Tuesday, July 31, 2007

Nota untuk Penulis-Trainer PTS: Memilih Isi Ceramah

Kajian menunjukkan, maklumat baru lebih meyakinkan daripada maklumat lama. Maklumat lama disebut dengan istilah "maklumat basi".

Apa itu maklumat baru? Maklumat baru adalah maklumat yang belum pernah didengar oleh hadirin yang datang mendengar saudara menyampaikan ceramah.

Tahukah saudara bahawa syarikat-syarikat Cina tempatan yang 20 tahun dahulu berjaya dan besar disebabkan banyak membuat kontrak-kontrak kerajaan hari ini sudah tidak ada lagi? Jika saudara tidak tahu, maka ini adalah maklumat baru bagi saudara.

Maklumat yang penting dan betul sekalipun, jika hadirin pernah mendengarnya di radio, TV, pernah disebut oleh penceramah lain ataupun dia pernah membacanya dalam surat khabar dan majalah, maka maklumat itu tidak meyakinkannya lagi.

Maklumat lama adalah ibarat pisau yang sudah tumpul, tidak berguna lagi bagi tujuan memotong daging.

Justeru jangan bercakap tentang maklumat ataupun statistik yang hadirin saudara sudah tahu, meskipun maklumat itu betul dan amat penting!

Katakanlah saudara fikir mereka sudah tahu bahawa 93% bisnes gulung tikar dalam tempoh 3 tahun selepas beroperasi. Maklumat ini memang betul, bukan hanya di Malaysia, malah di semua begara. Jika saudara fikir hadirin sudah tahu, jangan sebut maklumat ini dalam ceramah saudara. Sebut statistik lain.

*Jangan sebut ayat-ayat dan hadis-hadis yang hadirin sudah tahu.
*Jangan sebut kata-kata hikmat yang hadirin sudah tahu.
*Jangan ucapkan ayat-ayat yang sudah biasa diucapkan oleh penceramah lain. Itulah adalah ayat-ayat basi.


Apakah panduan bagi menentukan sama ada sesuatu maklumat itu baru ataupun maklumat basi?

Jika saudara sendiri sudah lama tahu maklumat itu, anggaplah maklumat itu maklumat basi.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Bisnes Training
(5) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Bagaimana Kedai Buku Indie Mencipta "Lingkaran Syaitan" Previous entry: Penerbit dan Penulis Novel Melayu Mesti Menolong Guru-guru Bahasa Melayu
xara  on  07/31  at  10:08 AM

Agaknya sebab itu orang tertunggu-tunggu Karam Sigh Walia di kaca televisyen. Orang menanti, apakah peribahasa baru yang akan disebutnya.
——-

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/31  at  05:43 PM

Saya bersetuju dengan hujah Xara yang menunjukkan kelebihan Karam Singh Walia.

Bagi mendapatkan isu-isu terbaru, membaca buku dan membuat kaji selidik dapat membantu bagi meningkatkan idea-idea yang baru.

.

Hmmm… seperti Karam Singh Walia… Mengapakah orang yang menyampah kepada UNIKA pun setiap hari membuka UNIKA… hmm… sebab hendak membaca apa maklumat baru hari itu! (sambil senyum-senyum sendiri).

Riduan Khairi  on  07/31  at  06:37 PM

Saya tidak menyampah dengan UNIKA. Akan tetapi saya akan marah kalau tiada kemaskini dari Sifu setiap hari.

.

Amboi amboi! Sifu tidak kemas kini Tuan marah. Tuan belum siapkan buku… ini yang Sifu marrrahh!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/01  at  09:00 AM

“Jangan sebut ayat-ayat dan hadis-hadis yang hadirin sudah tahu.”


Saya rasa ini tidak tepat. Hadis-hadis dan nas dari 2 sumber utama Islam tidak sesuai dikategorikan sebagai basi. Maklum, ianya ‘segar’ sepanjang zaman. Jika tidak, tiadalah orang guna pakai hadis ‘tanda2 orang munafik’ di mana-mana ( sbg misal ). Cuma cara pengolahan dan penyampaian (dari ayat dan hadis yang sama) yang perlu diperkasakan dan diperbaharui.

.

Bukan! Bukan ayat Quran dan hadis itu yang “basi” sifatnya. Bukan.

Apabila balik-balik si penceramah menggunakan hadis “9 daripada 10 pintu rezeki ada dalam perniagaan”, isi ceramah itu yang dikatakan “basi”.

Bagi mengelakkan kesan basi itu, gunakan ayat-ayat Quran dan hadis-hadis yang hadirin belum pernah dengar. Dengan demikian isi ceramah itu terasa segar lagi menyegarkan.

Ikut teknik Nabi Muhammad SAW menyampaikan ceramah-ceramah beliau. Setiap kali beliau bercakap, isi percakapannya segar lagi menyegarkan.

sab2  on  08/01  at  12:22 PM

Puan Sifu,

assalamu’alaikum.

Terasa terlalu lama tidak masuk kuliah…

Isu maklumat basi atau baru banyak bergantung kepada perkara atau subjek yang ingin disampaikan dan kepada siapa?

Salah satu teknik yang membolehkan kita terus menerus membicarakan perkara yang sama adalah dengan membawa pendekatan yang berbeza, tetapi matlamat akhirnya masih sama.

Kaedah menjana ‘renewal energy’ (dalam industri elektrik disebut sebagai RE) juga boleh juga digunapakai dalam hal tersebut… menghasilkan tenaga baru dari bahan-bahan terbuang (basi…)

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: