dan boleh memanfaatkan pengalaman sebagai trainer.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: