Nota untuk Penulis-Trainer PTS: Memilih Kereta
Sebagai penulis-trainer, kereta apakah yang sebaiknya saudara pandu?
Di kalangan orang Melayu yang makan gaji, majoriti percaya barang siapa yang hendak berjaya dalam dunia bisnes mesti melabur dalam kereta yang "betul". Kereta yang "betul" adalah kereta yang mahal, kerana kononnya, dengan memandu kereta mahal bakal pelanggan yakin si bisnesman itu adalah seorang yang bisnesnya sudah berjaya, itu sebab dia banyak duit dan mampu membeli kereta mahal itu.
Kereta yang saudara pandu ditafsir dengan pelbagai cara oleh pelanggan saudara, antaranya:
(1) Kereta itu lambang si pemiliknya seorang yang berpendidikan tinggi dan berkelulusan profesional, serta berkeluarga bahagia.
(2) Kereta itu menunjukkan si pemiliknya seorang yang sibuk, kuat bekerja, pragmatik, egalitarian, rasional, berdisiplin, tidak suka hanky-panky.
(3) Kereta itu menunjukkan si pemandu seorang yang banyak duit, termasuk banyak hutang, mungkin kalau dia bercakap kata-katanya tidak boleh dipercayai.
(4) Kereta itu menunjukkan si pemiliknya orang bisnes yang menggunakan modal politik.
(5) Kereta itu menunjukkan pemiliknya seorang yang berhati "muda".
Pilih kereta yang mendorong bakal pelanggan saudara mencipta persepsi positif tentang diri dan karekter saudara.
Nota kaki: Sifu memandu SUV Nissan X-trail.
.
.
Di kalangan orang Melayu yang makan gaji, majoriti percaya barang siapa yang hendak berjaya dalam dunia bisnes mesti melabur dalam kereta yang "betul". Kereta yang "betul" adalah kereta yang mahal, kerana kononnya, dengan memandu kereta mahal bakal pelanggan yakin si bisnesman itu adalah seorang yang bisnesnya sudah berjaya, itu sebab dia banyak duit dan mampu membeli kereta mahal itu.
Kereta yang saudara pandu ditafsir dengan pelbagai cara oleh pelanggan saudara, antaranya:
(1) Kereta itu lambang si pemiliknya seorang yang berpendidikan tinggi dan berkelulusan profesional, serta berkeluarga bahagia.
(2) Kereta itu menunjukkan si pemiliknya seorang yang sibuk, kuat bekerja, pragmatik, egalitarian, rasional, berdisiplin, tidak suka hanky-panky.
(3) Kereta itu menunjukkan si pemandu seorang yang banyak duit, termasuk banyak hutang, mungkin kalau dia bercakap kata-katanya tidak boleh dipercayai.
(4) Kereta itu menunjukkan si pemiliknya orang bisnes yang menggunakan modal politik.
(5) Kereta itu menunjukkan pemiliknya seorang yang berhati "muda".
Pilih kereta yang mendorong bakal pelanggan saudara mencipta persepsi positif tentang diri dan karekter saudara.
Nota kaki: Sifu memandu SUV Nissan X-trail.
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Sifu, jika tidak berkereta bagaimana pula?
——-
Assalamualaikum Puan,
Saya ingin pandangan puan mengenai kereta yang bagaimana boleh dikategorikan sebagai:-
(1) Kereta itu lambang si pemiliknya seorang yang berkeluarga bahagia.
(2) Kereta itu menunjukkan si pemiliknya seorang yang rasional, berdisiplin, tidak suka hanky-panky.
Terima kasih.
Wassalam.
Assalamualaikum Puan Sifu,
Kereta jenis apa yang menunjukkan si pemiliknya seorang yang berpendidikan tinggi dan berkelulusan profesional, serta berkeluarga bahagia.
Apakah warna yang paling sesuai ?
Nikmatnya jika persoalan di atas dapat dihuraikan
Assalammualaikum w.b.t,
Pada pengamatan saya warna juga memainkan peranan yang penting. Bandingkan lelaki yang berkereta berwarna merah, hitam atau perak.
Mereka yang berkereta warna merah mempunyai peribadi yang agak ‘nakal’ lebih berani dan penggoda, warna hitam sungguh misteri dan perak melambangkan kedudukan yang telah stabil ( biasanya sudah berkeluarga).
Ini hanya pandangan peribadi belum berjumpa dengan kajian yang telah dibuktikan kesahihannya. Cuma, lihatlah disekeliling kita, amati dan perhatikan.
Salam Jumaat!
KS
Hmmm… menarik topik ini. Sebagai seorang yang telah 12 tahun berkecimpung dalam bidang latihan tidak saya nafikan kereta mempengaruhi karisma dan hormat orang kepada kita. Tapi agak berbeza sedikit dengan saya.
Saya beli kereta kerana minat saya terhadap kereta tersebut. Bagi saya, kalau saya minat dan mampu, maka saya belilah. Yang penting, jangan sesekali tambah aksesori yang bukan-bukan dan mengubah kereta anda untuk kelihatan sporty (terutamanya yang sudah tidak begitu muda).
Bagi kebanyakan orang, memandu kereta Proton Perdana sudah dikira hebat. Kalau pergi ceramah ke kawasan luar bandar pun tidaklah orang memandang rendah.
Tapi apabila memandu BMW atau Mercedes, maka itu lagilah dipandang hebat. Tetapi kalau penampilan sahaja hebat tetapi cakapnya tidak berisi nanti ada yang mencebik pula.
Buat masa ini saya tidak begitu gemar memandu BMW atau Mercedes kerana terlalu mudah menjadi sasaran penyamun. Ramai rakan-rakan yang telah kena.
Maka saya lebih minat memandu kereta Audi sebab penyamun kurang berminat dengan jenama ini disebabkan tiada permintaan. Maklumlah selalunya saya ke sana-sini seorang diri.
Kalau memandu Honda atau Toyota pun tidak begitu selamat.
Sebenarnya, banyak faktor yang perlu diambil kira dalam memilih kereta.
Salam,
Cerita kereta ini memang menarik minat saya.
Saudara Kamal, berkereta merah itu ‘nakal’ orangnya ya? Saya tidak tahu pula. Kereta pertama saya merah warnanya. Kereta itu menjadi kereta pilihan anak-anak saudara yang waktu itu masih di bawah umur persekolahan. Semua mahu naik ‘kereta merah’
Saya juga pernah cuba menghias kereta itu dengan segugus cili merah kerana ia sesuai dengan warna kereta dan unik. Namun rakan-rakan yang menumpang tidak suka. Kata mereka, sudahlah mulut saya ‘pedas’, tidak perlulah saya iklankan ‘pedas’ itu pula. Akhirnya seorang daripada mereka nekad menurunkan hiasan itu.
Saya suka kereta yang boleh menyelit di mana jua tempat boleh meletakkan kereta kerana tidak suka berjalan jauh dari tempat meletak kereta.
Saudara Zakir,
Beberapa orang rakan saya yang berbangsa Cina pernah memberitahu, jika seorang lelaki itu memakai Volvo, itu tandanya dia sudah berkahwin dan berkeluarga. Saya tidak tahu sejauh mana benarnya petua itu, namun saya belum pernah berjumpa dengan pemilik Volvo yang bujang.
Eh.. eh.. Puan Sifu, sebaik sahaja baca jibunsyi saya, tiba-tiba bercakap tentang kereta pula ya
Ada apa-apa kah?
Tetapi corak pemilihan kereta menentukan tahap pemikiran seseorang itu.
Saya buat masa ini tiada kereta, tetapi saya ingin beli truck yang belakangnya ditambah full body. Tayar besar, body angkat
Senang kat kelantan, walaupun tengkujuh dan banjir, boleh pergi mana-mana
.
Baiki bahasa saudara.
Lagipun saya jenis yang adventerous. Kat belakang yg didambah full body itu, mungkin akan jadi perpustakaan bergerak. Bertimbun-timbun buku di belakang itu di dalam kotak-kotak
.
Baiki bahasa saudara.
Assalamualaikum warahmatullah,
Di dalam kota yang sibuk ini, kadangkala saya senang sekali meletakkan kereta saya di tepi stesen keretapi. Menaiki keretapi.. berjalan sedikit sebenarnya banyak juga faedahnya.
1. Tidak terperangkap dalam kesesakan jalanraya.
2. Ada pemandu istimewa.
3. Berkenalan dan kadangkala bertemu kenalan lama.
4. Tidak sesat kalau tiba-tiba tercampak di tengah bandar.
5. Berjalan adalah salah satu senaman untuk awet muda.
Begitupun kereta adalah keperluan yang tidak dinafikan kepentingannya, terutama di waktu kecemasan, kemudahan perjalanan jauh dan perniagaan.
Ada kawan saya telah kehilangan kereta dengan duit lapan puluh ribu ringgit di dalamnya. Dia yang pengsan telah dicampak ke longkang, syukur masih hidup.
Kereta juga menjadi sasaran pencuri. Semoga kita semua sentiasa berhati-hati dan dilindungiNya dari bahaya.
Assalamualaikum warahmatullah Puan Ainon,
Tidak pula saya menyangka, Puan Ainon dan saya mempunyai citarasa jenis kereta yang serupa…(Warna keemasan…Warna milik Puan Ainon… apa ya?)
Nissan X-Trail…. (Shift the Future!)
Mereka yang gemar pada adventur…
Wasalam dan ceria selalu,
Umi Kalthum Ngah
Manchester.
.
Puan Neena, X-Trail saya berwarna hitam solid.
Puan Sifu,
Assalamu’alaikum.
Seronok dengan topik ini, ditambah pula rempah ratusnya oleh mente-mente… Disebabkan kepenatan minda, mampu menjenguk seketika sebelum maghrib… dan kini masuk semula sebelum subuh.
Dalam Al-Quran kuda dan unta disebut sebagai kenderaan dan lambang kehebatan. Di zaman kegemilangan Islam dahulu dua jenis kenderaan itulah yang menjadi penentu kemenangan peperangan.
Di zaman kita ini disebut KUASA KUDA!... kereta. kereta. oh kereta!
Kerana kereta ada yang menjadi raja (di jalan raya),
Kerana kereta ada yang masuk penjara (kerana jadi gengster tarik kereta),
Kerana kereta ada yang jadi janda (laki mati lumba haram),
Kerana kereta ada yang tidak dapat tender (...?)!
Saya suka memandu kereta tua ada bintang di muncungnya…
ooopp!... pembetulan:
kendenraan = kenderaan
[berasal dari dua maksud perkataan, KENA dan DERA..?]
Assalamualaikum warahmatullah,
Tuan Sab2, kenderaan saya agak dari perkataan indera, dijadikan kata nama dengan ke+an.
Dalam situasi bermotor di Malaysia, saya merumuskan satu formula yang memang berkesan untuk keselamatan dan keselesaan semasa memandu. Saya telah mencuba dan mungkin ada yang sanggup, walaupun ramai yang tidak setuju.
1. Guna kereta yang kemek-kemek badannya. Orang takut hampiri atau menghimpit.
2. Kereta 4wd atau SUV yang berselut, tayar berlumpur dengan pelbagai pelekat rali dan kembara.
3. Di dalamnya mestilah bersih, wangi untuk keselesaan kita.
Dalam keadaan apa jenis cuaca dan keadaan kesesakan, saya rasa cukup selesa.
Salam,
Tuan Rastom dan Tuan Sab2,
Menurut Kamus Dewan 4, ‘kenderaan’ berasal daripada perkataan ‘kendera’ yang bermaksud menaiki sesuatu jenis kenaikan.
1. Guna kereta yang kemek-kemek badannya. Orang takut hampiri atau menghimpit.
Benar pendapat Tuan Rastom yang ini. Kereta merah saya itu pada suatu ketika kemek-kemek akibat pemandunya (saya) yang masih tidak mahir memandu. Memang mudah apabila saya ingin menyelit apabila memandu. Pemandu lain kebanyakannya memberi laluan mungkin kerana:
1. Pemandunya perempuan.
2. Keadaan kereta yang begitu;
lantas mereka membuat andaian, baik mengalah daripada menerima akibat kereta mereka akan mengalami nasib yang sama seperti kereta saya.
Nissan X-Trail? Aduhh… kereta idaman saya!
Warna? Kelabu…
Tuan Rastom, Siti Hajar…
Terima kasih kerana ‘perasan’ kesilapan itu.
saja lawak subuh pagi!...
wahhh.. tentu SUV Sifu itu larinya juga berdeSUV!
Assalamualaikum,
Bagus juga topik ini. Santai seketika namun penuh bergaya dengan sentuhan pemandu atau bakal pemandu berhemah. Berpendapat, ‘hitam’ penuh misteri dengan kematangan yang tinggi. Apalagi untuk kereta. Sifu, warna kereta itu idaman saya.
* Juga meminati 4WD namun yang kecil (Rav4 3 pintu). Mudah menyelit bila jalan raya sesak.
Dari pengamatan saya yang sedikit, kelihatannya bangsa Eropah tidak menjadikan kereta sebagai lambang. Mungkin kerana pemerintah mereka boleh mempastikan semua lapisan rakyat mereka boleh memiliki sebarang jenis kereta dengan harga yang mampu mereka bayar.
Tukang sapu dan pencuci tandas sebagai pekerja paling rendah dalam status pekerjaanpun boleh memiliki kereta baru dari pelbagai jenama, kerana mereka hanya perlu membayar ansuran sekitar £100 sebulan dari gaji £400 yang mereka dapat.
Malah golongan pertengahan mereka kelihatannya tidak menjadikan kereta sebagai simbol status dan imej.
Sekadar contoh, para pensyarah universiti mereka kelihatannya tidak berlumba-lumba menggunakan kereta Mercedes, berbanding dengan sesetengah dari kita.
Yang lebih mereka pentingkan berapa negara telah mereka lawati.
Jika sistem kita boleh diubah semula, mata wang kita boleh meningkat nilainya (paling kurang Singapura sebagai perbandingan) dan semua orang-orang kebanyakan dapat menikmati nilai wang dari gaji/upah yang diperolehi untuk memenuhi keperluan-keperluan asas termasuk memiliki kenderaan, mungkin nantinya kereta tidak lagi menjadi simbol status, kerana semua orang boleh membeli kereta yang baik.
Kita tidak perlu lagi siang malam memikirkan melakukan kerja lebih masa, di pejabat sibuk menjual kuih, pakaian, ubat-ubatan, alat solek semata-mata untuk mendapat pendapatan tambahan.
Tetapi kesiannya dalam keadaan siang malam sibuk bekerja itupun, kita masih terdengar dari mulut-mulut orang kita juga, bangsa Melayu masih malas dan tidak rajin bekerja, sebab itulah susah.
Tanpa kita sedari terdapat sebahagian dari negara-negara di dunia ini yang pekerja-pekerja mereka tidak melakukan kerja lebih masa, lapan jam sehari bekerja sebagai pemandu bas, tukang kebun, pekerja kilang, kerani dan sebarang bentuk pekerjaan ‘biasa’, boleh memiliki rumah dan berkereta.
.
pekerjaanpun (SALAH) = pekerjaan pun (BETUL)
itupun (SALAH) = itu pun (BETUL)
kesiannya (SALAH) = kasihannya (BETUL)
Post a comment